Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 20, 2013

ESCOM NAK KATA OK SEBENARNYA BELUM !

Insiden pelancong Taiwan dibunuh, isteri diculik bukti kawalan keselamatan Esscom di Sabah gagal: Guan Eng

KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kejadian seorang pelancong Taiwan terbunuh dan isterinya diculik membuktikan kerajaan Malaysia gagal menjaga dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia dan menghalang pencerobohan pendatang asing Filipina ke Sabah.

Katanya, media dan stesen televisyen Taiwan juga memaparkan imej buruk Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal apabila melaporkan soal kelalaian keselamatan, tindak balas polis yang lembap dan perhubungan awam yang buruk dalam menangani insiden yang membabitkan dua mangsa warga Taiwan itu.

“Kekurangan daripada segi kesungguhan dan disiplin dalam memberi fokus terhadap asas menjaga keselamatan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebut bahawa seorang pengawal resort berlari untuk memaklumkan pusat operasi Pasukan Gerakan Am yang terletak 800 meter daripada tempatnya.

“Televisyen Taiwan juga melaporkan apabila pengawal itu mendengar bunyi tembakan ketika insiden itu dan cuba berhubung dengan pihak polis, lapan pegawai di pulau itu tidak memberi respon kepadanya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kegagalan fundamental sebegini dan hakikat bahawa insiden itu mengambil tempat kurang daripada 1km daripada satu pengkalan Eastern Sabah Security Command (Esscom), yang diwujudkan selepas pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 12 Februari lalu adalah bukti Esscom gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Katanya, pengganas Filipina terbabit juga menunjukkan mereka tidak takut dan gentar kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut beliau, insiden jenayah yang berlaku begitu dekat dengan pengkalan Esscom telah menghancurkan ilusi keselamatan awam atau kegagalan sistem keselamatan menunjukkan tidak ada kawasan selamat daripada serangan pengganas Filipina.

“Usaha lemah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengalihkan kemarahan Taiwan dan mengelak daripada dipersalahkan dengan mengatakan bahawa insiden ini boleh berlaku di mana-mana adalah bukan sahaja tidak sensitif malah tidak bertanggungjawab.

“Apa juga usaha yang dilakukan kerajaan BN untuk mengawal keadaan tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kawalan keselamatan di kawasan Esscom telah gagal,” ujarnya.

Guan Eng berkata, cabarannya sekarang ialah untuk menentukan apa langkah yang wajar diambil bagi menimbulkan rasa gerun di kalangan penjenayah yang cuba mengganas di kawasan terbabit dan memastikan kejadian tidak berperikemanusiaan tidak berulang terhadap rakyat Malaysia atau pelancong.

Katanya, malangnya pihak berkuasa langsung tidak menyebut atau melakukan apa-apa yang meyakinkan bahawa pengganas ini akan dihukum dan mangsa akan diselamatkan atau jaminan bahawa kegagalan sistem keselamatan tidak akan berulang.

“Jika kerajaan Malaysia tidak dapat menyedia dan menjaga keselamatan negara, mungkin mereka patut mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Saya pasti pihak PBB akan memberi respon baik kepada permintaan sedemikian memandangkan Malaysia telah banyak menyumbang kepada pasukan pengaman PBB di seluruh dunia,” katanya.-Roketkini.com

No comments: