Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 5, 2009

PERINGATAN YANG TEPAT UNTUK BLOGGER PAKATAN RAKYAT


Kepada Bloggers Pakatan Rakyat & Blogger penyokong Pakatan Rakyat
Objektif penubuhan blogggers Pakatan Rakyat perlu di hayati semula. Perlu ada rasa tanggungjawab yg tinggi dan displin dlm membina penyampaian berita inspirasi hala tuju gabungan PAKATAN RAKYAT, bakal kerajaan alternatif yg di impi-impikan rakyat Malaysia dlm ketelusan prinsip, keadilan, keilmuan dan kesejahteraan keimanan.

Adalah terlalu janggal dan lari jauh menyimpang dlm matlamat asal, Menghentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat secara berlebihan bukan tujuan yg sebenarnya. Adalah lebih baik para bloggers jgn mengistiharkan diri sebagai bloggers Pas Pakatan Rakyat dan hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan dan sememangnya ini adalah tugasan penyampaian propaganda dari Umno(BN).

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas/PR juga bukannya ma'sum(tidak lari dari membuat kesalahan & kesilapan) hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas/PR semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas/PR meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas/PR termasuk blog-blog pimpinan PR samada disedari atau tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS/PR !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu kami dari Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh Kuala Pilah Negeri Sembilan menyeru bloggers2 Pas/PR agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

Harapan kami juga agar Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dapat membentuk satu ajk media bloggers dengan memberi garis panduan etika penulisan bloggers PR selari dgn semangat dan etika yg lebih berdisplin dan berhemah.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO.

Yang kehadapan ini, sekiranya para bloggers masih belum mampu mendisplinkan etika berkarya seiring dgn kehendak Pakatan Rakyat, kami akan beranggapan bahawa anda mungkin salah seorang penulis upahan alat propaganda BN yg di tugaskan melalui salah satu strategi untuk menghancurkan kerajaan dan pimpinan Pakatan Rakyat.

1 comment:

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI said...

askm..mohon link blog ini http://pastpjp.blogspot.com