Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 15, 2009
BLOG TITIWANGSA (UMNO) BIDAS BN AGAR JADI ANAK JANTAN , BUBAR DUN PERAK !
BN KENA JADI ANAK JANTAN, BUBAR DUN PERAK!
Kita cukup muak dan rimas dengan krisis politik di Perak, sampai bila nak dibiarkan berlarutan? Kita cukup malu, dah jadi macam cerita Si Luncai. Undang-undang negara dijadikan alat untuk kepentingan diri. Kita melihat terhadap apa yang berlaku di Perak ini seolah-olah satu episod perebutan kuasa untuk kepentingan diri bukan mengutamakan kesejasteraan rakyat jelata.
Kalau benar-benar meletakkan kepentingan rakyat, tidak adakah saluran untuk berunding? Walaupun payah dan susah, jika kepentingan rakyat menjadi roh dalam perjuangan sudah pasti terbuka hati untuk bermuhasabah diri, melihat dan mendengar jerih payah rakyat bukannya menggunakan rakyat sebagai pagar untuk pertahankan kepentingan diri.
Kepada Tok Selampit, untuk menyelesaikan krisis politik yang memalukan di Perak ini hanya satu, serahkan Perak kembali kepada kuasa rakyat. Bubar DUN, biar rakyat yang tentukan. BN kena tunjuk anak jantan, jangan biarkan pembangkang terus-terusan angkuh dan sombong memperlekehkan kita. Biar rakyat Perak membuat keputusan, jika orang Melayu Perak rela agama, bangsa dan raja mereka dihina, pemimpin mereka terus-terusan diperkudakan oleh DAP, terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. Ini hak mereka!
Jika sekiranya pembangkang terus menguasai Perak selepas pilihanraya jika DUN dibubarkan, BN kena reda, inilah proses demokrasi sebenarnya, bukan naik turun mahkamah, mengarak para penyokong kehulu kehilir. Ini bukannya sikap seorang pemimpin sejati tetapi pemimpin yang pentingkan diri. Sampai bila Kerajaan BN nak buang masa melayan kerenah kotor dan hina pembangkang ini. Laksanakan kongsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sebaik mungkin.
Jika sekiranya kita yakin gagasan Dato Seri Najib ini merupakan tongkat sakti untuk membina negara dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN, untuk apa kita takut bagi menunaikan desakan pembangkang supaya membubar DUN Perak? Kalah atau menang, kepada Tok Selampit, itu bukan urusan kita. Setelah berusaha dan berikhtiar, Allah lah yang menentukannya. Yang penting ialah maruah parti! Sudah 63 tahun UMNO dijulang sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, untuk apa melayan kerja gila parti pembangkang. Malu kita!
Laksanakan gagasan Najib dengan bersungguh-sungguh, telus dan penuh keinsafan, Insya Allah akan berjaya. Matahari bukan sahaja terbit hari ini, esuk akan bersinar lagi. Begitu juga dengan pilihan raya, setiap tiga tahun ia akan berlaku. Walaupun payah dan susah, kita terpaksa tempuh. Inilah padahnya apabila kita lupa diri dan melakukan kesilapan ketika berkuasa. Pemimpin datang dan pergi tetapi rakyatlah yang terpaksa menanggung dan memikul segala ke alpaan pemimpin sampai ke mati.
Tok Selampit --- jadikan kesilapan lampau sebagai azimat untuk menempah kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment