Saudara Pengarang,
SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis ‘Cawangan Khas’ (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.
Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.
Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.
Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.
Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.
Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, “Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu.”
Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas ‘ARAHAN PIHAK ATASAN’. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, “UNDI ADALAH RAHSIA”.
Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.
Salam Hormat,
MARDIANY DIGONG
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Showing posts with label Ihsan Sabahkini. Show all posts
Showing posts with label Ihsan Sabahkini. Show all posts
Tuesday, October 18, 2011
Sunday, January 2, 2011
SKANDAL PAHIT NAJIB TERPALIT !

ASTAGFIRULLAH ! PAK LAH HALALKAN ROGOL? UMNO HALALKAN ZINA?
PAK LAH TERLALU 'BAIK'? DALAM ISLAM MENYEMBUNYIKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KERANA NAK JAGA KRONI ADALAH TIDAK BAIK, LEBIH-LEBIH LAGI ORANG YANG BERMASALAH TERUS MENJADI MENTERI DI ZAMAN NAJIB PULA. YANG NAJIB NI PUN SATU(1MALAYSIA KATAKAN), BELIAU KATA NAK BERUBAH , TAPI LANTIK BEKAS PERASUAH MENJADI PENGERUSI FELDA. ADAKAH INI WAJAR DALAM MASA KERAJAAN BN BERSUNGGUH NAK BENTRAS RASUAH?
TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.
Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.
Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.
Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.
Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.
Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.
Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.
Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.
Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.
Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.
Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.
Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.
Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'
Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.
Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.
Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.
Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa ‘Rogol’ bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.
Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.
Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.
Wednesday, March 31, 2010
MENTERI LUAR DARI SABAH, PENCULIK & PEMBUNUH MASIH TAK KEBAH !

SELAMAT.... Semoga Tsen (kiri) dan Lai tidak menerima nasib yang sama dengan tujuh mangsa yang dibunuh kumpulan serpihan Abu Sayyaf ini kerana gagal membayar tebusan dan dijadikan perisai ketika diserang tentera Filipina. Mereka bergantung nasib kepada Anifah Aman.
HANYA Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang dapat menghulurkan bantuan dalam misi khas untuk menyelamatkan dua mangsa culik Terumbu Karang Sebangkat, Semporna yang dikesan berada di Tawi-Tawi, Selatan Filipina.
Pengurus Pelantar syarikat penanaman agar-agar di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), Salleh Abdul Salleh membuat rayuan berkenaan setelah menerima beberapa maklumat daripada pihak berkuasa Filipina dan sumber tertentu yang mengemukakan beberapa bukti penting yang mengesahkan orang yang ditawan lebih 50 penculik tersebut ialah mangsa Sebangkat iaitu Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau.
“Saya rayu agar Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman segera mengutus kawat kepada Kedutaan Malaysia di Filipina dan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur bagi membolehkan usaha menyelamat mangsa dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Filipina,” ujar Salleh yang berterima kasih di atas kesungguhan Polis Di Raja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri membantu beliau sekalipun pencarian selama lebih 54 hari menemui jalan buntu.
Kata Salleh, pihaknya tidak lagi dapat bersabar dan terpaksa mengambil ikhtiar sendiri untuk mengesan mangsa dengan bantuan beberapa NGO dan Gabenor di Filipina dan berjaya menemui mangsa culik dalam kawalan ketat penculik.
“Ada pihak yang sedang merundingkan pembebasan tebusan dan masalah utama yang mereka hadapi ialah belum mendapat perkenan Wisma Putra dan untuk itu, saya dan seluruh keluarga mangsa culik merayu ehsan Datuk Anifah agar dapat bertindak segera menghantar surat persetujuan dan pengesahan bahawa kedua-dua mangsa adalah rakyat Malaysia. Itu sahaja. Tugas lain biar pihak kami lakukan sendiri,” ujar Salleh yang mendakwa kedua-dua mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri atau dirampas ketika diculik pada 8 Februari 2010.
Monday, February 15, 2010
BETULKAH KENYATAAN NAIB BNBBC INI ? BELIAU PERNAH JADI BUDAK SURUHAN AUSTRALIA ?

Abdul Rahman (tiga dari kiri), Abdul Rahim (dua dari kiri) ketika ditemubual oleh pemberita selepas majlis itu.
NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.
Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia.
Sebaliknya tambah beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka yang mempunyai kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang telahpun dapat memberikan keamanan dan pembangunan kepada negara ini.
“Mungkin mereka boleh memberi pendapat, tetapi untuk meminta kerajaan negara ini mengugurkan satu kes yang berdasarkan kepada sistem kehakiman yang terbuka di mana perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu bukannya tertutup dan beliau diwakili oleh barisan peguam yang cukup canggih terutamanya Ketua Peguam mereka Datuk Karpal Sing,” kata Abdul Rahman lagi
Tegas beliau, kenyataan seperti itu adalah biadap kerana ‘Malaysia is no longer your kick boy’ (budak suruhan) berharap agar jangan mengulangi kenyataan sedemikain lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai merasmikan Majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud yang diadakan di Dewan Tun Said dekat sini, baru-baru ini.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata seharusnya kedua-dua buah negara memperkasakan lagi hubungan di antara kedua buah negara menerusi pelbagai pendekatan, bukan mencampuri urusan negara ini yang melibatkan sistem kehakiman.
Menurutnya, tindakan biadap yang dilakukan oleh kumpulan itu sebenarnya tidak dapat membantu Datuk Sri Anwar Ibrahim ini kerana Malaysia mempunyai sistem yang cukup betul dalam menjalankan sistem kehakiman negara ini.
Katanya lagi, BNBBC akan menulis surat kepada Kedutaan Australia (Pesuruhjaya Tinggi Australia) menyatakan bahawa kita tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia itu.
"Kita akan cuba membawa seramai mungkin rakan-rakan dalam kumpulan itu dan menulis surat bantahan terhadap kenyataan itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia. Biarlah sistem kehakiman kita ini menjalankan proses-proses kehakiman seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan sistem kehakiman kita,” tegas Abdul Rahman.
“Sistem kita ini sudah dapat membantu menjadi sebuah negara merdeka dekat 50 tahun tanpa berlakunya huru-hara, something good somewhere about this system so we don’t need anyone especially Australian MP to teach us how to run our judiciary, I think is a very arrogance statement, none the less.” tegas Abdul Rahman lagi.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengarah LKIM Negeri Sabah, Jamaludin Othman serta para pemimpin setempat.
Monday, October 26, 2009
BTN DAH MULA DAH, WANG RAKYAT JUGA DIPERABIH
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menjalankan siasatan segera berhubung penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang awam oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk melatih kader politik UMNO dengan menganjurkan pelbagai kursus khas untuk ahli UMNO.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan membuat saranan berkenaan setelah mendapati Semua AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Kudat berkampung di Lembah Impian, Penampang selama empat hari tiga malam mengikuti kursus yang dianjurkan Biro Tata Negara (BTN) sejak tiga hari lalu.
“Inilah dikatakan pembaziran wang awam dan penyalahgunaan kuasa. SPRM harus menyiasat Pengarah BTN dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bersubahat menggunakan dana awam untuk melatih kader politik mereka demi survival UMNO,” ujar Zainuddin dalam kenyataan yang diemail kepada Sabahkini.net.
Menurut Zainuddin, walaupun jemputan menyertai kursus intensif berkenaan dibuat UMNO bahagian masing-masing tetapi kursus dikendalikan sepenuhnya oleh BTN.
“Kita dapati giliran UMNO Bahagian Kota Belud pada minggu hadapan iaitu pada 30 Oktober 2009 hingga 02 November 2009 di sebuah pusat peranginan di Membakut. SPRM wajib mengarahkan BTN membatalkan kursus berkenaan yang hanya dikhususkan untuk ahli UMNO,” ujar Zainuddin yang membidas sikap talam dua muka SPRM berhubung isu rasuah.

Tuesday, October 13, 2009
9 DALIL MUSIBAH UNTUK MUSBAH , SPRM TAK PANDANG LANGSUNG
PANEL Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula semua siasatan kes rasuah yang tergendala kerana campurtangan politik atau membubarkan SPRM yang tidak lagi relevan sebagai Suruhanjaya Bebas yang berintegriti.
Yang Di Pertua PAS Kota Belud, Ustaz Muataqim Aling membuat gesaan demikian memandangkan terdapat bukti yang nyata terhadap dakwaan yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim yang kertas siasatan telah dibuka.
“Namun sehingga ke hari ini, kes berkenaan diperap di pejabat SPRM setelah Mantan Pengarah Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim ditukarkan serta merta ketika sedang menyiasat kes Ketua Menteri Sabah dan kroninya seperti Japlin dan Musbah,” ujar Mustaqim yang agak kesal kerana SPRM seolah-olah ‘Harimau yang tidak bergigi dan kepatahan kuku’.
Menurut Mustaqim, rakyat mengeluh terpaksa menerima pemimpin yang rasuah seperti Adun Tempasuk yang sebelum ini dituduh dan disiasat kerana melakukan 11 kes rasuah setelah seorang pengundi berdaftar memfailkan laporan rasmi terhadap Musbah pada 21 Februari 2008, namun Musbah terlepas saringan, dipilih menjadi calon dan memenangi kerusi Dun Tempasuk pada pilihanraya umum lalu.
Setelah menjadi Adun, kata Mustaqim, kes Musbah dimasukkan ke ‘bilik beku’ SPRM dan sehingga kini beliau bebas melakukan rasuah melalui jawatan yang beliau sandang sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
“Saya harap agar Panel Siasatan SPRM yang dianggotai oleh Lembaga Panel Rayuan dan Siasatan dapat membuka semula semua kes atau dakwaan terhadap Musbah bagi memulihkan imej buruk SPRM sebagai institusi penguatkuasa yang boleh dirunding atau berlaku tawar menawar untuk menutup kes,” ujar Mustaqim yang menyenaraikan semula 11 Dalil atau pertuduhan terhadap Musbah Jamli seperti berikut;
DALIL PERTAMA:
Musbah bin Haji Jamli telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd mempengaruhi ahli Lembaga Pengarah dan kedudukan syarikat GLC bagi memperoleh projek untuk kepentingan diri.
DALIL KEDUA:
Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk melantik semula Abdul Razak Bin Awang yang sepatutnya bersara pada 28 Jun 2005 secara kontrak sebanyak tiga kali bagi menjaga kepentingannya dalam projek-projek syarikat.
DALIL KETIGA:
Musbah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd. untuk mempengaruhi Lembaga Pengarah bagi melaksanakan projek bermasalah iaitu projek Cadangan Merekabentuk dan Membina Projek SMK Tambulion, Kota Belud bernilai RM11,626,589.00 yang tidak dapat disiapkan oleh syarikat Pemborong Jadi Besar (milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud-Awadnir Matanggal). Melalui Pengurus Supernesa Sdn.Bhd, Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah melantik syarikat baru iaitu MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mempunyai modal berbayar RM100,000 sebagai sub-kontraktor projek berkenaan di mana separuh (50%) daripada saham syarikat berkenaan dimiliki oleh kakitangan Supernesa Sdn.Bhd yang berjawatan Pemandu iaitu Abdul Gani Bin Mustapha yang sebelum ini bekas pemandu peribadi beliau.
DALIL KEEMPAT;
Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk memberi pinjaman kepada MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mengalami masalah aliran tunai sebanyak RM500,000 sehingga projek berkenaan tidak memberi keuntungan kepada Supernesa Sdn.Bhd. MK Tegap (M) Sdn.Bhd dipercayai syarikat milik beliau dan mempergunakan Supernesa Sdn.Bhd sebagai GLC untuk mendapatkan perolehan peribadi.
DALIL KELIMA;
Musbah telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd melaksanakan projek pembangunan di atas tanah CL015494934 di Menggatal, milik Kementerian kewangan Sabah. Musbah mempengaruhi Lembaga Pengarah yang bersetuju melantik Hardie Development Sdn.Bhd menjalankan projek berkenaan. Taksiran harga tanah berkenaan disusutkan kepada satu pertiga daripada nilai sebenar (tahun 2002) untuk mengurangkan kos pembangunan tetapi sebaliknya mengurangkan perolehan Supernesa Sdn.Bhd dan Kementerian Kewangan.
DALIL KEENAM;
Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah supaya tidak mengambil tindakan ke atas Hardie Development yang lewat melaksanakan projek berkenaan kerana dipercayai Musbah mempunyai kepentingan peribadi dalam projek ini dan syarikat berkenaan.
DALIL KETUJUH;
Musbah telah mendesak Supernesa Sdn.Bhd agar melambatkan pembayaran kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh Malanta Sdn.Bhd iaitu kontraktor bagi projek Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Jalan Tungku Lahad Datu. Musbah secara paksa mengarahkan Malanta Sdn.Bhd melantik dua sub-kontraktor iaitu Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd yang dibayar komisyen pada kadar tetap iaitu 3 peratus dan 6.18 peratus daripada jumlah tuntutan bayaran kemajuan kerja Malanta Sdn.Bhd seperti berikut;
Pada 3 Ogos 2007, sejumlah RM2,202,135.40 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM72,741.75 (3%) dan RM149,848.01 (6.18%).
Pada 5 Oktober 2007, sejumlah RM1,585,770.71 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM52,381.77 (3%) dan RM107,906.44 (6.18%).
Pada 13 Disember 2007, sejumlah RM1,924,446.70 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM63,585.56 (3%) dan RM130,986.24 (6.18%).
Pada 28 Januari 2008, sejumlah RM531,534.06 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM17,805.57 (3%) dan RM36,679.48 (6.18%).
DALIL KELAPAN;
Musbah mengarahkan Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd. untuk membuat pembayaran terus kepada kedua-dua syarikat berkenaan dan pembayaran telahpun dilakukan sebanyak empat kali pada kadar yang sama membuktikan kedua-dua syarikat berkenaan milik Musbah yang dipegang oleh proksi beliau kerana syarikat berkenaan menggunakan alamat yang sama dengan MK Tegap (M) Sdn.Bhd.
DALIL KESEMBILAN;
Musbah menggunakan kuasanya bagi mempengaruhi Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd bagi merahsiakan masalah sebenar bagi projek SPNB Inanam, Kota Kinabalu daripada Lembaga Pengarah dan LPPB. Projek berkenaan telah digantung pada 13 Februari 2007 kerana kesemua tapak tanah projek telah dikaveatkan oleh pemilik tanah kdisebabkan kontraktor iaitu Ecomahir Sdn.Bhd. belum menjelaskan bayaran sebanyak 60 peratus kepada pemilik tanah walaupun bayaran penuh telah dibuat oleh Supernesa Sdn.Bhd. Pemilik tanah telah melaporkan perkara ini kepada polis dan telah disiasat di bawah Jenayah Komersil. Musbah dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan dan telah mendapat komisyen atas pembayaran tanah berkenaan dan amat menghairankan bayaran pendahuluan masih dibayar kepada Ecomahir Sdn.Bhd walaupun projek tersebut masih digantung.
DALIL KESEPULUH;
Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd membatalkan perlantikan Pasti Utama Sdn.Bhd sebagai Kontraktor Utama dan menggantikannya dengan Norisham Construction & Development Sdn.Bhd tanpa mendapat persetujuan dari Lembaga Pengarah projek SPNB, Jalan Apas, Tawau. Pasti Utama Sdn.Bhd telah menyaman Supernesa tetapi gagal dalam samannya atas sebab teknikal. Bagaimanapun kontrak projek SPNB mengkehendaki kontraktor menyediakan dua buah kenderaan iaitu Toyota Harrier dan Perodua Kembara untuk kegunaan pegawai SPNB. Anehnya kedua-dua kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama MK Tegap (M) Sdn. Bhd.
DALIL KESEBELAS;
Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd supaya tidak membuat pembayaran terus kepada sub-kontraktor yang dilantik kontraktor utama, Kina Permai Construction Sdn.Bhd iaitu Waishun Saujana Sdn.Bhd bagi projek SPNB Laya-Laya , Tuaran. Musbah turut mendesak Pengurus Supernesa Sdn.Bhd memberi pendahuluan kepada Kina Permai Construction Sdn.Bhd walaupun projek ini lewat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Waishun Saujana Sdn.Bhd telah menyaman Kina Permai Construction Sdn.Bhd kerana tidak menerima bayaran walaupun tuntutan projek telah dibayar oleh Supernesa Sdn.Bhd.
Dalam pada itu semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Abdul Gani Mustapha memegang 50% saham di dalam MK Tegap (M) Sdn.Bhd bernilai RM50,000 dan turut menjadi Pengarah Urusan. Manakala pemegang saham lain terdiri daripada Zatizam Zahari, Jacob Jang Ifang, Cheing Lee Chang, Lim Chong Mee, Faridah Ghazali dan Wong Rieyang.
Syarikat-syarikat berikut menggunakan alamat yang sama dan melaksanakan projek SPNB yang dilaksanakan oleh Supernesa Sdn.Bhd iaitu Jasmin Architect, MK Tegap (M) Sdn.Bhd, MK Tetap Sdn.Bhd, Norisham Construction & Development Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd dan Ablelead Management Consultan Sdn.Bhd. berpejabat di premis Supernesa Sdn.Bhd di Lot 28 & 29, Tingkat 1, Blok C, Bundusan Commercial Centre, Jalan Bundusan, Penampang, 88300 Kota Kinabalu.
Sebelum ini, laman web Malaysia Today pernah menyiarkan beberapa kes Musbah seperti Skandal Seks, Skandal Cukai dan Penggubahan Wang Haram, namun SPRM terkejut kerana Musbah dibenarkan bertanding pada pilihanraya lalu setelah Mantan Pengarah BPR Sabah, Datuk Mohd Shukri Abdull telah mendesak Perdana menteri menggugurkan Musbah sebagai calon pada Pilihanraya Umum 2004.
Selepas pendedahan Malaysia Today, Musbah telah menjelaskan tunggakan cukai yang tidak pernah ditaksirkannya sejumlah RM500,000, tetapi SPRM masih tersilap pandang dan menganggap tiada kes sekalipun Musbah mendapatkan wang berkenaan daripada sub-kontraktor yang menjalankan Supernesa Sdn.Bhd.
Musbah turut mengancam untuk menyaman Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan @ Simon jika enggan menarik balik kenyataannya di Malaysia Today berhubung taksiran cukai Musbah, namun apabila Zainuddin bertegas Musbah belum memfailkan sebarang saman sehingga kini.
Pada pilihanraya lalu Musbah berhadapan dengan dua calon iaitu Laiman Ikin @ Ag Laiman Kakimin (PKR) dan Ibrahim Linggam (Bebas), namun Laiman mempunyai peluang untuk mencantas Musbah dalam arena politik sekiranya Ibrahim menarik diri dan Laiman bijak mempergunakan segala skandal Musbah yang telah didedahkan di Malaysia Today, termasuk Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik ipar serta ijazah palsu; namun akibat kekurangan logistik, calon PKR kecundang.

Monday, October 12, 2009
APA LAGI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA JIKA SPRM BOLEH DIBELI ?
Carta di atas menunjukkan bagaimana proses Michael Chia menutup kes rasuahnya menggunakan semua saluran termasuk memanipulasi undang-undang.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini ditimpa pelbagai masalah pentadbiran dan salah urus akibat kekangan pihak berkuasa, kini didakwa melakukan kegiatan tidak bermoral dengan menukarkan saksi utama kepada defendan setelah percubaan pihak tertentu untuk menutup kes berkenaan tidak Berjaya.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan mendakwa percubaan kroni Ketua Menteri Sabah, Datuk Albert Lim Yu Ming untuk menutup kes berkenaan berjaya dikesan PKR setelah ‘Penjenayah’ Terkemuka Asia, Michael Chia Tien Foh menyerahkan RM1.5 juta daripada pakej rangsangan RM3 juta untuk memastikan kes berkenaan ditutup sebelum Hari raya Aidil Fitri lalu.
“Setelah gagal, mereka kini melakukan sesuatu perlakuan di luar tabii undang-undang dengan menukarkan saksi utama kepada defendan dan kita mempunyai bukti bahawa Michael Chia telah berjaya membeli saksi (Chong Siak Nyen) melalui penjualan konsesi kayu balak. Kita ada bukti, tetapi kita akan dedahkan bukti jika panel penyiasat SPRM dapat memberi jaminan bahawa kes ini akan disiasat dan bukannya melupuskan bukti,” ujar Zainuddin yang mula jelak dengan karenah birokrasi SPRM.
Kata Zainuddin, pihaknya mempunyai bukti bahawa Konsesi Yayasan Sabah YS 307 (7) dan (8) telah dijual kepada Dinosour Chong atau Chong Siak Nyen sebagai cara penyelesaian menarik diri daripada menjadi saksi dengan harapan tanpa saksi yang menyerahkan wang kepada kedua tertuduh, maka Mahkamah akan membuang kes berkenaan kerana tidak terdapat bukti atau asas untuk menuduh berlakunya rasuah.
Sehubungan itu, Zainuddin mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan Peguam Negara menjalankan siasatan rapi kerana ada pihak yang mengaitkan nama mereka sebagai usaha untuk mengabui mata hakim dan pendakwaraya.
“Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, saya rasa begitu malu kerana seorang lelaki bernama Hashim Lim @ Hashim Cina boleh mengaitkan nama pembesar Negara dan Datuk Albert Lim menempel aib ke muka Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang didakwa akan bekerja sama untuk menutup kes berkenaan, sebagaimana yang berlaku kepada kes 81 Dalil Musa Aman apabila peguam Negara mengatakan No Case to Answer,” ujar Zainuddin yang mendakwa rasuah di Sabah semakin tidak terkawal kerana SPRM Sabah semakin bacul untuk menjalankan tugas sebagai institusi penguatkuasa.
Zainuddin agak hairan kerana walaupun kes ini agak besar, namun SPRM hanya melakukan penyiasatan ala kadar dan mi segera sehingga berlaku pembelian saksi sedangkan jika mengikut fakta kes, kawasan konsesi yang dibeli oleh Peluamas Sdn.Bhd daripada Danaharta Sdn.Bhd seluas 5,540 hektar yang mengandungi isipadu balak 440,000 meter padu.
“Mengikut maklumat dan bukti yang kita terima, Peluamas telah membayar RM20 Juta kepada UMNO Sabah. Ke mana wang tersebut? Kenapa SPRM tidak siasat siapa terima wang tersebut, sama seperti Skandal PKFZ. Siapa terima RM8.8 juta lagi yang diserahkan sebagai syarat RM25 untuk semeter padu balak?,” kata Zainuddin yang menekankan isu ini harus disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, ketika sebutan semula kes pada 1 Oktober 2009, kedua-dua tertuduh, Lo Man Heng dan Michael Chia tidak mengaku salah dan perbicaraan akan dimulakan pada Januari 2010.
Berikut adalah kertas pertuduhan terhadap Michael Chia dan Lo Man Heng;
BAHAWA kamu, dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;
1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';
2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;
3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).
DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;
01) 22 September 2004 RM 100,000
02) 10 Disember 2004 RM 20,000
03) 10 Disember 2004 RM 10,000
04) 14 Disember 2004 RM 400,000
05) 11 Mac 2005 RM 100,000
06) 16 Mac 2005 RM 80,000
07) 22 Mac 2005 RM 100,000
08) 23 Mac 2005 RM 100,000
09) 18 April 2005 RM 40,000
10) 13 Mei 2005 RM 80,000
11) 14 Mei 2005 RM 60,000
12) 01 Julai 2005 RM 20,000
13) 13 Julai 2005 RM 50,000
14) 21 Julai 2005 RM 150,000
15) 29 Julai 2005 RM 100,000
16) 09 Ogos 2005 RM 150,000
17) 15 September 2005 RM 450,000
18) 15 November 2005 RM 150,000
19) 16 November 2005 RM 25,000
20) 24 November 2005 RM 15,000
Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan.
Hukuman: Penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.
Monday, September 21, 2009
WAJARKAH KES KURENG AJER POLIS PERLUKAN UNIVERSITI POLIS

Benarkah dah tiba masanya POLIS di Raja Malaysia menubuhkan Universiti Polis bagi mengatasi masalah kurang ajar dan salahguna kuasa polis bagi mendidik para pegawai polis yang sering bertindak ganas di luar batas kemanusiaan, terutama kepada rakyat biasa?
Pengerusi Police Watch Sabah, OKK Hassnar M.P.Ebrahim melahirkan saranan sedemikian bagi mengulas keganasan terbaru PDRM Kuching yang bertindak menyerang seorang pelajar Universiti Mansoura Mesir yang pulang bercuti hari raya di Kampung Senah Rayang, Padawan, Kuching Sarawak.
“Sekalipun pelajar tersebut melakukan sebarang kesalahan, polis tidak harus menyerang dan bertindak ganas dengan memukul dan mencederakan mangsa sehingga pengsan dan menyalahguna kuasa polis. Siapa yang bagi mereka lesen?,” tanya Hassnar yang beberapa kali ditangkap polis suatu masa lalu kerana membantu orang awam untuk mendapatkan pembelaan, namun perangai polis tidak pernah berubah.
Menurut Hassnar, beliau dimaklumkan polis melakukan kesilapan kerana memukul ‘salah orang’ namun keegoan mereka menyebabkan mangsa terus didera sehingga ke dalam lokap dan mangsa menghubunginya untuk mendapatkan peguam menyaman polis yang menyerang, mencederakan dan menjatuhkan maruahnya dengan pertuduhan palsu yang tidak pernah dilakukannya.
“Jika orang awam tidak lagi selamat kerana boleh diserang dan dipukul sesuka hati, bagaimana polis boleh menjaga keselamatan. Apakah polis Malaysia sudah menjadi samseng jalanan?,” tanya Hassnar yang akan terbang ke Kuching selepas hari raya Aidil Fitri bagi membantu mangsa yang teraniaya.
Tegas Hassnar, walaupun setelah beliau menghadapkan ‘polis samseng’ ke Mahkamah Tinggi Sandakan kerana menangkapnya secara salah pada 2002, namun nampaknya ramai polis belum serik dan terus melakukan keganasan kepada orang awam.
“Mereka (polis) hanya berani kerana ada uniform atau berlindung di kad kuasa, tetapi apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah, barulah Nampak betapa pengecutnya mereka. Kita gambar pun mereka takut, inikah polis Malaysia,?” soal Hassnar yang kini masih dalam kes perbicaraan menyaman PDRM kerana melakukan jenayah salah tangkap terhadap beliau ketika membantu penduduk kampung BDC membuat laporan polis.
Tambah Hassnar lagi, ramai Pegawai Kanan Polis Sabah adalah ‘Mafia’ yang berlindung di sebalik Uniform terutama yang boleh diupah sebagai samseng untuk mneghalau penduduk kampung di tanah adat atau melakukan tangkapan bagi kesalahan yang tidak lazim ditangkap terutama berlaku ke atas beliau apabila dituduh di bawah Akta Kesalahan Kecil semata-mata untuk membalas dendam kerana beliau mengheret semua pegawai kanan polis ke Mahkamah.
“Mereka ini dayus. Mereka membuat tuduhan palsu dan kemudian memujuk saya membayar denda. Walaupun dendanya RM25 hingga RM100 sahaja, namun saya sanggup membelanjakan RM10,000 untuk mengupah peguam menentang mereka secara gentlemen di Mahkamah,” tegas Hassnar yang tidak akan tunduk kepada tekanan PDRM sekalipun mereka mencipta seberapa banyak tuduhan palsu atau memerangkap beliau dengan pelbagai cara.
Berbalik kepada kes serangan ke atas mangsa di Kuching, Hassnar amat kesal kerana rekod buruk Ketua Polis Negara Malaysia tambah tercemar dengan insiden ini dan beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang selama ini digelar hero ‘Melayu’ agar berani bertanggung jawab menyiasat dan mendakwa polis yang terlibat dengan kejadian ini.
Kata Hassnar, kegagalan Hishamuddin menjaga perangai dan tata kelakuan polis semakin ketara apabila semakin banyak kes keganasan polis berlaku ketika Hishamuddin menjadi Menteri Dalam Negeri terutama ketika insiden menahan pemimpin PKR, Gobalakrishnan Nagappan yang disebarkan secara meluas melalui Youtube.
Jika seorang ahli parlimen diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai seperti ‘menangkap kambing’, kata Hassnar beliau tidak hairan jika Zainal yang baru pulang daripada Mesir mendapat layanan sebegitu rupa.
Dalam pada itu, Zainal yang dihubungi di Kuching teramat kesal kerana ketika kejadian berlaku beliau baru dua hari tiba daripada Mesir kerana masih belajar dalam jurusan kedoktoran di Universiti Mansoura, Mesir.
“Saya langsung tidak tahu apa-apa dan tidak pernah terfikir akan diserang dan dicederakan anggota polis. Saya sangka selama ini dalam filem Tamil saja berlaku kejadian seperti itu, tapi kini benar-benar terjadi kepada saya,” ujar Zainal yang mengakui menghubungi Hassnar setelah semua aduannya kepada pihak berwajib dipandang remeh.
Bagaimanapun Zainal enggan mengulas lanjut kerana akan memfailkan saman dalam waktu terdekat dengan bantuan Hassnar.
Menurut kandungan laporan polis yang dibuat Zainal di Balai Polis Padungan, Kuching iaitu Padungan/004464/09 pada 14 September 2009, beliau mendakwa bahawa;
“Pada 08/09/2009 jam lebih kurang 2100 hrs bertempat di Kedai 100 % Diskaun Store, Jalan Ang Cheng Hoo Padungan, saya telah ditahan oleh 4 orang (L) yang menyerupai seperti gangster dan meminta kad pengenalan saya. Mereka telah menahan saya dan menggari tangan. Semasa mereka menggari tangan saya di dalam kedai 100% Diskaun Store mereka tidak memberitahu kesalahan saya yang sebenar dan mereka menumbuk, menendang, menampar anggota badan saya dari dalam kedai 100 % hingga ke tempat letak kereta dan saya dimasukkan ke dalam kereta jenis Proton Saga. Warna tidak pasti dan cermin gelap dan apabila dalam kereta saya ditendang, dipukul dengan sebatang kayu, ditumbuk, ditampar seterusnya saya dibawa ke Balai Polis Sentral. Apabila sampai di Balai Polis Sentral, saya terus dibelasah tanpa soal siasat dan dimasukkan ke dalam lokap. Pada 09/09/2009 jam lebih kurang 2200 hrs, saya telah dibawa ke Balai Polis One Stop Centre oleh Insp Nasrun untuk disoal siasat dan dibebaskan dari lokap. Saya buat laporan polis untuk siasatan pihak polis yang selanjutnya kerana saya tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka semasa saya ditangkap. Sekianlah laporan saya.”
Mengikut semakan Sabahkini.net, dalam borang Polis 43, bagi aduan 4379/09 dicatatkan Zainal dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 dan 509 Kanun Keseksaan.
Di bawah Seksyen 186, Kanun Keseksaan, Zainal dituduh menghalang kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka, yang boleh dihukum denda sehingga RM1,000 dan sehingga tiga bulan penjara atau kedua-duanya.
Manakala di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan Seksyen atau Jenayah Seksual pula membawa maksud; “Mengeluarkan Perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang” iaitu;
"Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukkan apa-apa benda dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."
Wednesday, August 12, 2009
MISTERI SIPADAN GAGAL TERSENARAI DALAM 7WONDERS TERBONGKAR !

KEGAGALAN Sipadan memasuki senarai 28 finalis untuk Kempen atas talian bagi 'New7wonders' merupakan tamparan hebat bagi Kerajaan Negeri Sabah yang langsung tidak menjangkakan Sipadan akan tersingkir awal daripada persaingan sekalipun berjaya dalam saringan 77 senarai awal walaupun telah membelanjaan jutaan ringgit untuk kempen berkenaan.
Ramai Pelancong yang mengundi Sipadan begitu terkejut dan terkesima apabila diberitahu Sipadan gagal melayakkan diri bersama 28 tempat menarik di dunia yang diundi melalui laman web www.new7wonders.com.
"Tempat itu begitu indah dan tapi sayang terkeluar daripada senarai," ujar Michael Leester, pelancong dari Jerman yang telah 18 kali ke Pulau Sipadan dan masih mengharapkan agar Sipadan akan diberi peluang dalam senarai menunggu.
Bagaimanapun, seorang pakar astrologi, Brahma Maniam, berkata, mengikut tilikan beliau, Sipadan tidak dapat memasuki senarai 28 terakhir kerana dilindungi 'Bintang Selatan' sehingga undi yang dibuat gagal sampai ke urusetia.
"Bintang Selatan, saya fikir, tidak lain tidak bukan ialah Ma Tzu yang masih menjadi misteri kerana Sipadan ada kena mengena dengan Ma Tzu dan bantahan penduduk dunia akibat Insiden Tongkang di Sipadan," ujar Brahma Maniam ketika ditemui di Setapak, Selangor.
Bagaimanapun Brahma yakin Sipadan akan berjaya dalam senarai menunggu jika masalah 'Bintang Selatan' diselesaikan kerajaan Malaysia.
Wednesday, June 24, 2009
BENARKAH USAHAWAN MINYAK SAWIT TANPA LESEN SABAH HILANG?
MISTERI kehilangan 'Usahawan' minyak sawit mentah terkenal di Sabah, Ng Wai Kin yang selama ini bebas beroperasi tanpa lesen 'masih menjadi tandatanya' setelah kerja mencari mayatnya dihentikan pada 17 Jun 2009 oleh Agensi Pengawal Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan penyelamat yang dinamakan 'Ops SAR Kuala Mumiang Sandakan.'
Ng yang selama ini sering gagal membayar 'Ufti' atau 'wang pengkeras' kepada pihak berkuasa daripada hasil operasi haramnya, kemungkinan kebarangkalian sengaja 'dipadamkan' (Erase) oleh rakan kongsinya yang 'beruniform' kerana gagal menunaikan janji walaupun Ng mengaut keuntungan yang besar.
