Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 15, 2009

6 PROJEK : SETELAH NAJIB MENDENGAR DENYUTAN RAKYAT KL

DBKL Akan Laksanakan Enam Projek Untuk Atasi Kesesakan Trafik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan satu skim penyuraian trafik yang membabitkan enam projek menaiktaraf jalan di sekitar kawasan KL Sentral bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata projek berharga RM110 juta itu akan dimulakan bulan depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun.

Projek-projek yang akan dilaksanakan itu ialah pembinaan jejambat di Persimpangan Jalan Traves/Jalan Bangsar, pembinaan ‘ramp’ di persimpangan Jalan Bangsar/Jalan Maarof, pembinaan ‘ramp’ dari KL Sentral ke Lebuhraya Mahameru, kerja menaiktaraf jalan di kawasan Brickfields, pembinaan jejantas di kawasan Brickfields dan KL Sentral serta kerja menaiktaraf dan pembaikan jalan-jalan di kawasan Kl Sentral dan persekitarannya.

“Projek ini selaras dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan ini adalah salah satu usaha antara kementerian dan DBKL untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Raja Nong Chik berkata DBKL juga telah melaksanakan projek pembinaan persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Pudu/Jalan Imbi/Jalan Hang Tuah bagi mewujudkan laluan berterusan kepada kenderaan di Jalan Pudu dan Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah dan sebaliknya tanpa melalui persimpangan berlampu isyarat.

Projek berharga RM83.7 juta itu dimulakan 23 Mac lalu dan dijangka siap September 2011.

Menteri itu berkata DBKL juga sedang mengkaji kemungkinan untuk memindahkan Hentian Puduraya ke satu tempat yang lebih sesuai seperti di Bandar Tasik Selatan jika projek Plaza Rakyat tidak dapat diteruskan di tapaknya sekarang, bersebelahan dengan hentian bas itu.

Sebagai langkah jangka pendek, bas-bas yang sesak di Hentian Puduraya akan diletakkan sementara di sebuah kawasan berhampiran Jalan Hang Tuah dan ia hanya akan ke hentian bas itu untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja.

Raja Nong Chik yang diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail serta kontraktor, petang ini meluangkan masa meninjau lokasi projek-projek yang akan dilaksanakan DBKL.

– BERNAMA

No comments: