Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 21, 2009

MEMBANTU RAKYAT MISKIN BUKAN DENGAN AMANAH SAHAM WAWASAN PERCUMA !


100 JUTA UNIT Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) diberi kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara kita..... ia adalah selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). ( berita penuh: Utusan Malaysia)

Maka bertan-tan lah pujian datang dari penyokong UMNO/BN kerana bangganya kerana seratus juta (100 juta unit saham ASW) untuk kira-kira 20,000 rakyat miskin.
Ada yang menempelak ahli Pakatan Rakyat adakah BN atau najib zalim kerana telah melancarkan unit saham percuma itu?
Pada teman jika kerajaan ikhlas meembantu rakyat miskin tiada cara baru perlu diwujudkan hanya teruskan cara atau skim membantu mereka dengan ikhlas ,betul dan terus pada sasaran.Antaranya :-
1) Ketua Kampong perlu peka memastikan senarai rakyat miskin (yang kemaskini setiap tahun) tidak ikut bulu dan diserahkan kepada wakil rakyat.Bermakna Pusat Khidmat rakyat sentiasa mempunyai rekod rakyat miskin.
2. Bila ada rekod yang sentiasa dikemaskini barulah kerajaan negeri dan jika tidak mampu kerajaan Persekutuan akan tentukan bajet yang diperlukan dalam mengujudkan dana tahunan yang merangkumi bantuan bina dan baiki rumah.Bantuan bulanan bagi yang tiada waris dewasa bekerja dan sebagainya.
3. Pihak Kerajaan persekutuan ,Kerajaan Negeri , Pihak pungutan zakat,korporat dan orangramai yang prihatin harus berkerjasama menambah dana dari masa kesemasa.
4.seharusnya institusi yang sama fungsi harus disatukan menyahut seruan PM iaitu Satu Malaysia dengan mengabungkan Yayasan Basmi Kemiskinan,YAPEIM ,rumah bakti,rumah anak yatim dan seumpamanya dalam satu organisasi yang besar dan dipantau mengelakkan disalahguna untuk kepentingan individu atau kelompok yang mencari keuntungan.
5.Puast zakat perlu hantar pegawainya keluar mencari rakyat yang layak dapat bantuan bukan menunggu rakyat datang mengadu,memohon serta merayu macam pungguk rindukan bulan.
6.Rumah Kos rendah dan rumah PPRT yang dibina harus dibuat pengkalan data berkomputer berkenaan maklumat tuanpunya rumah agar sasaran satu keluarga satu rumah bukan satu keluarga banyak rumah.

1 comment:

J O N K said...

lapor pak!
blog anda banyak pop-up nya....