Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 1, 2010

BANTU BUKAN GANGGU !

Saranan AMK Selangor memang teman setuju di mana Kerajaan Persekutuan harus hormati mandat rakyat yang lebih banyak diberi pada Pakatan Rakyat.Sedemikian memang tidak patut Kerajaan selangor di bawah pakatan Rakyat cuba diganggu gugat.
Kerajaan BN harus cermin muka kerana Pakatan dah beri muka tanpa mempersoalkan Negeri Wilayah Persekutuan yang sepatutnya ditadbir oleh Pakatan Rakyat selepas PRU12.majoriti Parlimen dimenangi oleh Pakatan rakyat.


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menuntut agar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan menghormati mandat rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lepas.
“Justeru, AMK Selangor menggesa agar kerajaan persekutuan menghormati konsep federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau berkata, AMK Selangor mengulangi desakan agar kerajaan persekutuan bersikap profesional mengenai peruntukan dan geran pembangunan yang telah termaktub.“AMK Selangor juga berharap kerajaan persekutuan tidak mensabotaj sebarang usaha untuk membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor,” jelas beliau.
“Kita berharap usaha giat membawa FDI ke Selangor dapat memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang kini masih memerlukan pemulihan dan suatu usaha bersepadu kerajaan persekutuan dan negeri,” tambahnya.
Kata Mohd Ezli, “suara pilihan rakyat dalam PRU-12 perlu dihormati. Justeru kerajaan persekutuan di bawah Umno-BN tidak harus menganaktirikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jika pimpinan persekutuan mempunyai jiwa besar memajukan negara.”
“Kita tidak mahu ada usaha-usaha mana-mana menteri persekutuan menghalang mana-mana agensi kerajaan persekutuan untuk berbincang dan bertukar-tukar kepakaran bersama agensi di bawak kerajaan negeri Selangor,” tambahnya.
AMK Selangor juga menggesa agar tiada kekangan dan sekatan peruntukan geran pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan Selangor dilencongkan menggunakan apa jua alasan yang tidak profesional dan terkongkong dalam persepsi politik sempit.
“Kita menggesa agar kerajaan persekutuan menghentikan sebarang usaha yang cuba mengganggu-gugat kerajaan Selangor disebabkan perbezaan dan pandangan politik,” ujar beliau.

No comments: