Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 23, 2009

PEMUDA UMNO DAH LUPA PERJUANGANNYA TERHADAP KUOTA BIASISWA!


Pemuda menggesa kerajaan mengkaji semula kuota biasiswa 55/45 peratus yang diumumkan. Ianya tidak adil kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Mengikut Jabatan Statistik, anggaran penduduk 2007, Melayu dan Bumiputera sudah menjangkau 60%.
Mengikut Perlembagaan Artikel 153, orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak terhadap kuota pendidikan, permit, lesen dsb.
Pemuda menganggap pemberian 55 peratus sahaja kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah tidak wajar dan satu penghinaan.
Pemuda bersetuju, sekiranya meritokrasi diambil kira. Walaupun begitu, tidaklah secara total kerana umumnya, Melayu dan Bumiputera masih lagi tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 lain.
Oleh itu, baik kita melihat secara objektif akan senario2 tertentu yang berlaku di dalam pengagihan tersebut. Pemuda bersetuju sekiranya tiada kuota kaum ditetapkan bagi dua kategori iaitu kemiskinan dan kecemerlangan.
Misalnya kerajaan menetapkan 10% + 10% adalah untuk dua kategori di atas tanpa mengambil kira kaum, dan mengikut taraf kemiskinan. (melepasi kelayakan minima untuk masuk U).
Bakinya ada 80% lagi, dimana ditetapkan mengikut kuota nisbah 60:40 mengikut kaum. Sekiranya tidak terpakai mana2 kuota tersebut bolehlah dibuka kepada dua kategori di atas.
Kerajaan tidak seharusnya menidakkan hak2 orang Melayu dan Bumiputera hanya dengan kerana mendapat tekanan dari pihak2 tertentu atau ingin menjadi popular. Mungkin popular di kalangan pembangkang, kaum minoriti dsbnya, tapi akan menjadi musuh kepada majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera.
Sememangnya kita menuju ke arah meritokrasi 100%, tapi masanya masih belum tiba dan masih belum sesuai untuk dilaksanakan. Jangan hanya leka merasakan Kuala Lumpur itulah Malaysia. Masih banyak kawasan pendalaman yang juga Malaysia yang rakyat Melayu dan Bumiputeranya masih hidup kais pagi makan pagi.
Pemuda benar2 berharap agar pihak JPA dan Kerajaan mengkaji semula sistem kuota tersebut, dan buatlah keputusan yang menyebelahi majoriti rakyat. Tepuk dada, tanya selera..

1 comment:

Anonymous said...

Saya menyokong penuh usaha PAS untuk mengetengahkan isu biasiswa ini kerana selaku seorang pendidik, saya berasa amat kesal kerana penetapan kuota 55:45 ini yang menyebabkan semakin tipisnya peluang pelajar Bumiputera mendapatkan biasiswa. Saya mencadangkan pihak tuan membawa isu ini ke dalam muktamar dan memperjuangkannya di Parlimen kerana PAS kini cuba dipersepsikan sebagai penderhaka/petualang bangsa/agama.