Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 24, 2009

ROZALI ISMAIL LUPA DIRI & LUPA KUASA RAKYAT


Teman rasa semua blogger yang tahu kisah Rozali sebelum jadi korporat perlu dibongkarkan agar beliau sedar kebongkakkan beliau yang melampau bila dijadikan budak suruhan kerajaan pusat.Teman sebenarnya malas nak cakap tapi geram juga walaupun beliau rasanya kulaan juga tapi kulaan tak guna untuk rakyat.Harapan teman agar keluarga beliau sendiri sedar dan menasihatkan beliau dengan cara baik.
Kebongkakkan beliau menyebabkan persatuan kontraktor merungut berkenaan nasib kontrak dan pekerja mereka yang seramai 30,000 orang.Mereka sepatutnya menempelak Pengerusi Syabas yang bergaji 5 juta setahun tu.
Ini berikutan bidasan MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim terhadap kenyataan Pengerusi Eksekutif Syabas, Rozali Ismail yang menangguhkan projek air bahawa kerajaan negeri hanya meluluskan

Projek baik pulih dan naik taraf bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membabitkan nilai sebanyak RM300 juta, bukannya RM2.6 bilion, kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Rozali Ismail berhubung penangguhan projek bernilai RM2.6 bilion oleh Syabas atas arahan kerajaan bagi memberi laluan kepada penyusunan semula pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut beliau, projek berkenaan telah dijalankan pihak Syabas yang sudah mencecah RM2.3 bilion berdasarkan laporan tidak rasmi yang diterima kerajaan negeri sebelum ini.

“Jadi, jika RM2.6 bilion ditolak dengan RM2.3 bilion, jumlahnya (RM300 juta) tidaklah begitu menakutkan kita berbanding jumlah yang diumumkan mereka hari ini,”katanya.

Beliau berkata pihak konsesi sepatutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan kerana projek berkenaan telah dipersetujui dalam kontrak perjanjian dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi.

Rozali dalam kenyataannya berkata penangguhan itu memberi kesan langsung kepada pengguna memandangkan pelbagai aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan tergendala terutamanya kerja-kerja penting seperti penggantian paip.

Isnin lalu, kerajaan Selangor menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan berhubung pengambilalihan semula industri air di Selangor dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pada minggu ini.

“Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa rundingan pengambilalihan aset akan diadakan secepat dengan kesediaan kementerian yang berkenaan” katanya. - Suara Selangor Maju tan mformat

No comments: