Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 15, 2010

BETULKAH KENYATAAN NAIB BNBBC INI ? BELIAU PERNAH JADI BUDAK SURUHAN AUSTRALIA ?


Abdul Rahman (tiga dari kiri), Abdul Rahim (dua dari kiri) ketika ditemubual oleh pemberita selepas majlis itu.

NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.
Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia.
Sebaliknya tambah beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka yang mempunyai kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang telahpun dapat memberikan keamanan dan pembangunan kepada negara ini.
“Mungkin mereka boleh memberi pendapat, tetapi untuk meminta kerajaan negara ini mengugurkan satu kes yang berdasarkan kepada sistem kehakiman yang terbuka di mana perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu bukannya tertutup dan beliau diwakili oleh barisan peguam yang cukup canggih terutamanya Ketua Peguam mereka Datuk Karpal Sing,” kata Abdul Rahman lagi

Tegas beliau, kenyataan seperti itu adalah biadap kerana ‘Malaysia is no longer your kick boy’ (budak suruhan) berharap agar jangan mengulangi kenyataan sedemikain lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai merasmikan Majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud yang diadakan di Dewan Tun Said dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata seharusnya kedua-dua buah negara memperkasakan lagi hubungan di antara kedua buah negara menerusi pelbagai pendekatan, bukan mencampuri urusan negara ini yang melibatkan sistem kehakiman.
Menurutnya, tindakan biadap yang dilakukan oleh kumpulan itu sebenarnya tidak dapat membantu Datuk Sri Anwar Ibrahim ini kerana Malaysia mempunyai sistem yang cukup betul dalam menjalankan sistem kehakiman negara ini.
Katanya lagi, BNBBC akan menulis surat kepada Kedutaan Australia (Pesuruhjaya Tinggi Australia) menyatakan bahawa kita tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia itu.
"Kita akan cuba membawa seramai mungkin rakan-rakan dalam kumpulan itu dan menulis surat bantahan terhadap kenyataan itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia. Biarlah sistem kehakiman kita ini menjalankan proses-proses kehakiman seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan sistem kehakiman kita,” tegas Abdul Rahman.

“Sistem kita ini sudah dapat membantu menjadi sebuah negara merdeka dekat 50 tahun tanpa berlakunya huru-hara, something good somewhere about this system so we don’t need anyone especially Australian MP to teach us how to run our judiciary, I think is a very arrogance statement, none the less.” tegas Abdul Rahman lagi.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengarah LKIM Negeri Sabah, Jamaludin Othman serta para pemimpin setempat.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum


Jika desakan dari Amerika mungkin boleh masuk dalam telinga mereka tapi sebab desakan dari Australia ni tiada standard le.Teguran itu dibuat adalah berdasarkan semangat kejiranan dan nasihat menasihati.Masalah nak terima itu soal lain.Yang pentingnya ialah Umno dan BN memang mempunyai penyakit pekak dari dulu lagi,berbakul-bakul teguran dari pembangkang dan demostrasi dari rakyat mengenai isu-isu negara seperti ISA,kenaikan harga barang,isu bahasa Inggeris(sains dan matematik)dan lain-lain bersifat tempatan(kenegerian) hanya dilayan dengan kata-kata seolah-olah umpamanya"korang apa tau pergi mampus dengan korang".Yang mereka boleh layan ialah macama mana idea nak hidup lama walaupun dengan mengguna pelbagai cara.