
iNILAH KELEBIHAN PIHAK KESELAMATAN di Malaysia ,menangkap orang Ikut Suka Aku tanpa waran tangkap.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan Polis tanpa waran tangkap sebentar tadi lbhkrg 3 ptg di Depan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.
Penahanan beliau difaham dikaitkan dengan Program untuk berkabung pada 7 Mei esok (Khamis) dengan berpakaian hitam di Ipoh dan seluruh negara. Berita ini tulis setelah menerima panggilan seorang wartawan yang berada di tempat kejadian. Motif sebenar penahanan belum diketahui.
Semalam Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat telahpun ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.
Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.
Dalam sidang media Bersih pagi tadi, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda “1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang”.
No comments:
Post a Comment