Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 26, 2013

MISTERI KEKALAHAN 2007 MALAYSIA DAH TERBONGKAR !

BERITA PANAS MELETUP!!!!
Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007. Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu."Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh. "Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura. "Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja, menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut. "Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008."Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ. "Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi. Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu."AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut. "Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut. Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara."Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian."Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi. Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar. Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. – TMI -admin power-

No comments: