Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 9, 2015

ASTAGHFIRULLAH ! WALAU PUN DR HATTA TIDAK KENAL ANA !

PESANANA ANA ! MUSUH POLITIK KITA IALAN BN/UMNO ! JIKA ADA KESILAPAN, PERBEZAAN PENDAPAT BIARLAH SELESAIKAN DALAM SYURA ATAU KEKELUARGAAN. SEBAIKNYA AHLI YANG CEPAT PANAS YANG BERUMUR 40 KE BAWAH PERLU SERAHKAN KEPADA OTAI ATAU SEANGKATAN ORANG YANG DICEMOH MALAH PEMIMPIN YANG DITUDUH ! SIAPA KITA YANG SETAHUN JAGUNG MAHU MENUDING JARI DAN BERDEMO SEDANGKAN JAWATANKUASA DISIPLIN BELUM BERBUNYI !

Tuduhan ke atas Dr Hatta,amat berat,beristighfarlah.
Apa kata pembantu Dr Hatta.Beliau minta berlaku adil.

Salam perjuangan dan salam persahabatan buat semua,

1. Hari ini YB Haji Dr Mohd Hatta Bin Ramli digesa meletakkan jawatan atas tuduhan yang tertentu.

2. Saya amat bersimpati dengan tuduhan yang amat berat ini.

3. Pada tahun 2000 hingga 2004. Saya adalah pembantu beliau. Beliau yang saya kenali adalah seorang Dr yang meninggalkan jawatan sebagai Dr menjadi petugas sepenuh masa parti di Pusat Penyelidikan PAS di zaman arwah Almarhum Dato Fadzhil Noor. Elaunnya, kenderaanya, kehidupannya serba sederhana. PAS di saat itu hanya terdiri dari golongan ulama sebahagian besarnya. Pendekatan arwah Ust Fadhil dan pimpinan parti memikat beliau utk bersama PAS.

4. Pada saya, Dr Hatta adalah Seorang anak yang amat mengasihi bondanya dan penyayang pada keluarganya. Walaupun bukan berlatarbelakang ulama dan agama. Cintanya pada perjuangan sehingga pernah merengkok di penjara, naik turun mahkamah atas demonstrasi isu isu kemanusiaan. Sikap penyayang ini merentasi agama, negara dan budaya. Prinsipnya sentiasa menggalakkan dialog, mesra, bertindak atas realiti banyak memaut sokongan pelbagai budaya kepada parti ini. Kesederhanaan pendekatan, cermat dalam tindakannya menampilkan parti ini setanding dgn parti parti lain di negara ini.

Sahabat sahabat semua, beristighfarlah.

" Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu golongan sehingga kamu tidak berlaku ADIL. Berlaku Adillah. Sesungguhnya ADIL itu amat hampir dengan Ketaqwaan."

Borhanuddin Ahmad, Pegawai Penyelidik PPP. 2000 hingga 2004.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

4 comments:

Anonymous said...

Kepimpinan ulama PAS telah mula takut dengan bayang-bayang sendiri dik kerana termakan hasutan dari musuh politik mereka sama seperti pemimpin UMNO yang takut untuk menrima cerdik pandai yang berkelulusan tinggi dengan profesyen mereka yang menonjolkan kebijaksanaan mentadbir parti maka terjadilah apa yang berlaku sekarang ,pemimpin seperti ini akan mengunakan ahli bawahan yang bodoh yang telah kenacucuk hidung dengan ikut arahan membabi buta dik takut kehilangan kuasa hingga hilang panduan dan halu tuju perlembagaan parti di ketepikan yang peliknya mangsa juga takut untuk membuat kenyataan secara telus dan terbuka biarkanlah apa saja berlaku ,kami yang melihat ini amat tidak selesa dengan keadaan pemimpin yang tidak tahu buat keputusan berada dalam AJK memimpin .

Blogger said...

Salam,saya ni tak lah arif mana dalam politik,tapi saya adalah penyokong dan ahli PAS saya lihat dari hari ke hari ada juga dalam PAS
ni dah tiru stail parti lawan(UMNO)cantas mencantas,budaya cas keting,kemana hala tuju PAS jika
tokoh-tokoh seperti TGNA dan TGHH sudah tiada....adakah nasibnya macam UMNO,sebarang permasalahan dan rasa tak pusa hati merugikan parti,sepatutnya yang tua di dahulukan,dalam pemilihan pemimpin atau pucuk pimpinan kalau yang tua
dah di calonkan kita yg muda tak payahlah turut sama nak di tandingkan,tarik diri sebagai menghormati pemimpin yg lama seperti Ustaz Harun DIn contohnya...payah ke nak reti basa...

Anonymous said...

Setakat pembantu...bias...kwn saari pun buat surat ckp saari almost ulamak..akhirnya lwn arahan parti jgk...ckp kt hatta...join pasma and gt out of pas...or roe the line...

DeramaeLleh said...

Dr Hatta Bersama Apek DAPlah yg bersusah payah membantu hamba yg dalam kesukaran akibat mala petaka bah diGuchil.Kuala Krai baru ni.Dak napak pulok kelibat Tuang Presideng..hu hu hu.