Setiap kali beroperasi menjual minyak sawit mentah yang dibeli di pasaran gelap dan diseludup, Ng memperoleh keuntungan tunai antara RM400,000 hingga RM500,000 tertakluk kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
Serangan pada petang tersebut, mungkin sememangnya telah lama dirancang oleh 'rakan kongsinya yang beruniform' kerana kehilangan Ng secara mendadak bersama RM400,000 menimbulkan tandatanya?
Bagaimanapun tidak dikenalpasti kenapa pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari 'mayat' Ng? Besar kemungkinan ada pihak yang menyorok atau memastikan 'mayat' Ng tidak ditemui kerana bimbang 'mayat' tersebut akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Menurut maklumat yang diterima, Ng hilang bersama wang tunai RM400,000 dan bukannya RM10,000 sebagaimana yang dilaporkan dibawa di dalam Kapal Tangki Seng 6 (SJN 00873K) namun kapal berkenaan telah kosong dan tidak mempunyai sebarang minyak sawit mentah lagi di dalam tangki kapal berkenaan kerana dipercayai baru sahaja dijual di pasaran gelap di 'perairan Malaysia.'
Satu sahaja teori kemungkinan kebarangkalian yang mungkin menjadi klu kepada kehilangan Ng ialah sebaik sahaja semua minyak dipamkan ke kapal pembeli dan wang bertukar tangan, bot 'perompak' telah 'menawan' kapal tangki berkenaan dan 'menghilangkan' Ng bersama wangnya.
Krew kapal berkenaan yang bersama Ng pada kedudukan 20 batu nautika daripada Sandakan kemungkinan besar adalah 'pelakon tambahan' yang direkrut oleh pihak tertentu untuk melakukan penyamaran kerana adalah tidak mungkin pasukan penyiasat gagal mendapat sebarang bukti daripada krew yang kononnya diikat dan tidak mengetahui apa yang berlaku.
Sebaliknya krew 'mencipta' bukti palsu kononnya kehadiran mereka di Kuala Mumiang ialah untuk membeli ikan sedangkan kapal tangki berkenaan sarat dengan muatan minyak sawit mentah.
Tempoh untuk mengepam minyak di antara dua hingga tiga jam dan adalah tidak mungkin kesemua mereka tertidur di siang hari atau pemunggahan kargo dilakukan secara automatik?
Bagaimanapun, mengikut fakta kes yang dilaporkan APMM, bilik Operasi Maritim Daerah Sandakan DM17 telah menerima laporan dari PUSKOM Marin Sandakan (PGM) bahawa seorang mangsa rompakan di laut yang dikenali sebagai Ng Wai Kin, 33, telah hilang di perairan Kuala Mumiang Sandakan.
Setelah menerima laporan kejadian pada 15 Jun 2009, lebih kurang jam 1.30 petang, bilik Operasi Maritim Daerah Sandakan DM17 telah menghubungi MRSC Kota Kinabalu memaklumkan laporan kejadian dan bilik gerakan Carilamat DM17 berkuatkuasa serta-merta.
Siasatan awal APMM mendapati mangsa bersama seorang pekerjanya telah menaiki kapal Tangki Seng 6 yang disewa dari Syarikat Lega Wira Sdn. Bhd yang dikemudi oleh 2 orang krew kapal tersebut.
Mengikut laporan rasmi APMM, kapal berkenaan berlepas dari Sandakan menuju ke Kuala Mumiang pada 14 Jun 2009 lebih kurang jam 7 malam atas urusan jual beli ikan?
Adalah dipercayai mangsa membawa RM10,000 bagi urusan tersebut tetapi apabila sampai di perairan laut Kuala Mumiang, lima lelaki bertopeng hitam dan bersenjatakan parang telah menaiki kapal tersebut lebih kurang jam 11.30 malam.
Mangsa telah menghilangkan diri dan dipercayai telah terjun ke laut manakala tiga yang lain telah diikat tetapi tidak dicederakan. Perompak terbabit melarikan diri menggunakan bot laju.
Serentak dengan itu, Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Sandakan, Kapten (M) Mohamad Onn bin Khalil telah mengarahkan APMM DM17 iaitu KM Serasan, KM Labas, KM Satang, Bot Kilat 37 dan Bot Pengawal 1 untuk menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat di sekitar perairan Kuala Mumiang.
Operasi ini juga turut disertai oleh Pasukan Gerakan Marin yang menghantar PX 22, Bot Destroyer Satu dan Bot PSC 13. TLDM juga telah menghantar Bot Tempur CB90H untuk memantapkan lagi Operasi SAR ini.
KM Serasan dan KM Satang telah dilantik sebagai 'On Scene Coordinator' semasa operasi tersebut dijalankan. Operasi SAR ini telah bermula pada 15 Jun 2009, jam 1.30tengah hari dan berakhir pada 17 Jun 2009 pada tengah malamnya.
Tiada sebarang kesan atau tanda-tanda positif ditemui sepanjang tiga hari Ops SAR ini dijalankan. Pihak MRSC Kota Kinabalu yang berperanan sebagai koordinator untuk operasi ini telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat.

Subscribe to:
Posts (Atom)