Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 6, 2009

RAHMAN PALIL TERLIBAT KES PKFZ LINGKUP ?


Hari ini dalam aKhbar The Sun, Rahman tak sedar rupanya dalam sibuk beliau berkokok ada pihak telah menelanjangkan beliau bulat-bulat untuk tontonan umum. Kerana terlalu ghairah dan bernafsu menyerang PAS, beliau tidak sedar rekod buruknya didedahkan kepengetahuan dunia!
Akhbar berkenaan mendedahkan darihal Laporan Odit Bebas terhadap Zon Bebas Pelabuhan Kelang atau PKFZ yang banyak mendedahkan kepincangan, salah-guna kuasa dan ketidaktelusan pengurusan yang melibatkan projek bernilai RM4.6 bilion itu, walaupun kos asalsepatutnya RM1.845 bilion.
Apa ada kena mengena dengan ADUN Sementa “subsidi” ini?
Menurut laporan itu Rahman merupakan Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) pada tahun 2002. Tanah untuk membangunkan PKFZ dijual oleh KPPL kepada PKA sedangkan Rahman terlibat dalam kedua-dua badan berkenaan.
Kerajaan telah dipaksa membeli 404 hektar tanah untuk membangunkan PKFZ ini dari Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga RM25 sekaki persegi sedangkan syarikat ini membeli tanah berkenaan dari KPPL dengan harga Cuma RM3 sekaki persegi iaitu lebihan sebanyak RM22 sekaki persegi! (Kuala Dimensi Berhad adalah kontraktor “turnkey” projek ini)

Antara kronologi kes PKFZ ini adalah: SILA KLIK TAJUK

AYUH DAFTAR KE HIMPUNAN & KONVENSYEN KELAB PENYOKONG PAS KEBANGSAAN 30 MEI 2009


Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Yang Berhormat AF Ustaz Mujahid Yusof Rawa, serta YB Dr Halimah Ali selaku Timbalan LPN(lujnah Perpaduan Nasional) PAS Pusat dan Jawatankuasa Penganjurnya akhirnya keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini telah dimuktamadkan iaitu pada tarikh 30hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Himpunan dan konvensyen kali pertama ini telah memilih Selangor khususnya Kota Raja sebagai tuan rumah. Sebagai tuan rumah Kota Raja telah menubuhkan Sekretariat dan Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan. Alhamdulillah segala persiapan sedang rancak diatur untuk menerima kehadiran kira-kira 500 peserta kovensyen pada kali ini.

Perasmian Konvensyen akan dilakukan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS Pusat. Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang (MDK) telah dipilih sebagai tempat berlansungnya Konvensyen pada kali ini.
Surat-surat jemputan kepada negeri-negeri untuk menghantar wakil ke konvensyen ini telah mula di hantar oleh Puan Hajjah Kamariah selaku Setiausaha LPN PAS Pusat. Diharap setiap negeri dapat memberikan respon yang segera kepada penganjur.
untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Khairul Faizi 019-7701830 (Pengarah Program), Pn Hajjah Kamariah 016-3226159 (Setiausaha LPN PAS Pusat) atau Mohd Razif Maslan 013-3610603 (Timb. Pengarah Program/Kota Raja).

MUHAMMAD SABU DICEKUP DI RESTORAN GERAK KHAS.



iNILAH KELEBIHAN PIHAK KESELAMATAN di Malaysia ,menangkap orang Ikut Suka Aku tanpa waran tangkap.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan Polis tanpa waran tangkap sebentar tadi lbhkrg 3 ptg di Depan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.
Penahanan beliau difaham dikaitkan dengan Program untuk berkabung pada 7 Mei esok (Khamis) dengan berpakaian hitam di Ipoh dan seluruh negara. Berita ini tulis setelah menerima panggilan seorang wartawan yang berada di tempat kejadian. Motif sebenar penahanan belum diketahui.
Semalam Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat telahpun ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.
Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.
Dalam sidang media Bersih pagi tadi, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda “1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang”.

BILA GHANI 4 TAHIL NAK JADI 16 TAHIL ? ASYIK NAK MENGURANGKAN TIMBANGAN DALAM PERBICARAAN ?


Peguam Negara sahkan Mb Nizar tidak dipecat Sultan tetapi (ni yang mahal ada tetapi lagi) tersingkir (ter maknanya tersingkir automatikke?) disebabkan majoriti.Wahai Peguam Negara kalau majoriti pun biarlah majoriti bukan dengan 3 orang penyamun!
Kalau majoriti anda lihatlah senario majoriti kat Kuala Terengganu.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.
Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.
Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?
“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya
Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.
“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.
Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatanDatuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.
Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.
Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO.

KENDERAAN DIREKABENTUK SESUAI UNTUK MENTERI BESAR YANG TIDAK SAH PERLANTIKANNYA

Teman cadangkan jika menteri besar tak sah ini gagal menjadi menteri besar yang betul-betul maka beliau boleh gadaikan kenderaan ini ikut suka hati beliau.

WARTAWAN PERLU TANYA NAJIB SUDAH TERIMA KEK & SURAT HARI INI?

Tujuam kami hanyalah untuk membela PM yang kami sayangi agar tuduhan dari 19 akhbar luar negara dapat dijawab dan ditutup mulut mereka dengan alasan dan jawaban yang benar.

Hari ini Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) akan menghantar kek Hari Jadi Altantuya dan surat mendesak PM harus segera mengambil tindakan saman 19 media dunia yang menyatakan Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tindakan segera harus diambil kerana ia melibatkan imej negara. Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja.
Jika tidak ada tindakan, maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman dengan mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong agar diwujudkan untuk menyiasat keseluruhan kes Altantuya.
Jika Allahyarhamah masih hidup usianya rasanya genap 31 tahun.Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar. Altantuya yang terlibat dalam 'deal' pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan.
Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok dan bapa Altantuya dengsn Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen tV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya.

TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA DINANTI MACAM KEPUTUSAN BN PENANTI !


Wanita KEADILAN mengalu-ngalukan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera diwujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja sebagai bantuan kepada para pekerja yang telah kehilangan punca pendapatan kerana keadaan ekonomi dunia yang merudum dengan dahsyatnya.
Hasrat dan kenyataan PM untuk mewujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja itu walaubagaimanapun telah berulangkali disuarakan dan didesak oleh Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat, khususnya menerusi Kaukas Eksploitasi Pekerja yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Langkah-langkah yang membantu pekerja yang kini menganggur dalam angka ratusan ribu dan masih meningkat perlulah ditangani segera.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset, wanita adalah golongan yang paling terkesan kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan nadi dalam pengurusan hal-ehwal dan kesejahteraan keluarga. Sebarang kemeruduman ekonomi akan mengakibatkan tekanan luarbiasa terhadap kemampuan setiap keluarga untuk meneruskan kehidupan harian dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing.
Kerajaan Selangor, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim telah awal-awal lagi membuka hotline bagi memberikan ruang kepada para pekerja yang kesempitan hidup untuk mendapatkan bantuan yang perlu. Ia wajar dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan.

TAHNIAH KOMEN KAKICILOK TEPAT PADA MASA & KENA PADA TEMPATNYA

Melihat kepada kerajinan dan ketangkasan Ahli-ahli dan para pemimpin UMNO sering membuat laporan polis, kami ingin memberi cadangan supaya pejabat UMNO di buka di dalam balai polis atau di buka bersebelahan kaunter balai polis bagi memudahkan para pendokong UMNO membuat laporan polis.

Sekiranya para pendokong UMNO merasakan laporan polis boleh menarik minat rakyat pada UMNO. Mungkin boleh diibaratkan para pendokong UMNO dan polis bagai Aur dan Tebing iaitu saling memerlukan antara 1 sama lain. Kekadang kesian juga polis sering disibukkan dengan kes-kes bacul pemimpin UMNO untuk berdepan dengan pembangkang secara demokrasi sehinggakan kes hendak bersidang DUN pun memerlukan polis. Nasiblah polis mengikut membabi buta. Sibuknya polis sehinggakan rumah OCPD sendiri dipecah masuk perompak, itu belum cerita pasal kes jenayah-jenayah yang berleluasa sekarang di media & akhbar.

Kepada pengecut usahlah berselindung di belakang polis, berdepanlah dengan semangat kejantanan. Ingat bila jadi perampas mesti kena berani, tapi jangan lupa pulak kuasa Allah lebih besar dari segala-galanya. Itupun kalau masih rasa diri lulusan UIA lah.

Diharap polis tidak terlalu membazirkan masa pada kes-kes UMNO sahaja, banyak kerja lain yang perlu diuruskan, sudahlah kes aduan UMNO polis Cepat bertindak, kes aduan pembangkang dibakul sampahkan sahaja. Perlu diingat Bukan pemimpin UMNO sahaja yang membayar cukai dan gaji polis. Dinegara Jepun, parti UMNO tak memerintah disana pun polis dinegara jepun dapat hidup lagi senang, jadi jangan ingat hanya parti UMNO sahaja boleh memerintah negara & membayar gaji polis.

UMNO ibarat budak manja yang sering mengadu pada keluarganya. UMNO akan terus selesa kerana dijaga oleh polis, tetapi perlu ingat berjuta-juta rakyat sedang memerhatikan kebaculan pemimpin-pemimpin mereka mempergunakan Akta-akta ciptaan UMNO yang pengecut.

SYUKUR MOGA_MOGA RAMAI BLOGGER SOKONG UNDANG_UNDANG HUDUD !

Teman terpanggil bila blogger UBN ini bersemangat dengan undang-undang Hudud Islam.Tapi beliau kena ingat hukuman tidak boleh pilih-pilih ,bukan bila orang Singapura kena maka hukuman dijalankan bila orang Malaysia yang ada kabel akan terlepas.


Amz CamPro berkata :
Aku memang dah tak sabar-sabar nak tunggu undang-undang supaya siapa yang meminum arak di tangkap dan ada bukti kukuh didakwa dan dijatuhi hukuman SEBAT. Nak tunggu Hudud dijalankan tak taulah bila tapi sekurang-kurangnya,undang-undang berkaitan kemaksiatan ini terus di KERAS kan dan di hukumkan dengan lebih BERAT lagi.

Seperti kisah diatas,seorang muslimah yang berasal dari Singapura katanya didapati bersalah meminum minuman keras di pub di Kuantan. Aku rasa jangan dibagi muka hal begini. Bila bukti dah ada sepatutnya mandotori sahaja hukumannya seperti jenayah dadah (39B) dan Akta senjata api. Guna ISA pun bagus jugak.

Macam mana nak dapat bukti? Aku tengok sekarang manusia bertopengkan agama seperti ini terang-terangan minum arak dan mengambil gambar. Cukup bangga mereka menogok air kencing itu. Tidakkah itu sebagai bukti kalau kita gunakan untuk mendakwa? Kita boleh buat kalau nak buat. Buat hukuman sebat pun dah cukup. Denda mereka mampu bayar tapi bila dah sebat,bebirat gak punggung sorang-sorang.SEkurang-kurang dapat mengingatkan mereka.

Ingatlah,minum arak atau memakan makanan dari sumber haram akan menjadi darah daging dan hanya satu tempat untuk menyucikannya iaitu NERAKA JAHANAM kalau tak sempat bertaubat.

PEGUAM NEGARA SAHKAN MB NIZAR TIDAK PERNAH DIPECAT OLEH SULTAN, SULTANN AKUI TIDAK PECAT MB NIZAR !

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas adalah tidak mengikut perlembagaan, apabila beliau cuba menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,
Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.
"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.
"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.
Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.
Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:
* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;
* Tidak ada pembubaran DUN;
* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;
* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.
"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.
Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.
"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.
Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.
"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.
Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.
Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.
Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.
"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.
Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok. BERNAMA

SEKELUMIT KISAH KELUARGA DI MANA SUAMI/AYAH TELAH 7 TAHUN ISA.


Suhaib anak yang tabah!Nasib Suhaib anak yang dizalimi kehidupannya oleh akta zalim ISA.
Sejak Abahnya ditahan pada 18 April 2002 hingga kini, beliau membesar dengan cepat.Aku bersyukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada beliau sepanjang ketiadaan Abah.Suhaib seorang anak yang kurang memberi kerenah padaku...cuma sesekali , mungkin bila beliau terlalu tertekan, barulah ada sedikit perangai pelik yang dilakukannya....
Aku juga bersyukur kerana Suhaib mendapat sokongan yang amat baik dari guru-guru dan kawan-kawan di sekolahnya.Selain itu, kesyukuran itu semakin bertambah kerana Suhaib mendapat rakan-rakan sebaya yang baik akhlak serta menjaga amalan harian sebagai seorang Islam dan dimasa yang sama, ada diantara bapa rakan sebayanya yang turut melayani Suhaib seperti anak mereka sendiri. Alhamdulillah.... dalam kesusahan, rupanya masih ada terselit pelbagai nikmat dan keindahan ....
Diatas adalah gambar terakhir yang diambil sebulan sebelum Abah Suhaib ditahan dibawah ISA. Gambar Abah sedang menyuap Suhaib in diambil ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Yam bersama kawan-kawan di Dewan Bahasa dan Pustaka, tempat Abah bekerja.Gambar yang diambil pada bulan Mac 2002 ini, memperlihatkan Suhaib yang berusia lapan tahun lebih kerana hari lahir beliau ialah pada penghujung November.Kedua-dua beranak ini memang sangat rapat.
Sejak aku mendirikan rumahtangga dengan Abah Suhaib, hampir setiap hari suamiku akan memastikan beliau membantuku melakukan kerja-kerja rumah, tanpa perlu disuruh.Sebab itu, ramai kawan-kawan mengusikku "your hubby spoilt you" kerana aku terlalu dimanja oleh suami.Sejak aku disahkan mengandung,beliau lebih-lebih lagi memanjakanku. Abah telah berjanji akan sentiasa memberi perhatian yang lebih pada anak yang bakal lahir.Sebab itu, dari hari pertama Suhaib dilahirkan, Abah cuba sedaya upaya untuk berada disampingnya setiap masa. Ketika bayi, bila Suhaib demam, Abahnya lah yang sering mengambil cuti untuk menjaga dan merawat beliau hingga sembuh. Aku tidak perlu risau untuk mandikan atau menukar lampin kerana semua itu dilakukan oleh Abah dengan sukarela, tanpa perlu di minta.
Kehidupan kami amat bahagia dan kehadiran Suhaib melengkapkan kebahagiaan tersebut.Akulah orang yang paling bahagia sekali.Apa tidaknya, punya seorang suami yang kacak dan soleh... (Abah Suhaib seorang lelaki yang lembut pertuturannya dan beliau tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Beliau amat rajin membaca Al Quran dan setiap bulan, beliau akan memastikan kami bertiga bercuti atau pulang kekampung).Gambar Suhaib menyuap Abah ini diambil pada bulan Januari 2009, ketika itu Abah pulang ke K.L kerana menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat di HUKM.Suhaib memasuki usia 16 tahun. Beliau kelihatan tenang melihat abahnya masuk ke wad diiringi beberapa orang polis SB. Setelah dikurung tanpa bicara selama 7 tahun di Kem Kamunting, abah kelihatan kurang bermaya namun, wajahnya tetap berseri sepertimana biasa.Pada hari itu (Abah datang ke K.L) Suhaib ponteng sehari dari sekolahnya, semata-mata ingin bertemu , memeluk dan makan bersama bapanya.Ketika dua beranak itu makan, aku tidak sanggup berada diruang itu kerana terlalu sebak menyaksikan kemesraan dua beranak yang telah lama terpisah.
Tiada siapa yang tahu, apakah perasaan sebenar yang sedang bersarang dihati Suhaib.Aku juga tidak memahaminya kerana aku membesar dalam keluarga yang sempurna, dimana ibu dan bapa sentiasa bersama sepanjang masa. Aku sentiasa berdoa ke hadrat Allah supaya Suhaib dikurniakan mental dan spiritual yang stabil dalam mengharungi hari-hari sebagai anak yang terpaksa membesar tanpa kasih-sayang seorang ayah sedangkan bapanya masih hidup.Perjalanan yang jauh, pemandangan Kem , layanan warden dan suasana perjumpaan menggunakan interkom...semuanya amat menyakitkan hati .Aku akui, ujian itu adalah berat bagi seorang remaja yang sedang membesar sepertinya... Namun, aku amat bersyukur kerana setakat ini, Allah masih memberi kestabilan emosi dan perasaan kepadanya.....
Doakanlah agar Suhaib akan terus tabah mengharungi hari-hari mendatang sebagai anak seorang tahanan ISA yang tidak diketahui bila akan dibebaskan dari penjara itu....

ADAKAH PEMBONGKARAN BALAK HARAM HANYA BERITA SAHAJA?


Dahulu apabila kita bersantai sambil melihat anak-anak bermain bola , pemandangan disini sunguh indah ..........
Tetapi kebelakangan ini semenjak dua menjak ni...nampak lain sikit..........Gunung yang dulunya hijau kini semangkin merah dan berkabus (debu )....angkara pembalakkan .............Antara berlesen atau itu tak dipersoalkan ....yang pastinya itu kawasan tadahan air dan apabila gondolnya hutan simpan itu ,Tasik Chini akan menerima akibatnya .......
Kebimbanganya ialah Tasik yang kita bangga selama ini menjadi tidak bernilai dari sudut pelancongan yang telah sememangya Tasik Chini bermasaalah dari segi alam sekitarnya.


Pada tahun 1986 dan yang terakhir tahun 2006 saya mendaki gunung Chini bersama rakan-rakan untuk menikmati udara segar......
Gunung ini antara tempat laluan kami menuju ketempat pendakian....
Kenangan yang unik kawasan ini (kawasan yang gondol ini ),rombongan kami berjumpa kura-kura warna emas dan sekumpulan ikan yang banyak ditakungan air seluas enam kaki persegi......
Dan dibelakang gunung ini ada gunung botol ia agak tinggi kami menemui air terjun tiga tingkat
sunguh indah...cuba pembaca bayangkan air terjun tiga tingkat ada dalam hutan ia indah atau tidak....?
Tiba-tiba sekarang hutan itu akan dimusnahkan .....mengapa....??...
Untuk perumahan jenerasi kedua ke.?.....atau nak bayar 63 juta...?
Artikan ini saya tulis antara berani atau tidak .....Tapi mengenangkan ia ada sejarah dalam hidup saya......Saya terpaksa....
Maafkan saya......

USTAZ FAUZI HUSSIN BERKULIAH DI AL-FALAH !!

Bersama Al-Fadhil Ustaz Fauzi Hussin
Assalammualaikum,

Bersama Ustaz Fauzi Hussin, Dewan Ulama' PAS Kedah.
HARI INI!!! Rabu, 6 Mei 2009.

1. Kuliah Maghrib
Surau Al-Falah, Taman Bunga Raya, Apartment Anggerik.

2. Kuliah Haraki,
9.15 malam, Markaz PAS Zon Bukit Beruntung.

Dirayu kehadiran semua ahli, pendokong dan penyokong Islam!

S/U PASZBB

nota : Bagi Semua Ketua Penerangan/wakil jangan lupa mesyuarat di PUTIK di Kuala Kubu 9.30 mlm ini juga.

SIASATAN KE ATAS KERJA SYAITAN OLEH MB TAK SAH PERLU DIBUAT OLEH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK !

KUALA LUMPUR, 5 Mei : - JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.

Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.

Bomoh tersebut dikatakan dibawa khusus ke bilik persidangan dan fokusnya adalah tempat duduk VIP seperti kerusi DYMM Tuanku Sultan Perak, Speaker dan Menteri Besar.

"Menteri Besar Barisan Nasional Dr. Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim perlu mengambil tanggungjawab atas insiden kurafat yang memalukan ini.

"Jika insiden ini dalam pengetahuan Dr. Zamry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim maknanya mereka telah merestui kerja-kerja syirik yang dikutuk oleh Allah, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mereka katanya mesti bertaubat dan memohon maaf kepada Sultan sebagai Ketua Agama Negeri dan seluruh rakyat beragama Islam dan dalam masa yang sama meletakkan jawatan.

"Jika perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan, mereka tidak layak memegang tugas besar Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan kerana kecuaian yang melampau.

"Siasatan mesti dibuat oleh jabatan Agama Islam Perak secepat mungkin tanpa rasa takut," katanya.

Bagi DYMM Tuanku Sultan Perak adalah disarankan demi menjaga nama baik baginda supaya membatalkan keberangkatan ke Sidang DUN pada 7 Mei inii kerana insiden yang mencemarkan institusi Raja sebagai Ketua Agama dan Payung Rakyat, katanya. Harakahdaily.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:39 PM

PM : SEMUA PEMIMPIN PERLU MENGABDIKAN DIRI KEPADA RAKYAT !


Naik bulu roma teman bila Najib kata nak mengabdikan diri mrereka ,yang kita tahu selama ini rakyat yang jadi abdi memberi sumbangan cukai yang berlapis-lapis.Beli kereta kena cukai,makan fastfood ada cukai, beli harta tanah kena cukai , cukai stem dan cukai pendapatan lagi.Lepas tu mereka yang jolikan dengan membuat projek PLKN , projek PLUS yang sentiasa menelan duit rakyat dan projek yang berganda dari kos asal atau kos sepatutnya.Kurangkan protokol bantu rakyat rasanya semua pemimpin dah cakap banyak kali, termasuk ayahanda Najib sendiri.Tapi orang tertentu sahaja yang boleh atau mudah berjumpa dengan pemimpin.Bayangkan eskot mereka dan hendak melepasi halangan setiausaha mereka tanpa balasan dah kira ok.KOTA KINABALU 5 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mengurangkan protokol, sebaliknya lebih komited dalam menyelesaikan segala masalah rakyat.
Beliau berkata, pemimpin BN perlu bersikap mesra rakyat dan segera turun padang menyelami keluh kesah rakyat secara terus.
‘‘Tidak payah kita tunggu jemputan sebagai wakil rakyat. Tidak payah diundang, tidak payah ada bunga manggar, tidak payah dengan hamparan merah dan tidak payah tunggu televisyen.
‘‘Turun padang, tinjau masalah rakyat kerana dengan ini akan membuatkan BN terus dekat di hati rakyat. Ini gaya kepimpinan BN yang saya mahu lihat,” katanya sambil disambut sorakan lebih 10,000 hadirin yang membanjiri Padang Merdeka sempena Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di sini hari ini
Perhimpunan rakyat sempena lawatan rasmi dua hari ke Sabah itu amat istimewa kerana ia mengundang nostalgia apabila di padang yang sama, 46 tahun lalu, ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewakili Kerajaan Tanah Melayu menyaksikan perisytiharan penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Hadir sama pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri.
Najib berkata, semua pemimpin BN perlu mengabdikan diri kepada rakyat kerana sebagai pemimpin, mereka menggalas amanah untuk membela nasib rakyat.
Katanya, selain turun padang, pemimpin BN perlu memastikan pencapaian diutamakan.

HOSPITAL QUEEN SAH DIISTIHAR TIDAK SELAMAT HENDAK DIBELI KERAJAAN MALAYSIA!


Teman pun heran dan musykil bila Najib bergegas ke Sabah padahal tugas mesyuarat menentukan samada Bn bertanding di Penanti disambut lesu bila ditanya wartawan.Mesyuarat ditunda beberapa kali dan akan dimesyuaratkan pada 18 Mei pula.
Rupa-rupanya selepas berpengalaman beli besi buruk(kapal selam,kapal perang) 3 ketul dulu DS Najib nak beli batu buruk pula bukan batu buruk di Kuala Terengganu tetapi bangunan yang sudah disahkan tidak selamat dengan harga lebih kurang RM245,000,000 katanya bukan RM400,000,000 .... kira murahlah katanya semalam.
KOTA KINABALU 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembelian bangunan Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH), selepas blok utama hospital itu diisytiharkan tidak lagi selamat digunakan pada tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyalur peruntukan tambahan untuk menambah baik pusat perubatan berkenaan demi keselesaan pesakit.

"Saya minta pembelian ini diuruskan secepat mungkin supaya perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Sabah dapat kita sediakan dengan kaedah yang baik, diselesai dengan cepat dan jangan biarkan terlalu lama.

"Kita luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang wajar iaitu lebih kurang RM245 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Merdeka di sini hari ini.
QEH diumumkan sebagai tidak selamat pada November tahun lalu setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan beberapa blok utamanya mengalami kerosakan dan keretakan serius.
Berikutan itu, pemindahan para pesakit QEH dilakukan secara berperingkat ke hospital berdekatan termasuk di Hospital Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau untuk sementara.
Najib berkata, keputusan untuk tidak membina hospital baru bagi menggantikan QEH, sebaliknya membeli SMC adalah bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di ibu negeri.
"Kalau nak hospital baru akan makan masa yang lama, kita nak segera, pencapaian diutamakan jadi kita buat cepat, insya-Allah akan diurus dengan baik," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar, Najib berkata, kos penambahbaikan SMC tidak akan membabitkan jumlah besar.
"Kos penambahbaikan juga akan disokong oleh pendapatan daripada SMC sendiri," katanya