Yang lemah memang mudah terpedaya!
UMNO sebenarnya tidak lemah. Kerusi UMNO dalam Dewan Rakyat mengatasi kerusi PAS, DAP dan PKR walau dijumlah sekaligus. Tetapi berbanding sebelum PRU ke 12 secara relatifnya UMNO amat lemah. Kepimpinan UMNO juga sedar parti keramat mereka sudah lemah. Barangkali dalam minda DS Najib dan barisan MT nya UMNO sudah ditolak orang Melayu.
Namun ada hikmahnya buat parti UMNO. Beringat-ingatlah. Dulu UMNO mendabik dada sebagai parti tunggal yang memperjuang bangsa Melayu. Kini UMNO terlalu membutuhkan sesiapa juga untuk mendapatkan kembali sokongan bangsa Melayu. Hatta parti lawan sekalipun bila sebut ayat perpaduan saja, melompatlah para hulubalang UMNO untuk menjadi hero dan broker.
Ada yang bercakap lebih-lebih konon pertemuan antara UMNO dan PAS akan menyatukan dan memperkukuhkan politik orang Melayu. Tanpa mereka sedar orang di luar UMNO tu pun mahu juga jadi Perdana Menteri dan mahu juga membela nasib orang Melayu. Bukan pemimpin UMNO saja.
Tetapi tak apa lah yang itu, apa yang amat menyedihkan UMNO pula dituduh membuat fitnah dan membuat tohmahan jahat walhal bukan UMNO yang mulakan! Itulah nasib yang selalu menimpa bila kita jadi orang lemah! Mudah di perkotak-katikkan. Mudah diprsendakan. Mudah menerima cadangan.Fikir-fikirkanlah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment