Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 24, 2009

SPR DI PERINGKAT KEBODOHAN YANG TAK BOLEH DIAJAR DITAMBAH BERSIFAT KEBUDAKAN ! NAMPAKNYA SPR AKAN BUAT DAFTAR PENYOKONG PULAK?


Teman tak tahu nak cakap apa lagi,SPR yang desperado atau BN yang rasa nak tersungkok.SPR seolah pelakun yang ditugaskan jadi pak pacak tapi memandai tanpa disuruh nak jadi pelakun pembantu dan kaau boleh jadi pelakun utama tapi kena bayarlah.
Pada pendapat teman lah , para penyokong macammana nak sekat , penyokong Pakatan Rakyat tidak disuruh secara paksa.Bukan macam UMNO/BN yang penyokongnya kalau tiada fulus/RM sorrilah nak pergi.Sepatutnya SPR menasihatkan BN galakkan penyokongnya datang beramai tanpa diupah dan kurang kan bajet Polis kurang dari Bajet SPR .. baru betul.
Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghad jumlah penyokong parti dalam pilihan raya yang akan diadakan telah DITOLAK oleh rakyat apabila ujian SMS menunjukkan 100% responden menyatakan lngkah SPR itu tidak wajar sama sekali.

Sikap SPR dengan cadangan-cadangan baru mereka memperlihatkan bahawa ada agenda tersembunyi SPR bagi membantu parti pemerintah yang sekarang ini "ketandusan" penyokong di dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil diadakan.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut hari ini, demikian lapor MSTAR.

"Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai... tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

"Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini hari ini.

SPR mengadakan pertemuan itu bagi mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat penamaan calon dan pengundian sehingga menyukarkan pihak polis mengawal keadaan ketika pilihan raya khususnya semasa pilihan raya kecil diadakan.

Justeru, hari ini SPR telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kaedah bagi memperbaiki kelancaran proses pilihan raya.


"SPR kata bila orang ramai, pengundi tak berani datang mengundi... tapi kita bagi hujah pada SPR dengan mengatakan sebenarnya pengundi tetap ramai yang keluar mengundi," katanya.

Ditanya mengenai usaha SPR untuk menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan mengenai larangan berkempen selepas waktu tengah malam hari terakhir berkempen dan sepanjang hari pengundian, beliau berkata, Pakatan Rakyat semangnya mematuhi arahan tersebut.

"Kita memang patuhi arahan itu sejak dulu lagi, kita tak berkempen dengan ceramah selepas waktu tengah malam dan hari mengundi," katanya.

Menjelaskan berhubung kehadiran penyokong dan perayu undi yang ramai pada hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak bertentangan dengan undang-undnag.

"Merayu undi pada hari mengundi tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Merayu dibenarkan di luar kawasan 50 meter daripada tempat mengundi," katanya.

Ditanya sama ada SPR memohon sebarang jaminan daripada Pakatan Rakyat agar mengawal perlakuan para penyokong mereka, Mustafa berkata, SPR tidak menyatakan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu Naib Presiden PKR, R. Sivarasa yang turut hadir dalam pertemuan tersebut berkata, pihaknya juga membangkitkan mengenai kenyataan beberapa pihak berhubung trend mengosongkan kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Jelas beliau, mengikut undang-undang sesuatu pilihan raya mesti diadakan jika wujudnya kekosongan.

"Undang-undang itu jelas... berdasarkan Perlembagaan Persekutuan jika ada kekosongan, wajib diadakan pilihan raya kecil.

"SPR tidak boleh sekat sama ada kekosongan itu munasabah atau tidak munasabah kerana itu semua tidak berbangkit langsung.

"Jadi kita mesti menghormati hak dan pilihan raya kecil mesti diadakan," katanya.

"Kami akan menyokong apa jua yang akan dibuat oleh SPR yang tidak timbulkan ketegangan dan boleh berikan kebaikan kepada pengundi dan rakyat," katanya.

Bagaimanapun ditanya sama ada perbincangan bersama SPR turut membincangkan mengenai cadangan mengehadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon dan hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan.

"Mengenai jumlah kehadiran penyokong, perkara itu tidak timbul (dibincangkan), kita hanya beri pandangan untuk kelancaran pilihan raya," katanya.

No comments: