Rahsia terbongkar di Pulau Besar
BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga
melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat
sini, kelmarin.
Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya
berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi
pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil
perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.
Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira
jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke
pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah
kira-kira dua bulan lalu.
“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku
berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang
didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.
“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak
ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan
kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini,
semalam.
Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu,
sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah,
Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.
“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak
tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di
pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan
lanjut.
“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum
kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan
dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi
bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya
tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53
Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara
pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah
oleh Mahkamah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat
pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga
hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada
kubur-kubur di kawasan tersebut.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment