MISTERI kehilangan 'Usahawan' minyak sawit mentah terkenal di Sabah, Ng Wai Kin yang selama ini bebas beroperasi tanpa lesen 'masih menjadi tandatanya' setelah kerja mencari mayatnya dihentikan pada 17 Jun 2009 oleh Agensi Pengawal Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan penyelamat yang dinamakan 'Ops SAR Kuala Mumiang Sandakan.'
Ng yang selama ini sering gagal membayar 'Ufti' atau 'wang pengkeras' kepada pihak berkuasa daripada hasil operasi haramnya, kemungkinan kebarangkalian sengaja 'dipadamkan' (Erase) oleh rakan kongsinya yang 'beruniform' kerana gagal menunaikan janji walaupun Ng mengaut keuntungan yang besar.
Setiap kali beroperasi menjual minyak sawit mentah yang dibeli di pasaran gelap dan diseludup, Ng memperoleh keuntungan tunai antara RM400,000 hingga RM500,000 tertakluk kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
Serangan pada petang tersebut, mungkin sememangnya telah lama dirancang oleh 'rakan kongsinya yang beruniform' kerana kehilangan Ng secara mendadak bersama RM400,000 menimbulkan tandatanya?
Bagaimanapun tidak dikenalpasti kenapa pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari 'mayat' Ng? Besar kemungkinan ada pihak yang menyorok atau memastikan 'mayat' Ng tidak ditemui kerana bimbang 'mayat' tersebut akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Menurut maklumat yang diterima, Ng hilang bersama wang tunai RM400,000 dan bukannya RM10,000 sebagaimana yang dilaporkan dibawa di dalam Kapal Tangki Seng 6 (SJN 00873K) namun kapal berkenaan telah kosong dan tidak mempunyai sebarang minyak sawit mentah lagi di dalam tangki kapal berkenaan kerana dipercayai baru sahaja dijual di pasaran gelap di 'perairan Malaysia.'
Satu sahaja teori kemungkinan kebarangkalian yang mungkin menjadi klu kepada kehilangan Ng ialah sebaik sahaja semua minyak dipamkan ke kapal pembeli dan wang bertukar tangan, bot 'perompak' telah 'menawan' kapal tangki berkenaan dan 'menghilangkan' Ng bersama wangnya.
Krew kapal berkenaan yang bersama Ng pada kedudukan 20 batu nautika daripada Sandakan kemungkinan besar adalah 'pelakon tambahan' yang direkrut oleh pihak tertentu untuk melakukan penyamaran kerana adalah tidak mungkin pasukan penyiasat gagal mendapat sebarang bukti daripada krew yang kononnya diikat dan tidak mengetahui apa yang berlaku.
Sebaliknya krew 'mencipta' bukti palsu kononnya kehadiran mereka di Kuala Mumiang ialah untuk membeli ikan sedangkan kapal tangki berkenaan sarat dengan muatan minyak sawit mentah.
Tempoh untuk mengepam minyak di antara dua hingga tiga jam dan adalah tidak mungkin kesemua mereka tertidur di siang hari atau pemunggahan kargo dilakukan secara automatik?
Bagaimanapun, mengikut fakta kes yang dilaporkan APMM, bilik Operasi Maritim Daerah Sandakan DM17 telah menerima laporan dari PUSKOM Marin Sandakan (PGM) bahawa seorang mangsa rompakan di laut yang dikenali sebagai Ng Wai Kin, 33, telah hilang di perairan Kuala Mumiang Sandakan.
Setelah menerima laporan kejadian pada 15 Jun 2009, lebih kurang jam 1.30 petang, bilik Operasi Maritim Daerah Sandakan DM17 telah menghubungi MRSC Kota Kinabalu memaklumkan laporan kejadian dan bilik gerakan Carilamat DM17 berkuatkuasa serta-merta.
Siasatan awal APMM mendapati mangsa bersama seorang pekerjanya telah menaiki kapal Tangki Seng 6 yang disewa dari Syarikat Lega Wira Sdn. Bhd yang dikemudi oleh 2 orang krew kapal tersebut.
Mengikut laporan rasmi APMM, kapal berkenaan berlepas dari Sandakan menuju ke Kuala Mumiang pada 14 Jun 2009 lebih kurang jam 7 malam atas urusan jual beli ikan?
Adalah dipercayai mangsa membawa RM10,000 bagi urusan tersebut tetapi apabila sampai di perairan laut Kuala Mumiang, lima lelaki bertopeng hitam dan bersenjatakan parang telah menaiki kapal tersebut lebih kurang jam 11.30 malam.
Mangsa telah menghilangkan diri dan dipercayai telah terjun ke laut manakala tiga yang lain telah diikat tetapi tidak dicederakan. Perompak terbabit melarikan diri menggunakan bot laju.
Serentak dengan itu, Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Sandakan, Kapten (M) Mohamad Onn bin Khalil telah mengarahkan APMM DM17 iaitu KM Serasan, KM Labas, KM Satang, Bot Kilat 37 dan Bot Pengawal 1 untuk menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat di sekitar perairan Kuala Mumiang.
Operasi ini juga turut disertai oleh Pasukan Gerakan Marin yang menghantar PX 22, Bot Destroyer Satu dan Bot PSC 13. TLDM juga telah menghantar Bot Tempur CB90H untuk memantapkan lagi Operasi SAR ini.
KM Serasan dan KM Satang telah dilantik sebagai 'On Scene Coordinator' semasa operasi tersebut dijalankan. Operasi SAR ini telah bermula pada 15 Jun 2009, jam 1.30tengah hari dan berakhir pada 17 Jun 2009 pada tengah malamnya.
Tiada sebarang kesan atau tanda-tanda positif ditemui sepanjang tiga hari Ops SAR ini dijalankan. Pihak MRSC Kota Kinabalu yang berperanan sebagai koordinator untuk operasi ini telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment