Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, October 6, 2009
INI LAWAN TAUKE NI, PM PUN BUAT MAJLIS KE 2 BARU 50,000 KEHADIRAN
Sebelum ini PM telah membuat majlis hari raya ,siap kempen dalam media minta hadir beramai-ramai siap ada bas pengantara lagi tup-tup kehadiran tidak menggalakkan malah lebih ramai semasa Pak Lah jadi PM.
Selepas itu Najib tidak putus asa buat majlis di Pekan,tak silap teman dapatlah kehadiran 50,000 orang itupun dengar cerita guna nama Sultan juga.Sewajarnya sebagai PM satu Malaysia sekurangnya 200,000 orang hadir baru ada kelas.
KOTA SARANG SEMUT – Sempena Syawal, Badan Perhubungan Pas Kedah menganjurkan majlis Aidilfitri di Markas Pas Batu 9, di sini.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi tradisi dan amalan semua umat Islam yang menyambut Syawal akan mengadakan rumah terbuka, tidak terkecuali Pas Kedah.
Menurutnya, berbeza pada tahun lalu yang diadakan di Sungai Petani, Syawal kali ini disambut lebih meriah di pekarangan Kompleks Pas Kedah yang lebih luas dan selesa agar semua orang dapat hadir memeriahkan majlis itu.
“Dianggarkan kira-kira 50,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri walaupun dalam keadaan cuaca hujan, namun kunjungan tetap berterusan.
“Pas sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan semua orang yang ingin sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ini tanpa mengira parti politik dan saya dapati tetamu yang datang ke majlis ini adalah dari berbilang bangsa dan agama,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau berkata, penganjuran majlis ini secara tidak langsung telah melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum dan bangsa yang mana semua orang dapat duduk semeja menikmati hidangan dan beramah mesra.
Menurutnya, semangat permuafakatan yang sudah terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan negara ini berada dalam keadaan aman damai dan semua rakyat dapat hidup harmoni.
“Dalam majlis ini, semua orang dapat berkumpul dan saling mengenali antara satu sama lain, seterusnya membina satu lagi perhubungan persahabatan baru dan majlis seperti ini harus diteruskan, bukan sekadar menunggu sambutan sesuatu perayaan.
“Saya berharap semua tetamu yang hadir bukan sahaja datang untuk makan semata-mata, malahan dapat beramah mesra dan mendekati pemimpin secara lebih dekat,” katanya.
Hadir sama dalam majlis rumah terbuka itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi; Ketua Penerangan Pas Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta pemimpin-pemimpin tempatan daripada kaum Cina dan India.
Azizan turut menyampaikan duit raya kepada kira-kira 5,000 kanak-kanak yang datang ke majlis rumah terbuka itu dan antara menu istimewa disediakan ialah nasi beriani Pullai atau nasi beriani Pakistani yang dihidangkan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa.
Sementara itu, pengunjung, Siti Mariam Yaakop berkata, majlis rumah terbuka seperti itu harus dikekalkan dan diteruskan setiap tahun walaupun ia diadakan secara sederhana.
Menurutnya, menerusi majlis itu, secara tidak langsung terbina ikatan persaudaraan yang mana semua tetamu yang hadir akan saling berkenalan dan menjalin hubungan silaturahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment