Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Showing posts with label ihsan Cikgu Din. Show all posts

Friday, December 21, 2012
DENGAN BN 55 TAHUN BERSABAR, KINI PAKATAN YANG 'BAYAR"
Terima kasih DS Nijar,,sekolah kami dapat bumbung ma!!!!
20 Disember 2012
SMK ST George,Taiping dapat bumbung baru setelah 55 tahun BN memerintah. Sekolah yang dibina pada tahun 1915,selalunya dianaktiri untuk mendapat bantuan baik pulih bangunan.Tapi kerana PR kuat dekat PERAK,DS Nizar pun semasa jadi MB Perak,banyak menolong sekolah seperti iniJadi tidak hairanlah dalam tahun ini saja sekolah ini didakwa mendapat tiga kali bantuan. Kali pertama RM50 ribu daripada Kementerian Pelajaran,pada kali kedua RM132 ribu daripada Jabatan Perpaduan dan yang terbaru dari Zambry Kadir RM5000.Terima kasih DS Nijar!!!! jika tidak ,mana dapat maa!!!!
Sunday, November 27, 2011
MEMANG KES SHAHRIZAT BUKTIKAN MUSIBAT UMNO !
Komen : Kes Shahrizat seperti barah jenis boleh meletup dan tidak boleh disembuhkan malah tak boleh disembunyikan yang dikatakan pembawa musibah pada UMNO. Ditelan pahit, dibuang payau.
Shahrizat belanja RM26,000 untuk beli pakaian termasuk coli.-dakwa DS Nizar.
Dato Adnan Ibrahim dan DS Nizar sedang mendengar ucapan Ustaz Misbahul dalam program ceramah PAS Bukit Gantang.
Kelmarin ,DS Nizar dalam ucapannya di Pekan Trong telah mendakwa Shahrizat telah membeli pakaian termasuk pakaian dalam seperti coli dengan menggunakan duit syarikat "lembu ".
Menurut DS Nizar ,semuanya diluluskan oleh suami Shahrizat tuan punya sharikat "lembu ".Dakwa DS Nizar sejumlah RM26,000 diluluskan untuk Shahrizat untuk membeli keperluan pribadi Shahrizat.

Tuesday, September 6, 2011
INNALILLAH ... PAKAR FALAK MENINGGAL DUNIA
06 September 2011
Tokoh Falak Ustaz Md Adnan Md Daud meninggal dunia.
PUTRAJAYA: Tokoh Maulidur Rasul tahun 2000 yang juga tokoh falak Md Adnan Md Daud, 72, meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam.
Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin.
Allahyarham memulakan kerjayanya pada 1978 di Bahagian Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam yang kini dikenali sebagai Jakim selama 16 tahun, sebelum berkhidmat secara kontrak sebagai Ketua Unit Falak Jakim selama sepuluh tahun.
Antara sumbangan besar Allahyarham ialah mencadangkan penubuhan Unit Falak di Jabatan Mufti dan menggerakkan penggunaan teleskop berkomputer bagi rukyah (cerapan) anak bulan di negeri-negeri.
Penulis buku Kaedah Panduan Falak Syarie dan Kaedah Penentuan Awal Hijrah itu juga, pernah membabitkan diri dalam menterjemahkan kitab hadis 'Bulugul Maram' ke Bahasa Melayu.
Allahyarham juga terkenal dengan kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang falak malah sering menjadi rujukan kepada ahli falak lain termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura.
Selain itu, Allahyarham juga sering mewakili negara dalam Mesyuarat Falak Antarabangsa dan merupakan salah seorang Anggota Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan. - BERNAMA
nota : Terima kasih penegur tajuk info ini, sebenarnya teman nak tulis 'meninggalkan dunia yang tak kekal ini"

Subscribe to:
Posts (Atom)