Seorang lagi anak Anwar mengumumkan pelancaran satu
inisiatif kebangkitan bagi menuntut keadilan terhadap bapanya yang
dipanggil “March to Freedom”.
Nurul Nuha berkata, kempen itu ialah kesinambungan perjuangan untuk
membebaskan Anwar dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi
kezaliman di Malaysia.
“Marilah bersama kami dalam perjuangan ini. Sama-sama kita hentikan kezaliman," katanya pada sidang media itu.
Nurul Nuha berkata, tujuan utama kempen ialah bagi menyatakan yang Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.
Katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen “March to Freedom” itu. Perincian tentangnya akan diumumkan kemudian setelah sekretariat itu dibentuk.
“Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin
menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan
dan semangat solidariti daripada rakan serta penyokong di dalam dan luar
negara.
“Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami
untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali,” kata Nurul Nuha, 31.
Katanya, selepas 17 tahun mereka bergelumang dengan tekanan, fitnah,
gangguan dan penganiayaan, semuanya kini berakhir dengan Anwar dihukum
penjara.
Sepanjang tempoh itu, kata Nurul Nuha, Anwar menunjukkan kesungguhan,
erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama,
erti kasih sayang.
“Dialah contoh terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan
kezaliman. Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir
hayat.
“Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan
perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami. 17 tahun yang lepas
merupakan sebuah tempoh yang lama.
“Kita tidak tahu berapa lama lagikah perjuangan ini akan berterusan,
tetapi kami akan bersama-sama dengan ayahanda kami sehingga nyawa berada
di hujung badan,” katanya. – 11 Februari, 2015.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment