Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 24, 2009

BILA KEMBAR SIAM SHAFIE AFDAL MENULIS

Saudara Pengarang,

CELUPARNYA mulut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyifatkan Melayu itu adalah golongan penakut, seolah-olah UMNO dan PAS hanya orang Melayu saja berjuang untuk agama, bangsa dan Negara.

Perkiraan pemimpin nombor tiga dalam Umno itu mungkin tersasul kerana beliau lupa atau disengaja lupa bahawa Sabah ramai bukan tergolong Melayu ahli UMNO. Kalau begitu adalah lebih baik ahli bukan Melayu dalam Umno di Sabah dikeluar atau digugurkan saja, kerana ia bercanggah dengan maksud kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal dalam akhbar Utusan Malaysia. Andaian beliau itu amat memalukan kepada bukan Melayu dalam parti Umno.

Tidak dinafikan bahawa konsep perjuangan antara Umno dan PAS berlandaskan orang Melayu dan Islam bagi di Semenanjung, tetapi Datuk Shafie Apdal terlupa bahawa Sabah mempunyai pelbagai suku kaum berada dalam kedua-kedua parti itu khususnya umno di kawasan majoriti KDM malah ada yang menyandang Ketua Bahagian.

Datuk Shafie Apdal dalam kenyataannya di Utusan Malaysia menyifatkan orang Melayu sebagai penakut, dan mudah tunduk kepada tekanan DAP dan PKR, berhubung dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu satu kenyatan sinis dan kurang sopan.

Jangan lupa bahawa Gagasan Pembangkang iaitu ”Pakatan Rakyat” merupakan sebuah parti gabungan mendahulukan pandangan rakyat, di mana PAS, PKR, dan DAP, banyak menerima kritikan daripada akar umbi menerusi internet sebagai mesej golongan muda dari sudut positif demi untuk Negera.

Setiap pemimpin, Shafie harus mempunyai sifat dua sudut iaitu Positif dan neagitif, di samping menerima realitinya yang sebenar barulah slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, dalam 1Malaysia dapat diterjemahkan dengan sempurna.

Cadangan pengwujudan kerajaan Perpaduan tidak dapat menyelesaikan kemelut politik Melayu dan Islam dalam negera ini, selagi masih terdapat pemimpin yang ego, seperti dilihat di kaca TV 1 melalui perbahasan dalam Dewan Rakyat yang disiar secara lansung selama 10 minit seolah-olah pertangkaran itu lebih banyak daripada membahaskan kepentingan rakyat dan negera yang boleh mencemarkan Dewan yang mulia itu.

Lebih memburukan lagi ialah pihak ahli Parlimen kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menerima fakta yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang.

Seolah-olah suara pembngkang itu dalam Dewan Rakyat tidak bernilai, sedangkan mereka itu juga dipilih oleh rakyat pada setiap pilihan raya.

Ahli Parlimen Pembangkang berhak menyuarakan untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing ketidak puasan mereka dalam tindak tanduk jabatan-jabatan dalam pentadbiran Kerajaan BN.

Datuk Seri Dr. Rais yatim selaku Ahli majlis tertinggi Umno juga terlalu lincah dalam tidurnya lalu bingkas bangun mengigau lalu menempelak kepada pembangkang, sedangkan tanpa beliau sedari beliau meludah ke langit lalu terkena muka sendiri.

Sekian, Salam Hormat.

KEMBAR SIAM SHAFIE.
(Nama sebenar dirahsiakan)

No comments: