Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 14, 2009

TERENGGANU DAH MULA BERGOLAK MENUJU PEMBUBARAN !

Dilaporan 10 orang ADUN BN Terengganu telah memulaukan Sidang DUN pada hari kedua persidangan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - selepas beberapa orang menerima ugutan.Tiga ADUN BN telah membuat laporan polis malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - daripada pegawai kanan kerajaan negeri.
1. Zakaria Abdullah (Paka)
2. Abdul Halim Jusoh (Permaisuri)
3. Rasol (Ajil)
Ketiga-tiga telah membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam.
Dalam SMS itu, katanya, individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing- dilaporkan berhubung ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN yang semalam."Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dia tidak boleh ugut sesiapa pun, apatah lagi saya sebagai wakil rakyat. "Nyawa orang tidak boleh nak ugut... saya tidak pasti kenapa saya menjadi sasaran," Abdul Halim dipetik berkata.Tambahnya, pegawai itu telah menghantar mesej berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

No comments: