Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 26, 2014

LAPANGAN TERBANG KANTOI LAGI?

Keretakan di beberapa kawasan klia2 mungkin sebabkan pembukaan ditangguh lagi


FEBRUARY 26, 2014
Bahagian keretakan di landasan yang jelas kelihatan. - Gambar The Malaysian Insider.Bahagian keretakan di landasan yang jelas kelihatan. - Gambar The Malaysian Insider.Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.
The Malaysian Insider menerima satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.
"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.
Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan ujian landasan Oktober lepas menggunakan pesawat Boeing 737-900ER Malindo Air di Landasan 3 dan menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana pesawat tidak melantun semasa mendarat.
KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia adalah kontraktor landasan lapangan terbang bernilai RM268.8 juta yang menghubungkan jalan rayap ke terminal lapangan terbang.
Sumber mengatakan syarikat pesawat tambang murah akan berwaspada menggunakan klia2 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dengan salah seorang mengatakan.
"Ini boleh menjejaskan rekod keselamatan 100% mereka, jadi syarikat seperti AirAsia dan Malindo Air mahukan jaminan penuh kerana sebarang kemalangan akan menjejaskan perniagaan mereka."
Keretakan di bahagian apron.Keretakan di bahagian apron."Sesetengah syarikat tambang murah masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah operasi ke lapangan tambang murah itu pada 2 Mei sehingga pihak berkuasa menyelesaikan isu keselamatan," kata sumber lain.
Awal bulan ini MAHB mengesahkan pembukaan klia2 mungkin ditangguhkan kerana dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan bulan lepas.
Menurut satu kenyataan dari MAHB, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan. Perakuan pihak berkuasa itu penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk lapangan terbang yang menelan belanja RM4 bilion itu.
Malaysia Airports Holdings Bhd, dalam kenyataan tersebut turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal klia2 daripada UEMC-Bina Puri.
Kontraktor utama UEMC-Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.
Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.
Akhbar The Star melaporkan awal bulan ini kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan pengesahan kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.
"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri kepada The Star.
Kelewatan pembukaan klia2 selama hampir setahun menyebabkan perang mulut diantara pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin berkata pada hujung minggu pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.
"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.
"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang ditangguhkan dahulu, dan sudah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang pada Ahad.
Sehari sebelum itu Fernandes menggunakan akaun Twitternya untuk menyerang MAHB dan Hishammuddin kerana peningkatan kos dan cukai klia2.
Fernandes berkata di Twitternya: "Kita harus jelas. Lapangan Terbang Malaysia adalah monopoli. Kebimbangan saya adalah mereka perlu pastikan kos dikurangkan untuk orang awam Malaysia.
"Kita cipta penerbangan tambang murah. Kita tidak minta lapangan terbang 4 bilion (ringgit) yang lewat selama 3 tahun. LCCT sekarang hanya berkos RM250 juta.
Sebagai respon kepada Fernandes, Hishammuddin mempertahankan kelewatan klia2 selama lebih dua tahun:
"KLIA2: Peningkatan kos&Kelewatan-Orang ramai akan tahu kenapa/siapa selepas dibuka 2 Mei = Fokus kerajaan @jayadylan @tonyfernandes."
klia2 sudah beberapa kali ditangguhkan pembukaannya dengan terakhir seharusnya dibuka pada 30 April sebelum ditunda lagi ke 2 Mei. – 26 Februari, 2014.
Keretakan pada jalan rayap.Keretakan pada jalan rayap.

3 comments:

Anonymous said...

Yg penting Khalid sila blah. faekah..macai2 blogger, org2 khalid sila bungkus kain baju.
Azmin dan anuwar akan ambil alih teraju selangor.

HIDUP PKR!
Perjuangan PKR gombak berjaya dgn strategi melangkah ke putra jaya!

Anonymous said...

Salam Tuan

Sebarkan lah berita yang benar...saya berkerja dengan Airport sendiri terkejut dengan pendedahan PALSU ini.Untuk makluman apron tu pula dibuat oleh
UEM -BINAPURI.Sebagai Muslim sebarkan khabar yang Baik Benar lagi Sahih.Waallahuallam

Anonymous said...

UEM-BINAPURI HANYA BUAT TERMINAL BUILDING SAHAJA APRON CINA DAP YANG BUAT