Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

salam hari malaysia

salam hari malaysia

Monday, October 7, 2013

PAS SG LIMAU BUAT BN TAMBAH LEMAU !

Pakatan Rakyat Kedah umumnya dan PAS Kedah Khasnya akan menghadapai semangat keumnuan yang kuat kununnya selepas Pemilihan UMNO.BN dikatakan sudah tentu mengatakan pilihanraya kecil kawasan DUN Sungai Limau, Kedah akan berlangsung selepas pemilihan UMNO, iaitu 4 November depan.

Maknanya, selepas empat hari pemilihan peringkat pusat, pemimpin-pemimpin sayap, Majlis Tertinggi, kepemimpinan Naib-Naib Presiden dan di atasnya bagi penggal baharu, perlu pula turun padang menjengah penamaan calon 23 Oktober serta hari-hari kempennya.

Hakikatnya, pilihan raya kecil kali kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) - selepas Kuala Besut - BN berupaya (hanya dengan cara kotor) walau tidak semudah yang dijangkakan disebabkan BN memang tahu Sungai Limau memang kubu kuat Pas sejak dulu lagi.

Di situ ada beberapa pondok dan sekolah agama. Demografi penduduk DUN Sungai Limau adalah pesawah, kakitangan kerajaan dan di pekan, kaum Cinanya adalah peniaga. Walaupun BN cuba rasuki fikiran dan memberi bantuan kewangan kepada pondok namun undi tetap rahsia.

Daripada 27,222 pengundi pada PRU-13 pada 5 Mei lalu, 93 peratus adalah Melayu, Cina (6.75 peratus) dan India cuma empat orang. Daripada bilangan pengundi Melayu itu pula, 30.27 peratus adalah ahli UMNO, PAS (32.58) dan selebihnya dikatakan pengundi atas pagar.

DUN Sungai Limau adalah kawasan Melayu manakala faktor Cina tidak ketara walaupun umum maklum Cina sudah tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

Kata bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid di mana ada sawah(agaknya itu sebab BN cuba buat pembangunan drastik menggantikan sawah-sawah petani tersebut ..kununnya nak menambahkan pendapatan petani) , di situ ada penyokong PAS, memang bertepatan dengan DUN Sungai Limau. Petaninya ramai terdiri daripada penyokong PAS. BN tidak pernah menang kerusi DUN Sungai Limau, yang asalnya dikenali Sala.

Penyandang kerusi, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mula memegang kerusi DUN berkenaan sejak pilihan raya umum 1995. Pada PRU-13, Azizan menewaskan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali yang mewakili BN, dengan meraih majoriti 2,774 undi.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh penulis, di DUN Sungai Limau tempoh hari, PAS menang 13 daripada 19 pusat daerah mengundi. PAS mendominasi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

Dalam pertandingan empat penjuru membabitkan sama dua calon Bebas, Cikgu Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim itu, sokongan diperoleh PAS di Bukit Choras dan Bukit Besar misalnya jauh meninggalkan BN, dengan kedudukan 458-81 dan 459-115.

Dan meskipun tewas kepada BN di baki enam pusat daerah mengundi, namun kekalahan itu cuma tipis dengan kedudukan PAS-BN di Simpang Tiga, Selengkoh dan Sungai Daun dalam posisi 224-241, 233-331 dan 184-233. Begitu juga di daerah mengundi Dulang Besar, 241-323. Cuma PAS tewas teruk di Dulang Kechil dan Sungai Kering, dengan 194-406 dan 70-248.

Menurut pemerhati politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad dari Universiti Malaya kepada penulis semalam, PAS "by hook or by crook" perlu menang di Sungai Limau.

"Ini sebagai kekuatan semangat untuk memberi kemenangan kembali selepas kematian Azizan. Kawasan itu harus all out untuk menang kerusi bagi menghormati jasa Azizan.

"Ini juga untuk mengembalikan maruah Pas selepas hilang negeri pada pilihan raya Mei lepas," katanya.

Cuma, Noor Sulastry Yurni memberitahu, PAS ada kelemahannya kali ini. Bukan disebabkan pihak luar tetapi dek masalah dalamannya sendiri.

"Masalah dalaman yang belum selesai ini dikaitkan dengan PAS Kedah yang masih berpuak-puak terutama sejak (Datuk) Mahfuz Omar dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri itu seminggu selepas menang kerusi Parlimen Pokok Sena. Mana-mana yang tidak sehaluan dengan Naib Presiden Pas itu diketepikan. Antaranya, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

"Tentangan daripada sebilangan ahli PAS Jerai terhadap Azizan sebelum ini dijangka berterusan terhadap calon baharu yang bakal diletakkan PAS di situ nanti.

"Konflik ini tak boleh hilang disebabkan kepuakan dalam PAS itu sendiri," katanya.
PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berharaap PAS Kedah dapat menyerap kelemahan ini dengan membaikpulih ikatan kerjasama erat melalui usrah dan lawatan terutama dari Presiden PAS Pusat dan Mursyidul Am sendiri insyaALLAH!.

Dalam pada itu, PAS perlu bersedia menjawab bilamana UMNO akan menyerang dari maklumat kununnya dari Ahli PAS Tegar bahawa ada  masalah dalaman PAS berkenaan Sungai Limau tidak dijaga dengan baik walaupun semasa Azizan menjadi Menteri Besar.

Cuma jangan lupa BN juga bermasalah bilamana kesan pertandingan jawatan Ketua Bahagian  antara Jamil Khir dengan  (Datuk) Suhaimi Abdullah.

Faktor tiada calon BN yang betul-betul menonjol yang telah lama berkhidmat serta dikenali di kawasan DUN Sungai Limau adalah kelebihan pada PAS insyallah.
Faktor kenaikan harga minyak di percayai perlu digunakan PAS bagi menyedarkan pengundi dan seterusnya pengundi terus mantap mengundi PAS terutama pengundi atas pagar.

Penganalisa  Noor Sulastry Yurni,berkata- BN berdepan laluan sukar di Sungai Limau. Namun, kata beliau, di bawah pentadbiran Mukhriz, BN perlu terus berusaha untuk melakukan kejutan bila mana  Mukhriz perlu berhabis-habisan mengatur strategi bagi memenangkan kerusi berkenaan.

BN cuba meramalkan bahawa PAS akan meletakkan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang kalah di Parlimen Pendang dan DUN Sungai Tiang, bertanding di situ atas faktor beliau kawan 'sekufu' Mahfuz - walaupun ada yang menyebut Muzaini Azizan (Pegawai Khas Azizan/Setiausaha PAS Jerai) sebagai calon .

Di pihak UMNO pula walaupun Mukhriz sudah ada calun namun masih ada kabar angin mengatakan Fazillah, bekas calon pilihan raya lalu mungkin diletakkan sekali lagi.

Yang penting PAS Kedah perlu menumpukan kesatuan hati semua pemimpin PAS Kedah dan  ahli PAS negeri dengan walaq pada keputusan dan Pemimpin PAS negeri lain serta anak buah akan datang membantu mengikut jadual yang telah disediakan dengan niat untuk membantu berjuang dan  agar mendapat keradaan Illahi dan akur pada kadaq dan kadar setelah berusaha berdoa,berusaha bersolat hajat dengan sokongan teman Tahaluf Siyasi Parti PKR dan DAP.Takbir!

1 comment:

GEBU said...

Mukhriz perlu berhabis2an mengatur strategi dan kewangan untuk memenangkan BN.
Strategi tahi minyak - BN hanya guna duit je!