Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 15, 2009

PERCAYALAH ! PEMBUBARAN DUN PERAK AKAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT PERAK !


DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN TIDAK LAMA LAGI?
1. NAJIB NAK DEKAT PADA RAKYAT KHASNYA RAKYAT PERAK DAN UMUMNYA RAKYAT MALAYSIA
2. NAJIB TIDAK MAHU BUBAR DUN UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
3. RAKYAT PERAK MAHU PILIHANRAYA
Blog Perak Ekspress melaporkan bahawa ia menerima sms dari Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi bahawa DUN Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat.
Samada berita ini benar atau tidak tuan-puan kena tanya Webmaster Perak Ekspress. Kalau benar Alhamdulillah kemelut akan berakhir.

ACP Mohd Jamil dan DSP Shaharuddin akan di dakwa kerana melanggar undang-undang ?

Kes Tayangan CD Sidang DUN: Polis Bertindak Melampaui Bidang Kuasa
Salah seorang daripada dua yang ditahan polis berhubung penayangan CD kekecohan Dewan Undangan Negeri Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung pagi tadi untuk di dakwa.
Prem Sumarthry di bawa ke mahkamah pada pukul 9.00 pagi tetapi dakwaan terhadap beliau tidak dapat diteruskan setelah pihak polis gagal hadir di mahkamah.
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang bertindak sebagai peguam Prem berkata perbuatan polis tersebut amat dikesali dam mencerminkan ketidakcekapan polis menjalankan tugas.
"Pihak polis minta tertuduh datang ke mahkamah dan kalau tidak mereka akan keluarkan waran tangkap tetapi mereka sendiri gagal hadir ke mahkamah. Ini menunjukkan mereka seolah-olah mempermainkan hak tertuduh untuk mendapatkan keadilan," Ngeh berkata
Prem bersama seorang lagi berbangsa Cina ditangkap 10 Mei lalu kerana dipercayai menjadi pemilik kepada sistem pembesar suara semasa penayangan CD peristiwa sidang DUN 7 Mei lalu pada majlis makan malam anjuran DAP di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nam Hwa di Kampung Koh, Setiawan.
Kedua-dua mereka kemudiannya di bawa ke Balai Polis Setiawan.
Ngeh dalam laporan polisnya bertarikh 9 Mei berkata syarat Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman yang melarang majlis makan tersebut membuat sebarang tayangan berkaitan insiden kekecohan sidang DUN 7 Mei adalah tidak munasabah malah bertentangan dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.

"Polis sebenarnya telah melanggar undang-undang apabila mereka menyerbu dan merampas alat-alat audio visual kerana tidak ada dalam mana-mana undang yang menyatakan kita tidak boleh menayangkan video mengenai sidang DUN Perak.

"Polis sepatutnya menyoalsiasat saya atau DAP Lumut kerana kitalah pihak yang menganjurkan majlis tersebut bukannya pemuda India tersebut kerana beliau hanya pengendali alat tayang pada majlis iu sahaja," jelas Ngeh yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak.

Dalam laporan beliau Ngeh juga berkata berpuluh-puluh anggota polis yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharuddin Abdullah telah menyerbu masuk ke dalam dewan majlis makan yang mengarahkan supaya majlis bersurai.

Beliau menegaskan dalam laporannya perbuatan polis menceroboh dan membuat kekecohan pada majlis jamuan makan itu merupakan satu kesalahan dan salahguna kuasa pihak polis.
Polis turut merampas 3 projektor LCD, 1 pemain cakera DVD dan 2 skrin bersama kaki skrin selepas baru 3 minit tayangan berlangsung.Ngeh berkata beliau mahu ACP Mohd Jamil dan DSP Shaharuddin di dakwa kerana melanggar undang-undang dan bertindak di luar bidang kuasa mereka. TVA

ANTARA 3 MAKNA PERTANYAAN DALAM MAJLIS ILMU ATAU DALAM DUNIA BLOG

1) Bertanya kerana benar-benar tidak tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia benar-benar ingin mengetahui.

2) Bertanya sesuatu yang dia sudah tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia meyakini masih ada orang ( pendengar ) yang tidak mengetahui permasalahan itu bahkan tidak terfikir untuk bertanya. Maka, mudah-mudahan apabila penceramah atau pengkuliah menerangkan permasalahan itu, bisa memahamkan orang lain juga.

3) Bertanya untuk mengenakan orang – soalan diajukan untuk test power ilmu penceramah untuk melihat sejauhmana kemampuannya atau bertujuan untuk mengenakan mana-mana individu atau mana-mana kelompok dalam majlis ilmu tersebut. Contohnya : Ditanya soalan tentang perangai ‘kuat makan, kuat tidur, hisap rokok dan sebagainya’ bertujuan ingin menyakitkan mereka. ( Tetapi kalau sengaja ditanya secara umum dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki, itu dibenarkan. Yang penting keikhlasan ketika bertanya )
Jadi, pilihlah antara ketiga-tiga jenis tukang soal ini yang ingin anda terapkan pada diri anda sebagai ahlul ilmi. InsyaAllah.

MALUNYA UNIT TINDAKAN KHAS MEROMPAK !

Teman bukan nak menghina polis atau UTK tanpa rasionalnya.Bayangkan walaupun teman bukan askar atau tentera atau polis tetapi pernah menjalani latihan ala tentera dan merasa sedikit sebanyak lasak dan beratnya latihan tersebut.Antara hasil latihan tersebut menyebabkan sukar pelatih belot atau hilang ketaatan pada arahan dan perasaan setia pada negara amat mendalam.Pelatih juga kena tahan maki dan denda yang akan menjadikan mereka tidak mudah melenting sebarang provokasi.Teringat teman kes Anwar bagaimana ditumbuk oleh Bekas Ketua Polis Negara kerana kununya diejek oleh Anwar dengan perkataan anjing.Pelik.. bagaimana seorang polis yang berpengalaman dan Ketua Polis pula tidak tahan diejek atau dikata nista contohnya.Sepatutnya sebagai Ketua Polis yang berpengalaman dan telah menjalani pelbagai latihan yang keras tida mudah melenting sehingga menumbuk orang yang tertutup mata dan tangan berikat lagi.Bacul betul Ketua Polis tersebut.
Patutlah hari ini ramai Polis jadi perompak bank/orang ,pembunuh sebab perempuan ,perogol , pencuri dadah dalam balai polis,perasuah dan penipu.

EZAM PANAS PUNGGUNG BILA MAHATHIR KEMBALI KE UMNO !


Ezam Mohd Noor kehilangan punca sekembalinya “Bapa Pembangunan Mega Malaysia” Tun Mahathir kembali kedakapan Umno. Ezam yang mempunyai hasrat tersirat untuk bertanding dan menjadi calon BN di Penanti kini telah punah berkecai namun terpaksa akur dan terus tinggal sebantal dengan Tun yang amat dibencinya dulu kerana rasuah yang ditentang keras oleh Ezam.

Walaupun Ezam pada hakikatnya masih mempunyai beberapa “kotak” lagi bukti relevan untuk menjatuhkan Anwar, namun kotak-kotak Ezam tidak mempunya apa-apa nilainya lagi di mata Tun. Ezam umumkan dulu bahawa beliau kembali bersekedudukan bersama Umno kerana Tun keluar parti. Sekarang Bagaimana? Apakah tindakan Ezam seterusnya di dalam Umno?

Mampukah Ezam sekadar bersembunyi di sebalik kekotak untuk mengelak daripada dikesan dan diajar cukup-cukup oleh Tun yang suatu masa dulu amat “terasa hati” dengan apa yang telah Ezam katakan dulu. Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang mudah lupa, malah Tun akan ingat satu persatu tentang apa yang Ezam telah katakan dan kini hanya menunggu giliran sahaja untuk Tun menentukan takdir Ezam dalam Umno. Sudah tentu dalam senarai teratas Tun Mahathir sekarang ini ialah Nazri Aziz yang berlaku kurang sopan dan menghina Tun baru-baru ini. Ezam sebagai pemimpin muda yang berpotensi perlu segera berfikir tentang nasib yang bakal menimpanya samada mahu menyokong atau mendokong agenda turun temurun Umno.
GERAK yang ditubuhkan Ezam untuk menentang rasuah zaman Mahathir dulu kalau diteruskan akan menjadi tali gantung untuk Ezam buat masa ini kerana bukan sekadar tingkahlakunya diperhati, malah percakapannya juga sedang didengar. Untuk menyelamatkan diri, Ezam sepatutnya segera bubarkan “GERAK” iaitu Gerakan Anti Rasuah .

SURUHANJAYA SIASATAN KEPUTUSAN KEHILANGAN BATU PUTIH PERLU SEBAGAI BEKALAN HADAPI ISU SPRATLY


Ai.. mudahnya PM kita kate yea !!Dema lupe ke bagaimana Pulau Batu Putih yang dalam tangan boleh terlepas inikan pulau Spratly yang ramai mengaku kepunyaan mereka.
Pulau Batu Puti kat meja rundingan dah berzaman tidak selesai sehingga ke Mahkamah antarbangsa pula.Akhirnya kalah di bawah kebijaksanaan Peguam Negara dan Dr Rais Yatim.

PUTRAJAYA, 14 Mei Tuntutan bertindih terhadap Kepulauan Spratly di Laut China Selatan boleh diselesaikan menerusi rundingan dan ia tidak perlu dijadikan isu yang boleh menimbulkan ketegangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita ada proses mekanisme untuk menyelesaikan soal tuntutan seumpama ini. Ada prinsip daripada segi undang-undang antarabangsa dan ada mekanisme untuk merundingkan kawasan yang bertindih," kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai amaran kerajaan China agar negara-negara jiran menjauhi kepulauan itu selain mengingatkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bahawa "kedaulatan" republik itu terhadap Spratly tidak boleh dipertikaikan.

Isnin lalu, jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu berkata kerajaannya telah memberitahu PBB bahawa China tidak akan bertolak ansur jika ada negara lain menuntut kepulauan itu.

Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik dituntut seluruh atau sebahagian oleh China, Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei Darussalam.

Najib berkata penyelesaian masalah secara rundingan mengikut prosedur tertentu boleh mencegah kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

"Saya percaya kalau kita pegang kepada prosedur yang sedia ada untuk selesaikan sebarang tuntutan bertindih, kita boleh mengelak daripada masalah yang terlalu berat atau yang terlalu kusut," katanya.

-- BERNAMA

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN DIREKOMEN VK LINGAM ! SIAPA VK LINGAM ?


Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

TUN M : 'KALAU PERAK BUBAR ,SUDAH TENTU UMNO/BN AKAN KALAH !'



PISAU DI TANGAN NAJIB, TIMUN DITANGAN ZAMBRY, TUNGGU APA LAGI? TUNGGU DURIAN GAJAH DI TANGAN MB NIZAR YANG AKAN DIGOLEKKAN KE ARAH KEDUA UMNO TERSEBUT.
Gerik Khamis 14 Mei Tun Dr Mahathir apabila ditanya oleh pemberita samada perlukah Dun Perak dibubarkan, tokoh yang dianggap negarawan itu tanpa rasa bersalah kepada rakyat Perak menjelaskan bahawa Dun Perak tidak perlu dibubarkan kerana pada pandangannya Umno/Bn tidak akan menang di dalam pilihanraya yang akan dijalankan di negeri tersebut. Jelas beliau, sentimen rakyat Perak khususnya masih menebal selepas PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Tun M mencadangkan agar diadakan sidang Dun bagi meluluskan undi tidak percaya kepada MB Perak sekarang. Siapakah MB Perak sekarang pada pandangan Tun M agaknya?

Kenyataan Tun M yang selalunya dilihat bernas dan kadangkala boleh dikutip untuk digunakan, kali ini kenyataan beliau saya rasakan hanya layak dibakul sampahkan. Kelihatan jelas dari kenyataannya itu bahawa Tun M sememangnya tidak mahu rakyat memilih pemimpin mereka sendiri lebih-lebih lagi di kalangan PR. Saya beranggapan , pada beliau pilihanraya hanya boleh dilakukan jika Umno/Bn merasakan boleh mencapai kejayaan tetapi jika tidak, lakukan sesuatu asalkan pilihanraya jangan diadakan walaupun terpaksa menggunakan kaedah yang salah. Saya tidak tahu samada kenyataan Tun M itu merupakan satu sindiran buat Najib dan Umno/Bn. Atau mungkin beliau ingin melihat samada Najib masih mempunyai `tali dihidung'nya.

6 PROJEK : SETELAH NAJIB MENDENGAR DENYUTAN RAKYAT KL

DBKL Akan Laksanakan Enam Projek Untuk Atasi Kesesakan Trafik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan satu skim penyuraian trafik yang membabitkan enam projek menaiktaraf jalan di sekitar kawasan KL Sentral bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata projek berharga RM110 juta itu akan dimulakan bulan depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun.

Projek-projek yang akan dilaksanakan itu ialah pembinaan jejambat di Persimpangan Jalan Traves/Jalan Bangsar, pembinaan ‘ramp’ di persimpangan Jalan Bangsar/Jalan Maarof, pembinaan ‘ramp’ dari KL Sentral ke Lebuhraya Mahameru, kerja menaiktaraf jalan di kawasan Brickfields, pembinaan jejantas di kawasan Brickfields dan KL Sentral serta kerja menaiktaraf dan pembaikan jalan-jalan di kawasan Kl Sentral dan persekitarannya.

“Projek ini selaras dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan ini adalah salah satu usaha antara kementerian dan DBKL untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Raja Nong Chik berkata DBKL juga telah melaksanakan projek pembinaan persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Pudu/Jalan Imbi/Jalan Hang Tuah bagi mewujudkan laluan berterusan kepada kenderaan di Jalan Pudu dan Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah dan sebaliknya tanpa melalui persimpangan berlampu isyarat.

Projek berharga RM83.7 juta itu dimulakan 23 Mac lalu dan dijangka siap September 2011.

Menteri itu berkata DBKL juga sedang mengkaji kemungkinan untuk memindahkan Hentian Puduraya ke satu tempat yang lebih sesuai seperti di Bandar Tasik Selatan jika projek Plaza Rakyat tidak dapat diteruskan di tapaknya sekarang, bersebelahan dengan hentian bas itu.

Sebagai langkah jangka pendek, bas-bas yang sesak di Hentian Puduraya akan diletakkan sementara di sebuah kawasan berhampiran Jalan Hang Tuah dan ia hanya akan ke hentian bas itu untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja.

Raja Nong Chik yang diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail serta kontraktor, petang ini meluangkan masa meninjau lokasi projek-projek yang akan dilaksanakan DBKL.

– BERNAMA

WAHAI BLOGGER & MEDIA CETAK ! MULAI SAAT INI KITA PAPARKAN DENYUTAN NADI RAKYAT YANG MUNGKIN TIDAK SEMPAT PM RASA !




TIDAK MANASABAH&MANASARAWAK ,DAH JADI PM BARU NAK AMBIL TAHU DENYUT NADI RAKYAT ?

1. DENYUTAN NADI RAKYAT YANG INGIN DIPULANGKAN KUASA MEMILIH.

2. DENYUTAN NADI RAKYAT YANG TIDAK MAHU SISTEM PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS MATEMATIK & SAINS.
Teman pun heran juga bila PM bercakap tentang semangat beliau dan cara beliau ingin mendekati rakyat sampai denyutan nadi rakyat hendak beliau rasa dan ketahuinya ! Bayangkan dah jadi PM baru nak turun ke bawah ,ke sawah dan kampong .masa jadi pegawai kerajaan , masa jadi Menteri Besar Pahang dan Menteri Pelajaran ,menteri Belia dulu tidak terfikir nak ambil tahu denyutan rakyat.

APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN SEKIRANYA BERLAKU DI TEMPAT ANDA?


apa perasaan anda melihatkan KEJAHILAN ini...mana pegawai agama kerajaan...apa tindakan yang sepatutnya kalian buat...?? apakah jaminan dari kerajaan supaya anak2 kami terpelihara dari KEJAHILAN ini..??

'Ya Allah..lindungi anak keturunanku dari kejahilan..teguhkan iman..peliharakan akidah keturunanku..matikan kami dalam keimanan...jauhkan kami dari azab api neraka...
Amin..'

1. Ahmad Said dilantik bukan melalui persetujuan asal Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO tetapi selepas ‘terpaksa’;

Persoalan orang UMNO kepada pemimpin UMNO.Kita boleh memikirkan semula tindakan berkenaan:

1. Apakah wajar DUN Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang DUN Kerajaan BN sendiri walaupun polis memberikan jaminan keselamatan di DUN berkenaan;

2. Kenapa berlindung di hotel, iaitu kawasan lebih terbuka berbanding DUN yang dikawal ketat. Apakah ada ‘pembunuh’ dalam DUN berkenaan?

3. Kenapa pada sidang DUN kali ini, tiada soalan daripada ADUN BN yang seolah-olah sudah dirancang awal untuk tidak hadir persidangan berkenaan (saya ulangi, seolah-olah); dan

4. Sehingga diarah oleh Perdana Menteri, baru ADUN yang memulaukan persidangan hadir pada hari ketiga – tidakkah perbuatan memboikot sidang DUN itu sebagai satu perbuatan sabotaj kepada kerajaan BN dan UMNO?; dan,

5. Gara-gara memboikot, perbahasan terhadap ucapan perasmian Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tidak lakukan oleh mereka yang memboikot - apa tujuan tidak membahaskan ucapan berkenaan?

Tidak tahulah, mungkin benar sesetengah orang menuduh saya tidak faham politik Terengganu!
Jadi apabila tersiar berita seperti dilaporkan oleh Berita Harian Online hari ini bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta ketua bahagian Umno akan bersemuka bagi mengakhiri kemelut politik di negeri ini, timbul tanda tanya.

Tidakkah, Pengerusi Perhubungan UMNO itu memulakan langkah pertamanya berasaskan premis yang salah?

Menurut laporan, pertemuan itu sedang diatur oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengumumkan inisiatif itu, hari ini.

Pertemuan itu bakal menyusul sehari dua lagi dan Idris serta Ahmad sudah menyatakan persetujuan masing-masing untuk bertemu.

Apa yang cuba diusahakan Hishamuddin ialah mengajak semua pihak dalam UMNO duduk semeja.

Hakikatnya ada dua perkara yang perlu difahami.
Pertama ialah penentangan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuashati dengan Ahmad Said. Mereka ini adalah ‘askar yang dipilih Idris untuk bertanding dalam pilihan raya ke 12’; dan
Kedua ialah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang majoritinya menyokong Ahmad Said walaupun mungkin Bahagian Besut yang kuat menentang kepemimpinan Ahmad Said dalam konteks UMNO.


Jika tidak, jentera UMNO Terengganu pasti sudah ‘membuat bising’ seperti yang dilakukan oleh ADUN. Malah, di kalangan ADUN, hanya dua sahaja yang menjadi Ketua Bahagian, iaitu Bahagian Besut dan Marang.

Kedatangan Hishamuddin ke Terengganu wajar dilihat sebagai untuk tujuan ‘mereda atau menyejukkan’ bukannya untuk menghukum atau mencari kesalahan pihak-pihak yang terbabit dalam kemelut.

Walaupun apa juga perkataan dikeluarkan sama ada – undi tidak percaya, ugutan atau juga paranoid – soal pokok ialah, kepimpinan Ahmad Said tidak disenangi banyak pihak sejak beliau dilantik.

Walaupun pihak-pihak yang menentangnya seakan ‘merestui’ perlantikannya tetapi perkara asas perlu diteliti semula.

1. Ahmad Said dilantik bukan melalui persetujuan asal Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO tetapi selepas ‘terpaksa’;
2. Majoriti ADUN Barisan Nasional Terengganu ‘terpaksa menerima Ahmad Said’ selepas Datuk Seri Idris Jusoh ditolak; dan

3. Ahmad Said mendapat kepercayaan istana dan walaupun ADUN BN menerimanya, ia bagaikan ‘izin dalam paksa’.

Berpaksikan kedudukan ini Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri perlu adil kepada kedua-dua pihak, jangan hanya melihat faktor ‘kenapa dan mengapa Ahmad Said ditentang atau disingkirkan’.

Amat tidak adil membandingkan tempoh pentadbiran Ahmad Said dan Idris kerana Ahmad Said baru mengambil alih setahun dalam kedudukan kewangan yang terhad sementara Idris mempunyai tempoh hampir 10 tahun.

Sebabnya? Idris menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO antara 1999-2004 di mana boleh dikatakan beliau ‘berkuasa dalam banyak perkara’ walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Pengerusinya.

Dengan peruntukan perbelanjaan melalui wang ehsan yang ‘mewah ketika itu’ dan kemudian menjadi Menteri Besar 2004 hingga 2008, Idris ditatang ‘bagai minyak yang penuh’.

Sedangkan Ahmad Said perlu membentangkan Bajet Tahunan yang terhad dan terpaksa meminta wang royalti yang sehingga kini dikatakan Kerajaan Pusat masih ‘teragak-agak menyerahkannya’, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sudah berjanji untuk menyerahkannya.

Tidak mengapa dengan kekurangan wang tetapi pentadbiran Ahmad Said sudahpun merangka pelan lima tahun 2009-2014 untuk Terengganu dengan meletakkan kepentingan membasmi kemiskinan, meningkatkan mutu pendidikan, menyemarakan aktiviti pelancongan serta projek-projek infratruktur yang kesannya terus kepada rakyat.

Hishamuddin memang perlu melaporkan hasil pertemuan yang dirangkakan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan sewajarnya.

Selain itu Hishammuddin juga mengesahkan bahawa beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu tersebut dan pastinya tahu ‘ arah dan angin’ yang wajar beliau halakan.

Sejauh ini sah atau sebaliknya berita ini, Tuanku Mizan dikatakan memberi jaminan Ahmad Said akan terus menjadi menteri besar Terengganu.

UMNO CHERAS : M KAYVEAS PPP LAYAK DITENDANG KELUAR BN !



Kayveas seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali
PARTI Progresif Penduduk (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas perlu ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana sikapnya seperti duri dalam daging.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, selagi PPP berada dalam BN, selagi itulah ianya akan menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

“ Perangai Kayveas bukan sahaja menimbulkan kemarahanan sesama ahli parti, malah turut menyusahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Katanya, Mesyuarat Tertinggi BN pada 18 Mei ini perlu mengambil ketetapan tegas menyingkirkan PPP kerana perlakuan presidennya yang mementingkan diri sendiri.

Syed Ali berkata, Presiden PPP itu sudah pun membuat ugutan untuk keluar daripada BN dan hasratnya tidak perlu dihalang.

“Dia dah ugut untuk keluar BN, maka saya desak Majlis Tertinggi BN supaya menyahut cabaran Kayveas,” tegasnya.

Semalam, Kayveas membuat ugutan secara terbuka untuk membawa PPP keluar daripada BN jika parti itu tidak diberikan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau mendakwa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah.

Syed Ali berkata, walaupun Kayveas tidak ada pengikut, tetapi tuduhan beliau itu amat berat dan perlu dipandang serius.

Beliau kesal kerana PPP sebagai rakan BN lebih gemar mencetuskan masalah dalaman menerusi media daripada berusaha menyatupadukan rakyat.

Katanya, dalam situasi sekarang sepatutnya PPP mendokong aspirasi Najib selaku Perdana Menteri untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebaliknya tegas beliau,PPP terus bersifat angkuh dan tidak ada semangat setiakawan sesama BN.

“PPP sudah hilang pedoman perjuangannya manakala Kayves pula sering bermimpi kononnya dia masih berkuasa dan berpengaruh,” katanya.

BLOG TITIWANGSA (UMNO) BIDAS BN AGAR JADI ANAK JANTAN , BUBAR DUN PERAK !


BN KENA JADI ANAK JANTAN, BUBAR DUN PERAK!
Kita cukup muak dan rimas dengan krisis politik di Perak, sampai bila nak dibiarkan berlarutan? Kita cukup malu, dah jadi macam cerita Si Luncai. Undang-undang negara dijadikan alat untuk kepentingan diri. Kita melihat terhadap apa yang berlaku di Perak ini seolah-olah satu episod perebutan kuasa untuk kepentingan diri bukan mengutamakan kesejasteraan rakyat jelata.

Kalau benar-benar meletakkan kepentingan rakyat, tidak adakah saluran untuk berunding? Walaupun payah dan susah, jika kepentingan rakyat menjadi roh dalam perjuangan sudah pasti terbuka hati untuk bermuhasabah diri, melihat dan mendengar jerih payah rakyat bukannya menggunakan rakyat sebagai pagar untuk pertahankan kepentingan diri.

Kepada Tok Selampit, untuk menyelesaikan krisis politik yang memalukan di Perak ini hanya satu, serahkan Perak kembali kepada kuasa rakyat. Bubar DUN, biar rakyat yang tentukan. BN kena tunjuk anak jantan, jangan biarkan pembangkang terus-terusan angkuh dan sombong memperlekehkan kita. Biar rakyat Perak membuat keputusan, jika orang Melayu Perak rela agama, bangsa dan raja mereka dihina, pemimpin mereka terus-terusan diperkudakan oleh DAP, terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. Ini hak mereka!

Jika sekiranya pembangkang terus menguasai Perak selepas pilihanraya jika DUN dibubarkan, BN kena reda, inilah proses demokrasi sebenarnya, bukan naik turun mahkamah, mengarak para penyokong kehulu kehilir. Ini bukannya sikap seorang pemimpin sejati tetapi pemimpin yang pentingkan diri. Sampai bila Kerajaan BN nak buang masa melayan kerenah kotor dan hina pembangkang ini. Laksanakan kongsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sebaik mungkin.

Jika sekiranya kita yakin gagasan Dato Seri Najib ini merupakan tongkat sakti untuk membina negara dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN, untuk apa kita takut bagi menunaikan desakan pembangkang supaya membubar DUN Perak? Kalah atau menang, kepada Tok Selampit, itu bukan urusan kita. Setelah berusaha dan berikhtiar, Allah lah yang menentukannya. Yang penting ialah maruah parti! Sudah 63 tahun UMNO dijulang sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, untuk apa melayan kerja gila parti pembangkang. Malu kita!

Laksanakan gagasan Najib dengan bersungguh-sungguh, telus dan penuh keinsafan, Insya Allah akan berjaya. Matahari bukan sahaja terbit hari ini, esuk akan bersinar lagi. Begitu juga dengan pilihan raya, setiap tiga tahun ia akan berlaku. Walaupun payah dan susah, kita terpaksa tempuh. Inilah padahnya apabila kita lupa diri dan melakukan kesilapan ketika berkuasa. Pemimpin datang dan pergi tetapi rakyatlah yang terpaksa menanggung dan memikul segala ke alpaan pemimpin sampai ke mati.

Tok Selampit --- jadikan kesilapan lampau sebagai azimat untuk menempah kejayaan.

KOMEN PEMUDA 20 tahun JELASKAN KPD BLOG BPN


Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).
Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.
Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.
Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.
Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.
Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.
Renung-renungkanlah semua

KARNIVAL CARI KERJA & PELUANG USAHAWAN DI PWTC 15MEI-17MEI 2009

KARNIVAL CARI KERJA & PELUANG BISNIS
Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kebangsaan 2009
(** KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI **)
PWTC, Kuala Lumpur
15 - 17 May 2009
10.00 am - 7.00 pm
Sila bawa resume/Profail diri samada dalam bentuk CD-ROM/Pen Drive in MS Word / PDF format atau cetakan.
Pelawat dijangka 500,000
Kerja ditawar 10,000
Syarikat terlibat 600
Walk-in Interviews
Resume Clinics
Career & Entrepreneur Seminar
Industrial Training
Counseling Session
Sila lawat http://www.mohe.gov.my or http://www.mycef.com.my untuk pra pendaftaran

Senarai syarikat dan butiran lanjut sila kkik tajuk di atas.

BAGI MENUTUP MALU YANG AMAT SANGAT, DUN SARAWAK GANTUNG 12 BULAN ADUN (PR) BUKIT ASSEK


DUN Sarawak gantung ADUN DAP 12 bulan
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menggantung Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Wong Ho Leng daripada menghadiri persidangan Dewan selama 12 bulan berkuatkuasa serta-merta mulai semalam.

Penggantungan Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak sehingga Mei tahun depan, dibuat berhubung kenyataannya semasa persidangan Dewan pada November tahun lalu.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan usul penggantungan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr James Masing dan disokong oleh ADUN Tarat, Roland Sagah.

Seramai 60 Adun Barisan Nasional mengundi menyokong usul tersebut sementara tujuh ADUN pembangkang tidak menyokong usul tersebut.

Di luar Dewan kemudiannya, Ho Leng memberitahu pemberita bahawa penggantungan beliau sebagai tidak demokratik dan sangat malang.

"Kami bercadang akan mengambil tindakan undang-undang," katanya. BERNAMA

DENYUTAN NADI RAKYAT PERAK NAJIB KENA PERIKSA !


Ujian Pertama PM Rakyat Menunggu Najib Di Perak

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan dirinya sebagai "Perdana Menteri Rakyat".

Definisi "Perdana Menteri Rakyat" seperti yang diumumkan Najib di PICC Putrajaya pagi kelmarin ialah:

i) "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,"

ii) "Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya."


Bagaimana Najib hendak membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat? Perdana Menteri Rakyat tidak sekadar berjalan menyusuri Puduraya dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur diiringi sepasukan pengawal keselamatan seramai 10 orang. Perdana Menteri Rakyat seperti kata Najib perlu bersama-sama rakyat serta merasai denyutan nadi dan kuasa rakyat!

Tidak payah dulu untuk Najib turun ke bendang bersama lintah dan pacat, menyusuri denai dan bukit bukau atau membiarkan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu dibakar teriknya mentari di tengah laut bersama nelayan untuk membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat. Tak perlu lagi setakat ini beliau pergi sejauh itu.

Ujian pertama Najib untuk menunjukkan dirinya Perdana Menteri Rakyat ialah di Perak. Najib perlu merasai denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat yang memohon DUN Perak dibubarkan. Jadi Najib dan panglima-panglima di bawahnya perlu lakukan sesuatu agar DUN Perak dibubarkan. Pergilah mendapatkan perkenan Sultan ke arah itu. Selepas DUN Perak dibubarkan, Najib bolehlah memberitahu rakyat dia telah memahami dan melaksanakan salah satu dari denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat.

Jika ujian pertama yang semudah itu gagal dilakukannya, bagaimana rakyat hendak mengiktirafnya sebagai Perdana Menteri Rakyat?

SETIAP BANGUNAN PEJABAT & BANGUNAN PERUMAHAN DICADANGKAN BUAT PEMERIKSAN QIBLAT & PENGISTIHARAN.


Teman terpanggil tentang peristiwa semalam ,pejabat ana telah memanggil khas dari Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memeriksa, setup dan mengistiharkan qiblat bagi bangunan pejabat yang syarikat ana dah beli.
Jabatan Agama Islam Selangor telah menghantar 2 orang ustaz yang terlatih dalam membuat pengukuran menggunakan alat mengukur secara manual yang boleh memberi arah qiblat yang tepat merujuk kepada beberapa pertunjuk dan formula.Kebetulan Negeri Selangor satu-satunya mempunyai Jadual Qiblat Lintasan matahari Negeri Selangor(J-QLIM)..Selepas mengukur dan menanda arah qiblat di surau kami , wakil Jabatan Mufti memberi penerangan ringaks mengenai cara mengukur menggunakan peralatan,menggunakan matahari dan sebagainya.Kemudian pihak Jabatan Mufti akan memberi sijil setelah borang perkhidmatan diisi dan akan dibawa untuk diproses bagi mengeluarkan sijil.
Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini pada setiap tahun iaitu pada >> 28 MEI jam 5.16PM dan >> 16 JULAI jam 5.28PM

Bagi sahabat-sahabat di Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia akan berpeluang menyemak arah qiblat tempat masing-masing pada dua tarikh ini pada iam 5.16pm waktu Malaysia ( 28hb. mei ) dan 5.28pm waktu Malaysia (16hb. Julai ). Ketika itu di Mekah, 12.16pm (28hb. mei ) dan 12.28pm (16hb. Julai ) matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Jadi seandainya kita pacak sebatang tiang maka bayang tiang itu menghala ke matahari akan membetuli arah qiblat.

Apa yang perlu anda lakukan pada tarikh tersebut

1) Pacakkan tiang pada permukaan yang rata
2) Tunggu sehingga jam 5.16 pm waktu Malaysia ( 28hb Mei ) atau 5.28pm waktu Malaysia (16hb. Julai ) .
3) Lurus hujung bayang menghala ke arah matahari itu adalah arah Qiblat.


Bagi sahabat yang berada di Jordan dan lain-lain tempat seluruh dunia boleh lakukannya mengikut kaedah diatas tetapi sebelum itu kena pastikan dahulu waktu di tempat anda berada mestilah bersamaan jam 12.16pm (28hb. Mei ) ataupun 12.28pm (16hb. Julai ) waktu di Arab Saudi ( Mekah )