Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, May 6, 2009
HOSPITAL QUEEN SAH DIISTIHAR TIDAK SELAMAT HENDAK DIBELI KERAJAAN MALAYSIA!
Teman pun heran dan musykil bila Najib bergegas ke Sabah padahal tugas mesyuarat menentukan samada Bn bertanding di Penanti disambut lesu bila ditanya wartawan.Mesyuarat ditunda beberapa kali dan akan dimesyuaratkan pada 18 Mei pula.
Rupa-rupanya selepas berpengalaman beli besi buruk(kapal selam,kapal perang) 3 ketul dulu DS Najib nak beli batu buruk pula bukan batu buruk di Kuala Terengganu tetapi bangunan yang sudah disahkan tidak selamat dengan harga lebih kurang RM245,000,000 katanya bukan RM400,000,000 .... kira murahlah katanya semalam.KOTA KINABALU 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembelian bangunan Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH), selepas blok utama hospital itu diisytiharkan tidak lagi selamat digunakan pada tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyalur peruntukan tambahan untuk menambah baik pusat perubatan berkenaan demi keselesaan pesakit.
"Saya minta pembelian ini diuruskan secepat mungkin supaya perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Sabah dapat kita sediakan dengan kaedah yang baik, diselesai dengan cepat dan jangan biarkan terlalu lama.
"Kita luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang wajar iaitu lebih kurang RM245 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Merdeka di sini hari ini.
QEH diumumkan sebagai tidak selamat pada November tahun lalu setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan beberapa blok utamanya mengalami kerosakan dan keretakan serius.
Berikutan itu, pemindahan para pesakit QEH dilakukan secara berperingkat ke hospital berdekatan termasuk di Hospital Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau untuk sementara.
Najib berkata, keputusan untuk tidak membina hospital baru bagi menggantikan QEH, sebaliknya membeli SMC adalah bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di ibu negeri.
"Kalau nak hospital baru akan makan masa yang lama, kita nak segera, pencapaian diutamakan jadi kita buat cepat, insya-Allah akan diurus dengan baik," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar, Najib berkata, kos penambahbaikan SMC tidak akan membabitkan jumlah besar.
"Kos penambahbaikan juga akan disokong oleh pendapatan daripada SMC sendiri," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment