Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 14, 2009

RAKYAT PAHANG : DATO SERI NAJIB ! TOLONG BAIKI SISTEM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PAHANG

Saya sebagai rakyat Pahang yang telah bermastautin selama 11 tahun disini ingin memberikan sedikit pandangan dan cadangan setelah sekian lama menetap di sini yang sebelum ini berasal dari negeri Johor, negeri kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.
1. Pembangunan prasarana di Pahang terutama sekali di Kuantan amat perlahan dan perlu diberikan perhatian terutama dalam bidang pembangunan sumber pendidikan rakyat Pahang sebelum ia tertinggal lebih jauh. Memandangkan saya sebahagian daripada pendidik yang berkhidmat untuk anak jati bangsa, ia menjadi sesuatu yang saya nampak perlu diberi perhatian. Sudilah apa kiranya Dato’ Sri menimbangkan pembangunan perpustakaan negeri yang agak daif dan menambahkan lagi perpustakaan mini di negeri ini. Ia amat mendukacitakan saya kerana kemudahan seperti ini sepatutnya tidak dilupakan. Sejak saya mula menjejakkan kaki ke negeri ini 11 tahun dahulu sehingga sekarang, perpustakaan negeri ini amat memalukan kita sebagai rakyat negeri Pahang. Kemanakah peruntukan kerajaan untuk pembangunan pendidikan negeri ini?
2. Pembangunan prasarana dan infrastruktur institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Pahang juga amat mendukacitakan. Satu-satunya universiti awam yang berada di negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mendapat kritikan hebat dengan menduduki carta terendah IPTA di seluruh negara. Ini tidak termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang atau kolej-kolej bersekutu MARA seperti Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Profesional Mara, UiTM cawangan Pahang dan sebagainya. Di cadangkan supaya institusi pengajian tinggi sedia ada yang lebih bercirikan negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), IKIP International College (IIC), Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre),Kolej Shahputra dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) terus dibangunkan dan dinaiktarafkan lagi demi kemajuan negeri Pahang teutama dalam sektor pendidikan.
3. Sebelum mengakhiri surat ini,sudilah juga apa kiranya Dato’ Sri memberi penjelasan yang lebih cepat dan jitu mengenai pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) kerana ia akan menjadi isu yang agak besar jika ia terus didiam dirikan dan rakyat terus dihimpit dengan tanggapan buruk oleh pihak yang ingin menggunakan peluang ini sebagai memburukkan lagi kepimpinan kerajaan yang baru setahun jagung ini kerana kementerian itu berkait rapat dengan golongan bumiputera sendiri. Saya juga berharap, harga pasaran minyak dapat dikaji semula memandangkan rebat tunai sudah dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dijelaskan kepada rakyat. Tidak lupa juga isu PTPTN tentang caj perkhidmatan 3% menjadi 1% yang masih mengelirukan sesetengah peminjam yang telah dahulu membuat peminjaman supaya diseragamkan.

No comments: