Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 6, 2009

BILA GHANI 4 TAHIL NAK JADI 16 TAHIL ? ASYIK NAK MENGURANGKAN TIMBANGAN DALAM PERBICARAAN ?


Peguam Negara sahkan Mb Nizar tidak dipecat Sultan tetapi (ni yang mahal ada tetapi lagi) tersingkir (ter maknanya tersingkir automatikke?) disebabkan majoriti.Wahai Peguam Negara kalau majoriti pun biarlah majoriti bukan dengan 3 orang penyamun!
Kalau majoriti anda lihatlah senario majoriti kat Kuala Terengganu.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.
Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.
Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?
“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya
Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.
“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.
Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatanDatuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.
Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.
Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO.

No comments: