Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 14, 2009

BANGUNAN PAS SELANGOR AMAT DIPERLUKAN



"Kita sedang berusaha ke arah itu dan mengharapkan sumba-ngan ahli dan penyokong. "Kejayaan Pas Pusat memiliki bangunan sendiri bernilai RM7 juta di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hasil sumbangan ahli, penyokong dan dana parti tanpa membuat pinjaman bank adalah model terbaik kepada Pas Selangor," kata Dr Hasan Mohamed Ali.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, hasrat membina bangunan sendiri berkonsepkan pusat sehenti itu juga menjadi misi parti sejak 10 tahun lalu dan yakin penyokong parti itu akan terus membantu dalam merealisasikannya.
Keperluan memiliki bangunan amatlah penting dalam menggerakkan pelbagai aktiviti parti secara berpusat dalam satu tempat yang lengkap dengan pejabat pengurusan sendiri.
"Kita cuba mencari satu lokasi strategik bagi tujuan ini dan insya-Allah bangunan ini akan dibangunkan dalam kawasan seluas 1.2 hingga 1.6 hektar dilengkapi ruang Dewan Ulama, Muslimat, Pemuda dan Wanita untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.
"Kita juga merancang untuk menempatkan ruang lain untuk menjayakan program pendidikan, tarbiah, riadah dan operasi parti, malah kita merancang untuk menjadikannya sebagai pusat sehenti," katanya.

No comments: