Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 15, 2009
EZAM PANAS PUNGGUNG BILA MAHATHIR KEMBALI KE UMNO !
Ezam Mohd Noor kehilangan punca sekembalinya “Bapa Pembangunan Mega Malaysia” Tun Mahathir kembali kedakapan Umno. Ezam yang mempunyai hasrat tersirat untuk bertanding dan menjadi calon BN di Penanti kini telah punah berkecai namun terpaksa akur dan terus tinggal sebantal dengan Tun yang amat dibencinya dulu kerana rasuah yang ditentang keras oleh Ezam.
Walaupun Ezam pada hakikatnya masih mempunyai beberapa “kotak” lagi bukti relevan untuk menjatuhkan Anwar, namun kotak-kotak Ezam tidak mempunya apa-apa nilainya lagi di mata Tun. Ezam umumkan dulu bahawa beliau kembali bersekedudukan bersama Umno kerana Tun keluar parti. Sekarang Bagaimana? Apakah tindakan Ezam seterusnya di dalam Umno?
Mampukah Ezam sekadar bersembunyi di sebalik kekotak untuk mengelak daripada dikesan dan diajar cukup-cukup oleh Tun yang suatu masa dulu amat “terasa hati” dengan apa yang telah Ezam katakan dulu. Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang mudah lupa, malah Tun akan ingat satu persatu tentang apa yang Ezam telah katakan dan kini hanya menunggu giliran sahaja untuk Tun menentukan takdir Ezam dalam Umno. Sudah tentu dalam senarai teratas Tun Mahathir sekarang ini ialah Nazri Aziz yang berlaku kurang sopan dan menghina Tun baru-baru ini. Ezam sebagai pemimpin muda yang berpotensi perlu segera berfikir tentang nasib yang bakal menimpanya samada mahu menyokong atau mendokong agenda turun temurun Umno.
GERAK yang ditubuhkan Ezam untuk menentang rasuah zaman Mahathir dulu kalau diteruskan akan menjadi tali gantung untuk Ezam buat masa ini kerana bukan sekadar tingkahlakunya diperhati, malah percakapannya juga sedang didengar. Untuk menyelamatkan diri, Ezam sepatutnya segera bubarkan “GERAK” iaitu Gerakan Anti Rasuah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment