Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 6, 2011

INNALILLAH ... PAKAR FALAK MENINGGAL DUNIA

06 September 2011
Tokoh Falak Ustaz Md Adnan Md Daud meninggal dunia.

PUTRAJAYA: Tokoh Maulidur Rasul tahun 2000 yang juga tokoh falak Md Adnan Md Daud, 72, meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam.


Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin.

Allahyarham memulakan kerjayanya pada 1978 di Bahagian Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam yang kini dikenali sebagai Jakim selama 16 tahun, sebelum berkhidmat secara kontrak sebagai Ketua Unit Falak Jakim selama sepuluh tahun.

Antara sumbangan besar Allahyarham ialah mencadangkan penubuhan Unit Falak di Jabatan Mufti dan menggerakkan penggunaan teleskop berkomputer bagi rukyah (cerapan) anak bulan di negeri-negeri.

Penulis buku Kaedah Panduan Falak Syarie dan Kaedah Penentuan Awal Hijrah itu juga, pernah membabitkan diri dalam menterjemahkan kitab hadis 'Bulugul Maram' ke Bahasa Melayu.

Allahyarham juga terkenal dengan kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang falak malah sering menjadi rujukan kepada ahli falak lain termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura.

Selain itu, Allahyarham juga sering mewakili negara dalam Mesyuarat Falak Antarabangsa dan merupakan salah seorang Anggota Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

nota : Terima kasih penegur tajuk info ini, sebenarnya teman nak tulis 'meninggalkan dunia yang tak kekal ini"

2 comments:

Anonymous said...

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un...

Minta buat pembetulan mengenai tajuk di atas , MENINGGAL DUNIA bukannya MENINGGALKAN DUNIA...

Harap maklum.
Wassalam...

Anonymous said...

salam, terima kasih kepada semua yang mengenali arwah dan membantu semasa arwah masih hidup dan sehingga ke akhir hayatnya,semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman,al-fatihah


-mohd toha b md adnan-
toha@kpkk.gov.my