Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 15, 2009

HAMBAR&HAMPEH PEMIMPIN LUAR NEGARA TAK TERINGIN UCAP TAHNIAH PADA NAJIB?



Teman berasa kecil hati bila PM baru Malaysia seolah-olah tidak disedari atau diketahui oleh pemimpin luar negara terutama jiran-jiran.Tambahan pula Kemuncak di Pataya , Thailand tak jadi disebabkan demontrasi penyokong kuat bekas PM Taksin.
Jiran kita Indonesia sibuk PRU/Pemilu mereka.Habis pemimpin yang lain macam-mana , guna sms kut pada Dato Seri Najib.
Sepatutnya puluhan malah ratusan ucapan tahniah dilontarkan oleh pembodek-pembodek beliau diseluruh negara. Tapi malangnya, perlantikkan Najib itu langsung tidak menarik perhatian masyarakat dunia.
Sehingga ke hari ini(yang teman ketahui), tiada satu pun duta asing dinegara ini yang mengeluarkan ucapan tahniah atau melakukan kunjungan hormat. Begitu juga dengan Ketua negara-negara luar yang sehingga kini tiada sebarang surat ucapan tahniah yang dikirimkan.
Jelas, dunia seolah tidak boleh menerima Najib? Sambutan hambar ini tidak sama seperti sambutan yang diberikan kepada lima orang mantan Perdana Menteri yang terdahulu. Dizaman Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussien Onn, Tu Mahathit dan Tun Abdullah berduyun-duyun perwakilan luar negara menghadap dan mengirimkan ucapan tahniah.

No comments: