Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 21, 2009

MENGAPA TERENGGANU , SABAH DAN SERAWAK DIKATAKAN 2 X 5 ?

Teman rasa jawapannya ialah ketiga-tiga negeri mempunyai hasil mahsul minyak yang banyak tetapi ke3 3 adalah negeri miskin di mana mereka mempunyai rakyat miskin tegar & tidak tegar .

Antara Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.

2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.

3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.
dan seterusnya klik tajuk.


Antara Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud

1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.

2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud

3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.

4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.


secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.

Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.

Manakala Terengganu, rasanya anda sudah faham.
dan seterusnya klik tajuk.

No comments: