Teman lihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbukti benar-benar berusaha mendirikan sebuah pentadbiran awam yang bersih dan berani kerana benar. Sejajar dengan itu, seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, Kerajaan Negeri akan menyumbangkan RM10,000 sebagai Anugerah Integriti kepada setiap kakitangan sektor perkhidmatan awam negeri ini jika mereka berani tampil mengenengahkan kepincangan, pembaziran, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kewangan kerajaan yang mengakibatkan kerugian wang awam atau mengurangkan hasil negeri. Selain daripada menerima wang tunai RM10,000 mereka yang terlibat juga akan diberikan cenderamata, sijil penghargaan dan lain-lain ganjaran yang sesuai.
Menurut satu kenyataan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam, pemberian itu selaras dengan pengumuman Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan pentadbiran yang telus daripada sebarang amalan yang boleh merendahkan pandangan awam terhadap kerajaan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya boleh dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri.Teman rasa ramai orang UBN dan penyokong UBN yang tau sesiapa yang terlibat dari penyelewengan setelah sekian lama UBN berkuasa.Harapan teman agar cara ini dipanjangkan kepada semua negeri Pakatan Rakyat yang lain. Untuk memastikan kesahihan laporan yang diterima, satu jawatankuasa panel telah dibentukyang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri sendiri.
Syabas KEPADA Kerajaan Negeri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan semua saf kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bukan sahaja setakat bercakap mengenai pentadbiran kerajaan negeri tanpa rasuah, tetapi benar-benar cuba melaksanakannya.
Nak lakukan bukanlah sesuatu yng mudah, ramai pemimpin BN kita sejak setengah abad yang lalu hanya cakap tak serupa bikin.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment