Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, September 21, 2009
WAJARKAH KES KURENG AJER POLIS PERLUKAN UNIVERSITI POLIS
Benarkah dah tiba masanya POLIS di Raja Malaysia menubuhkan Universiti Polis bagi mengatasi masalah kurang ajar dan salahguna kuasa polis bagi mendidik para pegawai polis yang sering bertindak ganas di luar batas kemanusiaan, terutama kepada rakyat biasa?
Pengerusi Police Watch Sabah, OKK Hassnar M.P.Ebrahim melahirkan saranan sedemikian bagi mengulas keganasan terbaru PDRM Kuching yang bertindak menyerang seorang pelajar Universiti Mansoura Mesir yang pulang bercuti hari raya di Kampung Senah Rayang, Padawan, Kuching Sarawak.
“Sekalipun pelajar tersebut melakukan sebarang kesalahan, polis tidak harus menyerang dan bertindak ganas dengan memukul dan mencederakan mangsa sehingga pengsan dan menyalahguna kuasa polis. Siapa yang bagi mereka lesen?,” tanya Hassnar yang beberapa kali ditangkap polis suatu masa lalu kerana membantu orang awam untuk mendapatkan pembelaan, namun perangai polis tidak pernah berubah.
Menurut Hassnar, beliau dimaklumkan polis melakukan kesilapan kerana memukul ‘salah orang’ namun keegoan mereka menyebabkan mangsa terus didera sehingga ke dalam lokap dan mangsa menghubunginya untuk mendapatkan peguam menyaman polis yang menyerang, mencederakan dan menjatuhkan maruahnya dengan pertuduhan palsu yang tidak pernah dilakukannya.
“Jika orang awam tidak lagi selamat kerana boleh diserang dan dipukul sesuka hati, bagaimana polis boleh menjaga keselamatan. Apakah polis Malaysia sudah menjadi samseng jalanan?,” tanya Hassnar yang akan terbang ke Kuching selepas hari raya Aidil Fitri bagi membantu mangsa yang teraniaya.
Tegas Hassnar, walaupun setelah beliau menghadapkan ‘polis samseng’ ke Mahkamah Tinggi Sandakan kerana menangkapnya secara salah pada 2002, namun nampaknya ramai polis belum serik dan terus melakukan keganasan kepada orang awam.
“Mereka (polis) hanya berani kerana ada uniform atau berlindung di kad kuasa, tetapi apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah, barulah Nampak betapa pengecutnya mereka. Kita gambar pun mereka takut, inikah polis Malaysia,?” soal Hassnar yang kini masih dalam kes perbicaraan menyaman PDRM kerana melakukan jenayah salah tangkap terhadap beliau ketika membantu penduduk kampung BDC membuat laporan polis.
Tambah Hassnar lagi, ramai Pegawai Kanan Polis Sabah adalah ‘Mafia’ yang berlindung di sebalik Uniform terutama yang boleh diupah sebagai samseng untuk mneghalau penduduk kampung di tanah adat atau melakukan tangkapan bagi kesalahan yang tidak lazim ditangkap terutama berlaku ke atas beliau apabila dituduh di bawah Akta Kesalahan Kecil semata-mata untuk membalas dendam kerana beliau mengheret semua pegawai kanan polis ke Mahkamah.
“Mereka ini dayus. Mereka membuat tuduhan palsu dan kemudian memujuk saya membayar denda. Walaupun dendanya RM25 hingga RM100 sahaja, namun saya sanggup membelanjakan RM10,000 untuk mengupah peguam menentang mereka secara gentlemen di Mahkamah,” tegas Hassnar yang tidak akan tunduk kepada tekanan PDRM sekalipun mereka mencipta seberapa banyak tuduhan palsu atau memerangkap beliau dengan pelbagai cara.
Berbalik kepada kes serangan ke atas mangsa di Kuching, Hassnar amat kesal kerana rekod buruk Ketua Polis Negara Malaysia tambah tercemar dengan insiden ini dan beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang selama ini digelar hero ‘Melayu’ agar berani bertanggung jawab menyiasat dan mendakwa polis yang terlibat dengan kejadian ini.
Kata Hassnar, kegagalan Hishamuddin menjaga perangai dan tata kelakuan polis semakin ketara apabila semakin banyak kes keganasan polis berlaku ketika Hishamuddin menjadi Menteri Dalam Negeri terutama ketika insiden menahan pemimpin PKR, Gobalakrishnan Nagappan yang disebarkan secara meluas melalui Youtube.
Jika seorang ahli parlimen diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai seperti ‘menangkap kambing’, kata Hassnar beliau tidak hairan jika Zainal yang baru pulang daripada Mesir mendapat layanan sebegitu rupa.
Dalam pada itu, Zainal yang dihubungi di Kuching teramat kesal kerana ketika kejadian berlaku beliau baru dua hari tiba daripada Mesir kerana masih belajar dalam jurusan kedoktoran di Universiti Mansoura, Mesir.
“Saya langsung tidak tahu apa-apa dan tidak pernah terfikir akan diserang dan dicederakan anggota polis. Saya sangka selama ini dalam filem Tamil saja berlaku kejadian seperti itu, tapi kini benar-benar terjadi kepada saya,” ujar Zainal yang mengakui menghubungi Hassnar setelah semua aduannya kepada pihak berwajib dipandang remeh.
Bagaimanapun Zainal enggan mengulas lanjut kerana akan memfailkan saman dalam waktu terdekat dengan bantuan Hassnar.
Menurut kandungan laporan polis yang dibuat Zainal di Balai Polis Padungan, Kuching iaitu Padungan/004464/09 pada 14 September 2009, beliau mendakwa bahawa;
“Pada 08/09/2009 jam lebih kurang 2100 hrs bertempat di Kedai 100 % Diskaun Store, Jalan Ang Cheng Hoo Padungan, saya telah ditahan oleh 4 orang (L) yang menyerupai seperti gangster dan meminta kad pengenalan saya. Mereka telah menahan saya dan menggari tangan. Semasa mereka menggari tangan saya di dalam kedai 100% Diskaun Store mereka tidak memberitahu kesalahan saya yang sebenar dan mereka menumbuk, menendang, menampar anggota badan saya dari dalam kedai 100 % hingga ke tempat letak kereta dan saya dimasukkan ke dalam kereta jenis Proton Saga. Warna tidak pasti dan cermin gelap dan apabila dalam kereta saya ditendang, dipukul dengan sebatang kayu, ditumbuk, ditampar seterusnya saya dibawa ke Balai Polis Sentral. Apabila sampai di Balai Polis Sentral, saya terus dibelasah tanpa soal siasat dan dimasukkan ke dalam lokap. Pada 09/09/2009 jam lebih kurang 2200 hrs, saya telah dibawa ke Balai Polis One Stop Centre oleh Insp Nasrun untuk disoal siasat dan dibebaskan dari lokap. Saya buat laporan polis untuk siasatan pihak polis yang selanjutnya kerana saya tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka semasa saya ditangkap. Sekianlah laporan saya.”
Mengikut semakan Sabahkini.net, dalam borang Polis 43, bagi aduan 4379/09 dicatatkan Zainal dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 dan 509 Kanun Keseksaan.
Di bawah Seksyen 186, Kanun Keseksaan, Zainal dituduh menghalang kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka, yang boleh dihukum denda sehingga RM1,000 dan sehingga tiga bulan penjara atau kedua-duanya.
Manakala di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan Seksyen atau Jenayah Seksual pula membawa maksud; “Mengeluarkan Perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang” iaitu;
"Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukkan apa-apa benda dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PR perlu sediakan peguam yang senang dihubungi oleh mangsa polis zalim ini. Di Sabah banyak kes melibatkan polis salah guna kuasa tetapi rakyat tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada tempat mengadu.
Post a Comment