Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 12, 2014

SEMANGAT BN TERKUBUR DAN CALON BN IBARAT DAH JADI BUBUR !

 GEORGETOWN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PC) dan dua calon Bebas.

Calon yang bertanding adalah RAMKARPAL SINGH, umur 38 tahun (DAP); Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, 53; ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63 dan peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P51, Kapten (B) Anuar Yahya berkata, empat calon menghantar borang pencalonan dalam tempoh sejam yang ditetapkan di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang, pagi Isnin.

Ramkarpal tiba di perkarangan pusat mengundi diiringi ibu dan ahli keluarganya serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Beliau menyerahkan borang pada pukul 9.38 pagi.

Seorang lagi calon bebas, Abu Backer menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.41 pagi.

Beliau akan bertanding menggunakan simbol kuda.

Pasukan polis mengawal ketat di sekitar kawasan Dewan Sri Pinang di sini, lokasi di mana proses penamaan calon berlangsung.

Penyokong pelbagai parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mula memenuhi kawasan berhampiran dewan berkenaan seawal jam 8 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.15 pagi untuk melakukan pemantauan.

Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

SEMANGAT BN GUGUR DI BUKIT GELUGOR
Rakyat Malaysia dan tahu sejak PRK Kajang lagi cuma BN masa itu masih malu-malu menarik diri dari bertanding. Harus dingat BN memang takut bertanding di Parlimen Bukit Gelugor ini waima PRK sekalipun kerana majoriti peyandang DAP iaitu majoriti undi yang diraih mendiang Karpal sentiasa bertambah 20,000 undi setiap Pilihan Raya sejak 3 PRU iaitu PRU11 mendapat majoriti sekitar 1,000 undi dan PRU12 majoriti bertambah lebih 20,000 undi dan PRU13 majoriti bertambah menjadi 40,000 undi.Mungkin BN cuba menumpukan PRK di telok Intan disebabkan kununnya majoriti yang diperolehi DAP dalam PRU13 hanya lingkungan 7,000 undi.

No comments: