
PISAU DI TANGAN NAJIB, TIMUN DITANGAN ZAMBRY, TUNGGU APA LAGI? TUNGGU DURIAN GAJAH DI TANGAN MB NIZAR YANG AKAN DIGOLEKKAN KE ARAH KEDUA UMNO TERSEBUT.
Gerik Khamis 14 Mei Tun Dr Mahathir apabila ditanya oleh pemberita samada perlukah Dun Perak dibubarkan, tokoh yang dianggap negarawan itu tanpa rasa bersalah kepada rakyat Perak menjelaskan bahawa Dun Perak tidak perlu dibubarkan kerana pada pandangannya Umno/Bn tidak akan menang di dalam pilihanraya yang akan dijalankan di negeri tersebut. Jelas beliau, sentimen rakyat Perak khususnya masih menebal selepas PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Tun M mencadangkan agar diadakan sidang Dun bagi meluluskan undi tidak percaya kepada MB Perak sekarang. Siapakah MB Perak sekarang pada pandangan Tun M agaknya?
Kenyataan Tun M yang selalunya dilihat bernas dan kadangkala boleh dikutip untuk digunakan, kali ini kenyataan beliau saya rasakan hanya layak dibakul sampahkan. Kelihatan jelas dari kenyataannya itu bahawa Tun M sememangnya tidak mahu rakyat memilih pemimpin mereka sendiri lebih-lebih lagi di kalangan PR. Saya beranggapan , pada beliau pilihanraya hanya boleh dilakukan jika Umno/Bn merasakan boleh mencapai kejayaan tetapi jika tidak, lakukan sesuatu asalkan pilihanraya jangan diadakan walaupun terpaksa menggunakan kaedah yang salah. Saya tidak tahu samada kenyataan Tun M itu merupakan satu sindiran buat Najib dan Umno/Bn. Atau mungkin beliau ingin melihat samada Najib masih mempunyai `tali dihidung'nya.
No comments:
Post a Comment