Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 21, 2009

SLOGAN ONE MALAYSIA , KAJIAN SEMULA AKTA ISA ,BAJET MINI RANGSANGAN & PEMBAZIRAN PRK TIDAK DAPAT MEMBUANG INGATAN RAKYAT MALAYSIA DARI KES AL-TANTUYA


Salam.

Saya tabik spring pada saudara...sebab ada berani buka tajuk ni.. Semalam media dilarang sebut nama atau kaitkan Razak Baginda, DSNTR dan DSRM dengan Altantuya.

Apa motif Sirul dan Azilah bunuh Altantuya...kena tanya pak hakim dan para loyar.

Soalan tambahannya ialah :

1.Macam mana seorang yg "tak pernah" masuk Malaysia boleh mati di Malaysia? Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya Sirul dan Azilah dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

2. Mana senjata pembunuhan? Dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3. Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

4. Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ? Supaya mereka "dihukum" tetapi kemudiannya diganti dengan batang tubuh orang lain?

Ketepikan soal politik.

Jalankan perbicaran yang bukan saja telus, tapi dilihat telus. Jika persoalan motif dan 4 persoalan ini tiada jawapannya, kita tunggu sajalah pengadilan Allah yg Maha Adil di mahsyar nanti...

No comments: