Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 14, 2009

MB PERLIS ADALAH SPESIS MB HARAM ?

Temaan malas nak layan pasal derhaka ni Bila Hashim Suboh Kata Raja Perlis Pengeluar Produk Haram!Sebabnya bila UMNO derhaka walaupun benar dan dengan cukup bukti masih tidak dipanggil derhaka.
Yang peliknya maklumlah Tun Mahathir kebetulan dan kembali tiba-tiba saja Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh, melenting bukan main! Beliau dengan wajah amarah mengeluar kenyataan bahawa Datuk Seri Shahidan Kassimlah yang sepatutnya menjadi Menteri Besar kerana beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dan bukannya Datuk Mat Isa Sabu yang perlantikannya dibuat oleh baginda Raja Perlis. Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang dilantik Raja Perlis sebagai "produk haram" maksudnya yang teman faham ialah tidak halal atau tidak sah macam kes Dr Zamry kot...., Hashim berkata, Menteri Besar itu harus melihat sejarah Umno bahawa Ketua Perhubungan adalah juga Menteri Besar.
"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. MB (Md Isa) masuk jalan (belakang) bagaimana?” kata Hashim, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakin, "Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti."

No comments: