Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 2, 2010

GETAH AKAN JADI EMAS , BERHATI-HATI


Getah skrap mampu cecah RM10 sekilo-bernama
Alhamdulillah terutama para pekebun kecil kita nampaknya nak jadi kaya ada harapan.Tetapi bukan senang nak senang, sekarang ini sekerap macam emas.Walau busuk sekalipun dah jadi rebutan dan kecurian sering berlaku di mana-mana.Bayangkan sekerap yang busuk itu tiada siapa yang nak simpan di rumah kerana bau busuk yang sangat menyengat dan melekat jika menghampiri sekerap getah itu.Bila ditinggalkan di ladang atau kebun maka mudahlah hilang.Belum harga RM10 sekilogram lagi dah jadai macam ini.Bapa Mertua teman di Pahang selalu kecurian sekerap tetapi beliau teruskan juga cara biasa menyimpan sekerap.Hanay berserah pada Allah.Kalau simpan di rumah memang selamat ,tapi habislah bau sekeliling kampong.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM300 juta untuk penanaman semula getah membabitkan kawasan seluas kira-kira 30,000 hektar di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata peruntukan itu merangkumi pelbagai bantuan untuk pekebun kecil menjalankan penanaman semula termasuk baja dan anak pokok getah.
Di Kelantan sahaja Risda memperuntukkan sejumlah RM45 juta bagi penanaman semula getah melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,300, katanya kepada pemberita Pasir Mas, malam tadi.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis penyerahan van jenazah sumbangan anak syarikat Risda iaitu Risda Fleet Sdn Bhd di Masjid Mukim Makmur, Lati di sini.
Wan Mohamad Zuki berkata harga getah skrap kini ialah antara RM4 hingga RM5 sekilogram dan mampu mencecah RM10 sekilogram mengikut kualiti tertentu.

"Kita menjangkakan harga getah akan terus kukuh memandangkan permintaan untuk bahan mentah itu semakin meningkat," katanya.

Inilah kesan yang nyata bila pencuri sekerap dapat ditangkap maka pekebun kecil lepaskan geram sebelum diserahkan pada polis.Hati-hati bila pencuri dipaksa makan sekerap ..silap-silap mati pulak.
http://www.youtube.com/watch?v=EBhHnJ5TFjk

No comments: