Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 15, 2009

KISAH AIR GAU PENAJA MINUMAN VIP & SUMBER MINUMAN MANGSA BANJIR


Kisah 1
Pernah suatu kekecohan berlaku kerana hidangan Air Gau kepada VIP dalam Majlis Kejohanan Olahraga Peringkat negeri Pahang. Tanpa disangka rupanya hidangan Air Gau kepada VIP di Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang menimbulkan kemarahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.
Difahamkan insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 March lalu. Air Gau dihidang dan dipersilakan minum kepada tetamu untuk merehatkan diri. Malangnya, ia gagal menyejukan tetamu sebaliknya mengundang kemarahan, melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya, Tuan Pengarah menyinga memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia ‘tumpang sekaki’ memarahi guru terlibat . Biasalah bagi kaki bodek, bila Tuannya marah, dia turut marah sama ! Diantara kata-kata Tuan Pengarah kepada guru berkenaan ialah “Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?” dengan nada yang marah.
Kisah 2.
Sebelum ini Dato Tan Aminuddin ADUN Chenor marah pada air Gau. Ketika Banjir besar melanda negeri Pahang dan kawasan beliau tak terkecuali ditimpa bencana itu. Unit amal telah membeli beratus kotak air Gau untuk diedarkan kepada penduduk. Ketika banjir melanda keperluan air bersih sangat penting supaya mangsa terhindar dari gejala penyakit. Dato Tan yang mendapat tahu air Gau diedar pada penduduk mengarahkan penduduk jangan terima kerana bimbang nanti penduduk akan sakit perut jika minum air tersebut. Maknanya beliau sebagai wakil rakyat lebih rela rakyat DUNnya minum air banjir dari minum bekalan air bersih yang unit Amal bekalkan.
Air Gau tidak ada kaitan langsung dengan PAS. Kata-kata Tuan Pengarah dan ADU Chenor yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan mineralnya yang tinggi berbading dengan air minuman lain dipasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasaraya dan juga di stesen minyak petronas. Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera.

1 comment:

Putra IJ80 said...

" Diantara kata-kata Tuan Pengarah kepada guru berkenaan ialah “Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?” dengan nada yang marah".

Subhanallah....

Sampai ke air pon jadi isu.

Macam Hantu,jin,jembalang takutkan air jampi ,lagak nya.

Inalilahhiwainailaihirajion.,musibah apa yang menimpa mereka.