Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 15, 2009
SETIAP BANGUNAN PEJABAT & BANGUNAN PERUMAHAN DICADANGKAN BUAT PEMERIKSAN QIBLAT & PENGISTIHARAN.
Teman terpanggil tentang peristiwa semalam ,pejabat ana telah memanggil khas dari Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memeriksa, setup dan mengistiharkan qiblat bagi bangunan pejabat yang syarikat ana dah beli.
Jabatan Agama Islam Selangor telah menghantar 2 orang ustaz yang terlatih dalam membuat pengukuran menggunakan alat mengukur secara manual yang boleh memberi arah qiblat yang tepat merujuk kepada beberapa pertunjuk dan formula.Kebetulan Negeri Selangor satu-satunya mempunyai Jadual Qiblat Lintasan matahari Negeri Selangor(J-QLIM)..Selepas mengukur dan menanda arah qiblat di surau kami , wakil Jabatan Mufti memberi penerangan ringaks mengenai cara mengukur menggunakan peralatan,menggunakan matahari dan sebagainya.Kemudian pihak Jabatan Mufti akan memberi sijil setelah borang perkhidmatan diisi dan akan dibawa untuk diproses bagi mengeluarkan sijil.
Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini pada setiap tahun iaitu pada >> 28 MEI jam 5.16PM dan >> 16 JULAI jam 5.28PM
Bagi sahabat-sahabat di Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia akan berpeluang menyemak arah qiblat tempat masing-masing pada dua tarikh ini pada iam 5.16pm waktu Malaysia ( 28hb. mei ) dan 5.28pm waktu Malaysia (16hb. Julai ). Ketika itu di Mekah, 12.16pm (28hb. mei ) dan 12.28pm (16hb. Julai ) matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Jadi seandainya kita pacak sebatang tiang maka bayang tiang itu menghala ke matahari akan membetuli arah qiblat.
Apa yang perlu anda lakukan pada tarikh tersebut
1) Pacakkan tiang pada permukaan yang rata
2) Tunggu sehingga jam 5.16 pm waktu Malaysia ( 28hb Mei ) atau 5.28pm waktu Malaysia (16hb. Julai ) .
3) Lurus hujung bayang menghala ke arah matahari itu adalah arah Qiblat.
Bagi sahabat yang berada di Jordan dan lain-lain tempat seluruh dunia boleh lakukannya mengikut kaedah diatas tetapi sebelum itu kena pastikan dahulu waktu di tempat anda berada mestilah bersamaan jam 12.16pm (28hb. Mei ) ataupun 12.28pm (16hb. Julai ) waktu di Arab Saudi ( Mekah )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment