Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 15, 2009

DENYUTAN NADI RAKYAT PERAK NAJIB KENA PERIKSA !


Ujian Pertama PM Rakyat Menunggu Najib Di Perak

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan dirinya sebagai "Perdana Menteri Rakyat".

Definisi "Perdana Menteri Rakyat" seperti yang diumumkan Najib di PICC Putrajaya pagi kelmarin ialah:

i) "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,"

ii) "Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya."


Bagaimana Najib hendak membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat? Perdana Menteri Rakyat tidak sekadar berjalan menyusuri Puduraya dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur diiringi sepasukan pengawal keselamatan seramai 10 orang. Perdana Menteri Rakyat seperti kata Najib perlu bersama-sama rakyat serta merasai denyutan nadi dan kuasa rakyat!

Tidak payah dulu untuk Najib turun ke bendang bersama lintah dan pacat, menyusuri denai dan bukit bukau atau membiarkan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu dibakar teriknya mentari di tengah laut bersama nelayan untuk membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat. Tak perlu lagi setakat ini beliau pergi sejauh itu.

Ujian pertama Najib untuk menunjukkan dirinya Perdana Menteri Rakyat ialah di Perak. Najib perlu merasai denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat yang memohon DUN Perak dibubarkan. Jadi Najib dan panglima-panglima di bawahnya perlu lakukan sesuatu agar DUN Perak dibubarkan. Pergilah mendapatkan perkenan Sultan ke arah itu. Selepas DUN Perak dibubarkan, Najib bolehlah memberitahu rakyat dia telah memahami dan melaksanakan salah satu dari denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat.

Jika ujian pertama yang semudah itu gagal dilakukannya, bagaimana rakyat hendak mengiktirafnya sebagai Perdana Menteri Rakyat?

No comments: