Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 14, 2009

LEBUHRAYA SEKITAR RAWANG LUBUK NAHAS JALANRAYA?


Teman sedih kerana kemalangan tragik ini berlaku dekan kediaman teman.Sebelum ini pun dah banyak kemalangan ngeri berlaku.
Pendapat teman Bus dua tingkat (London Double Decker) belum sesuai untuk perjalanan jauh lebih 50 km.Biasanya bas ini digunakan untuk perjalanan dalam bandar dan dipandu pada kelajuan yang rendah.Ia sesuai digunakan mengalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam bagi tujuan membendung kesesakan lalulintas di ibu kota dan membawa pelancung melawat sekitar bandar.
Ada kajian ke? bila Malaysia menggunakan bas dua tingkat untuk perjalanan jauh contohnya KL ke KB. Apakah rasional menggunakan bas dua tingkat untuk perjalanan jauh? Penjimatan dan keuntungan syarikat.
Kita maklum betapa pentingnya kestabilan pada kenderaan terutama tatkala mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi. Lagi tinggi sesebuah kenderaan beroda empat, lagi tinggi pusat gravitinya, makin ia menjadi tidak stabil dan mudah terbalik.
Katanya ada laporan mengenai banyak syarikat bas ekspres tidak menyelenggara kenderaan mereka dengan baik. Malah wujud desas desus bahawa bas-bas ini tidak dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan bagi tujuan pelesenan RIMV. Ada yang mengatakan bahawa number plet bas ditukar semasa pertukaran shift bertugas pemandu dan sebagainya.Bila dah berlaku rekod pemandu akan menjadi tajuk utama akhbar ,mungkin mengelakkan kesalahan pada orang tertentu dapat dialihkan.
Bas dikatakan Terhoyong-hayang Sebelum Terbalik: Penumpang Bas ekspres yang terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan di sini dekat Rawang pagi Isnin menyebabkan enam orang terbunuh, dipandu pada kelajuan biasa, kata seorang penumpang, Sulinda Mat Yasin.

Dalam kejadian pukul 5 pagi tadi, lima penumpang dan pemandu bas milik AB Ekspres itu terbunuh manakala tiga orang cedera dalam nahas yang berlaku di Km 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini.

Bas itu membawa 34 penumpang dalam perjalanan dari Changlun, Kedah, ke Kuala Lumpur. Ia remuk di bahagian hadapan akibat melanggar pembahagi jalan sejauh 20 meter sebelum menyusur ke bahu jalan lalu terbalik.

"Semakan mendapati pemandu yang cedera, Fauzi Mohamad, 37, mempunyai lapan saman atas memandu laju manakala pemandu yang terbunuh, Zulkhibri Md Saad, 35, mempunyai enam saman dan lima waran tangkap atas kesalahan yang sama," katanya.

Penumpang yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah; dan C.Magentharan, 26, dari Klang.

No comments: