Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 8, 2013

AKHIRNYA BAU BUSUK MENYERANG AHLI UMNO YANG SEDANG TEKUN MEMBUAT PEMILIHAN !

SKIM TEKUN HANYA UNTUK AHLI UMNO.RM 1 BILION HUTANG TEKUN MASIH UMNO GAGAL BAYAR HINGGA KINI.

PKR hari ini mendakwa ahli Umno yang meminjam daripada Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) masih gagal menjelaskan hutang sebanyai RM1 bilion, susulan daripada pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, semalam bahawa pinjaman tersebut hanya untuk ahli Umno. 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42 bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.
"Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

"Jika ia dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013 lalu.

Fahmi berkata, secara puratanya sebanyak RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli Umno melalui dana kerajaan pusat tidak lagi dibayar balik.

Katanya, pemberian pinjaman Tekun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memainkan peranannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah kerana pada masa sama masih terpaksa memperkenalkan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah 3.74 juta orang manakala 3.99 juta orang menerima BR1M pada 2013.

"Maka persoalannya adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa," katanya.

Fahmi turut mendesak supaya Tekun membuka kaunter kutipan hutang pada pemilihan Umno 19 Oktober ini bagi mengutip semula wang rakyat yang diberikan kepada ahlinya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rahim berkata, Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno, malahan menegaskan mereka berhak mengambil pendirian sedemikian kerana penubuhan agensi tersebut datang daripada parti Melayu itu.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami mempunyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti," katanya semalam.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dengan memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa kumpulan tersebut memandangkan pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai tahap 30 peratus sasaran dan golongan itu kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.

Bagaimanapun, pengkritik melihat pelan baru Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera sebaliknya lebih digunakan untuk membantu kroni mereka dalam Umno.

Dalam pada itu, agenda itu juga dilihat sebagai kesinambungan kegagalan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 kerana dikaitkan dengan masalah rasuah yang melebar.

No comments: