Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 21, 2013

PENGAWAL PERIBADI PARAH , MENTERI CEDERA DI TENGKUK !

Menteri Kesihatan cedera, pengawal peribadi parah kereta terbabas

Menteri Kesihatan cedera, pengawal peribadi parah kereta terbabas
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dibawa ke Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini. - Foto Mohd Khairul Helmy
Alor Gajah: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki PROTON Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka. 

Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak. Keadaanya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi. 


Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama. 

Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama.

Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di tempat kejadian.

Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

confirm.....sbb guner kereta yg berusia lebih dari 12 tahun nie.....atau yg betul2 pasti sbb malaysia masih di perintah oleh kerajaan penyamun yg telah memerintah lebih dari setengah abad......hihihihihihi

suahati said...

salah kereta lagi.......

Anonymous said...

Salah attitude pemandu ni. Biasanya dreba menteri mmg bw cam F1 coz menteri ni nk cepat.. Da tau lambat, siap la awal2.. tu la janji d capati..