Daripada Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali.
Jenazah Benny Arjuna jadi rebutan keluarga dan Majlis Agama Islam Melaka.Teman cadangkan ahli parlimen bawa cadangan ini ke Parlimen agar digezetkan supaya sesiapa yang masuk Islam di Negara ini perlu istiharkan diri dah masuk Islam dan tidak boleh merahsiakan.Negara ini adalah negara Islam.
Sesuatu yang mengejutkan terjadi apabila jenazah komposer, penerbit, pemuzik dan penulis lirik lagu terkenal Benny Tan Lian Teck, ingin disemadikan.
Jenazah Benny, 56, atau lebih popular dengan nama pena Benny Arjuna atau Muhammad Adam Tan Abdullah, yang meninggal dunia akibat penyakit kronik iaitu pendarahan dalam otak, darah tinggi selain serangan strok pada 3 Mei lalu menjadi rebutan antara keluarganya dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Benny semasa hidupnya dilaporkan sudah memeluk agama Islam namun dirahsiakan dari keluarga. Mujurlah, perkara sensitif tentang isu agama ini dapat dileraikan secara kompromi oleh keluarga Benny dan MAIM.
Benny diserang strok minggu lalu selepas menyampaikan beberapa lagu di pusat hiburan miliknya, Ben’s Cafe sebelum dia dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut.
Anak jati Melaka berketurunan Baba dan Nyonya itu kemudian terlantar sakit dan dirawat di situ selama empat hari sebelum disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang, kelmarin.
Menurut sumber terdekat, jenazah dituntut oleh penguasa MAIM di rumahnya di Jalan Nangka, Taman Nabi, Melaka pada pukul 9 pagi ini.
Kata Pegawai Dakwah Mualaf Balai Islam Melaka, Irwansyah Pohin, jenazah Allahyarham Benny ditahan sementara oleh MAIM disebabkan masalah pada kad pengenalannya yang tidak ditukar status agama.
Bagaimanapun, keluarga Benny ingin menyempurnakan upacara pembakaran mengikut tradisi orang Cina.
“Keranda kosong tanpa jenazah Benny itu dihantar ke krematorium di Jelutong pada pukul 11 pagi,” katanya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Keroh pada pukul 2 petang ini.
Namun menurut pegawai dakwah Muaalaf Balai Islam Melaka, Benny telah memeluk agama Islam sejak 5 Mac 2003 di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur.
Benny dilahirkan pada 20 Disember, 1953. Arwah juga merupakan anak ketiga daripada 10 beradik meninggalkan seorang anak lelaki kini berusia 16 tahun tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya yang kini menetap di Johor Bahru.
Berkebolehan bermain pelbagai alatan muzik termasuk gitar, piano dan harmonika, Benny antara karyawan yang turut menyumbang kepada perkembangan industri muzik dan seni tanah air.
Menurut sumber terdekat dengan keluarga Benny, arwah merupakan ‘anak emas’ ibunya.
Sementara itu, ‘show promoter’ Ali Bakar berkata dia mengenali arwah Benny sejak 20 tahun lalu dan mereka pernah menjadi rakan sebilik selama tujuh tahun pada tahun 80-an.
“Apa yang saya boleh katakan tentang arwah, dia merupakan seorang perahsia dan misteri. Dia sudah lama berminat dengan agama Islam seawal tahun 1990 namun dia rahsiakan daripada pengetahuan keluarganya,” kata Ali.
Sepanjang arwah hidup, dia pernah berkhidmat sebagai penyelaras artis dan menyelaras ‘Battle of The Band’.
"Arwah juga pernah menggubah lagu untuk Fiq dan Def Gab C, menulis lirik lagu Alif Ba Ta Duniaku (Awie) dan Pelamin Anganku Musnah (Azie). Benny banyak menghasilkan lagu-lagu hits.
Arwah Ben juga menguruskan sebuah kafe makan bernama Ben’s Cafe, terletak di Jonker Walk, yang ditubuhkan pada bulan November 2004.
Benny adalah seorang veteran dalam industri hiburan pernah menubuh dan menganggotai sebuah kumpulan reggae bernama “NoNama” (Poe dan Rahim Hamzah) late 80’s.
Apa saja yang dilakukan oleh Benny sepanjang hayatnya adalah berkisar dengan muzik dan Ben’s Cafe adalah kesinambungan cintanya pada muzik.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment