
Wanita KEADILAN mengalu-ngalukan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera diwujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja sebagai bantuan kepada para pekerja yang telah kehilangan punca pendapatan kerana keadaan ekonomi dunia yang merudum dengan dahsyatnya.
Hasrat dan kenyataan PM untuk mewujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja itu walaubagaimanapun telah berulangkali disuarakan dan didesak oleh Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat, khususnya menerusi Kaukas Eksploitasi Pekerja yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Langkah-langkah yang membantu pekerja yang kini menganggur dalam angka ratusan ribu dan masih meningkat perlulah ditangani segera.
Dalam keadaan ekonomi yang meleset, wanita adalah golongan yang paling terkesan kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan nadi dalam pengurusan hal-ehwal dan kesejahteraan keluarga. Sebarang kemeruduman ekonomi akan mengakibatkan tekanan luarbiasa terhadap kemampuan setiap keluarga untuk meneruskan kehidupan harian dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing.
Kerajaan Selangor, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim telah awal-awal lagi membuka hotline bagi memberikan ruang kepada para pekerja yang kesempitan hidup untuk mendapatkan bantuan yang perlu. Ia wajar dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment