Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam
(Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bagi menghadapi
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan
presiden I Cuepacs Zainal Ismail berkata kesatuan itu menuntut kenaikan
sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan
Kenaikan itu melibatkan kenaikan sebanyak RM300 bagi penjawat awam bergaji RM900 sebulan, katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kakitangan berkenaan diberikan dua bulan bonus.
Katanya, tuntutan itu munasabah keraja gaji penjawat awam tidak pernah dikaji semula sejak 2007.
"Kita tidak mendapat kenaikan gaji sejak sekian lama... Kita bukannya
meminta kenaikan setiap tahun. Kita berharap kerajaan akan menyemak
semula gaji setiap lima tahun,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada 2007, perdana menteri pada masa itu Tun Abdulllah Ahmad Badawi
menaikkan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 35 peratus.
Zainal berkata kesatuan itu tidak menentang pelaksanaan GST, namun
berharap agar kerajaan mengambil kira kesan yang akan ditanggung oleh
rakyat.
Katanya, pelaksanaan GST dan kenaikan harga bahan api akan menyebabkan pengguna menanggung beban lebih besar.
“Kita percaya kerajaan pasati akan dapat menanggung kenaikan gaji, terutama selepas pelaksanaan GST,” katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut agar kerajaan menaikkan elaun
perumahan dari RM180 kepada RM450 dan kos sara hidup (Cola) dari RM250
kepada RM300.
Kesatuan itu juga menuntut agar kerajaan mengawal
harga perumahan kerana ada kakitangan awam yang tidak mampu membeli
rumah bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM).
Pada masa ini, rumah PP1AM dijual pada harga sekitar RM150,000 hingga
RM200,000, yang terlalu mahal untuk dibiayai penjawat awam.
"Jadi kita berharap kerajaan akan mengurangkan harga rumah kepada sekitar RM70,000 hingga RM130,000," katanya. - Mkini
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment